Friday, 28 December 2012

The new iPhone

Assalamualaikum


Hari ni aku nak cerita pasal gajet yg jadi rebutan orang ramai. It's Apple. Not buah epal ahh... harap maklong~ ;p Bila sebut Apple, mesti teringat IPhone, n bila terpikir IPhone, mesti akan tau keluaran terbaru IPhone 5. Yeah! IPhone 5. I'm not really sure that IPhone 5 da lancarkan kat Malaysia or not. (haih, nmpak tak aku ni x ikut current issue -,-) Tapi rasanya da launch da ;p

Buat peminat IPhone, ,mesti korang-korang semua ternanti-nanti apa kelebihan yg ada kat IPhone 5 ni.


Meh aku review sikit pasal iPhone 5!



Cip pemprosesan A6 adalah 2 kali ganda lebih laju berbanding cip A5. Grafiknya juga jauh lebih baik, saiznya lebih kecil dan lebih menjimatkan bateri

iPhone 5 menyokong LTE 4G sehingga 100 Mbps.


Apple berjaya mengurangkan lebih 20% berat iPhone 5 ini berbanding iPhone 4S. iPhone 5 juga 18% lebih nipis, hanya 7.6mm berbanding 9.4mm pada iPhone 4S.

Wuu...hebat kan? Nak tau lebih lanjut pasal iPhone boleh refer kat http://shiblivision.com/iphone-5-inf/ dan juga kat Website APPLE
Dan aku juga ada BERITA BAIK untuk korang semua!
Sekarang ni, iPhone tengah mencari pemenang bertuah untuk miliki iPhone 5 nih! Sounds great right? Sooooo simple lagi-lagi buat pemegang akaun CIMB. Caranya? Sesiapa yg ada kad debit CIMB, u are very lucky. ;D Just swipe your CIMB Credit/Debit Card from now till 31st January 2013. Who knows anda merupakan orang yg bertuah. Kalau tak caya, sila refer kat PAGE  ni.  

Cepat-cepat! Sementara ada masa lagi nih. Ada lagi sebulan je. iPHONE 5 tuhh... x terliur ke korang semua? >.< heheh.... 

Wednesday, 26 December 2012

Wordless Wednesday # Exam #







7th January 2013. Countdown!


Dinner Kampung

Assalamualaikum


Ai? Dinner lagi? Hahaa.. This dinner suppose to be held before Pre-Graduation Night. Tapi ntah tak tau masalah apa muncul dinner ni terpaksa dipostpone. Event ni hanya untuk Department Finance, Econs, Islamic Banking and Insurance. Ingatkan da tak ade dinner ni. Tup tup muncul pulak poster kat fak masa minggu terakhir study tu. Dinner Semarak Party Kampung willl be held on 18th December 2012 in Tuesday starting from 7.30pm until 11pm. Hai....da la minggu tu tengah berhempas pulas dengan test, assignment n presentation. So...dapatkah kalian-kalian semua bayangkan bila faktor ni terjadi?? ececeh...
Jawapannya.....


Sambutan tak berapa menggalakkan -..-

Ingatkan lambat sampai sebab aku n member2 datang dekat pukul 9 cam tu la. X meriah pon macam dinner PGN hari tuh. Masuk dewan je....ai? Banyak betul ruang yg kosong ni ye? Misi kenapa kitorang datang malam tu sebab nak makan free aje. huahua. Tak senonoh punya perangai. ;p Save duit. Mesti makan sedap-sedap. Itulah yg tergambar dalam pemikiran kitorang. hehe *_* Decide cuma nak pakai baju kurung je bagi nak memenuhi tema kampung. hikhik. 


Khayalan hancur berkecai bila makanan yg dibekalkan xcukup. Huaaa...tu la. pasai ape bek hati sangat nak beratur saat akhir. Dapat la sisa tulang ikan. Kuah pon da kering kena kemarau. Padahal meja xpenuh pon, da banyak makanan habis. Ayoyo... T____T

Jom la kenyangkan perut anda dengan gambar-gambar kami yg comel-comel je la ek. hewhew

Style tudung same jek. hekhek
Kami gadis pinggitan dari Kampung Jalan Pualam Dua. Anyone interested?? huahua

Mak Dara n anak dara ;p 



Happy Family. The N's :')

Random! ;D

Last cerita, 

Balik dari dinner terus tidur. haha XD

Ok. See till the next post ya!



Wednesday, 12 December 2012

A Night to Remember

Assalamualaikum


Hai! This is my first entry for this month! tehee... Nampak benar gua da lame x jengah sini.. Assignment tu kalau x makin bertambah x sah.. Lagi2 assignment issue...#ehh?? heheh... ;p Ok. Bukan isu assignment aku nak cerita tapi isu lain. ^____^V

Lagi seminggu je nak habis belajar before study week. Tak sabar nak habis semua ni bila hari-hari kepala asyik pikir kena siapkan assignment and study untuk test. So, why not kita berenjoy sebentar bagi hilangkan stress?? hehe

Jumaat lepas, telah berlangsungnya dinner untuk pelajar part 5. Pre-Graduation Night untuk bebudak Fak Business UiTM Shah Alam n UiTM Puncak Alam. Sooo......let's have fun together!!!!


Venue : Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. 
Theme : Colour Block


Aku ni da la kureng sikit bila da masuk tema colour block. Da macam warne k****g pon ade. whoops?? Bahasa aku ni pon....jage la sikit. Aku tak berniat pon ye...heh. Ni pon kawan-kawan aku banyak bagi tips n tunjuk ajar untuk pakai baju ape. hoho. Bagi diorang ok. Tapi bila sampai kat aku je...... ape benda la ni...matching ke tak, terang sangat ke tak...Da macam pelangi aku tengok. haha. See?? Cerewet tak aku?

Let's start with some pictures yooo!!

Suasana kat dalam dewan

Ada orang tu kate kan gambar aku lucu bila ada reben-reben kat bawah baju....huhhhhh...What the fish!
-____-" Siap hang! Tapi nasib baik kate lawa. wkwkw ;p

Hey! Meet my beloved friends ;)
From left : Hani, Shazika, Nadiah, Syak

Farrah, Wawa and me ;)

Semua cantik-cantik! ;D

Muka riang ria x hingat bila dapat makan free ;p

Classmates ;) Ilham, Sufee n Kecik x ade. Memasing ada hal ;(


One of the performance at that night. Semua terpegun termasuk aku. Ohsem!
Tapi....kalau da joget rancak-rancak cenggini..lagi elok kalau semua lelaki kot!
 ^^V *peace* Demi keamanan sejagat. *tetiba*




Saturday, 24 November 2012

Pantangnya aku!

Assalamualaikum


Sebenarnya, cerita da lama berhantu kat aku. Tapi oleh sebab makin menjadi-jadi, aku jadi macam tak keruan pulak. Oleh sebab minggu lepas banyak kelas tak ada, maybe sebab cuti deepavali n Awal Muharram, aku jadi kebosanan kat rumah sewa. So, aku decide nak balik rumah hari Jumaat hari tu. hehee... Time tu pulak aku memang nak keluar jalan. So, sambil menyelam minum air la la kan.

Aku sedar yg aku ni memang comel. (lempang lelaju) huahua. Perasan habis aku ni. ;p Siapa-siapa yg tengok aku mesti tak caya yg aku ni da 21 tahun. Mesti orang akan tanya adik ni form berapa? Memang toya habis muka aku time tuh. -.-" Sebab?? Tinggi aku cuma 149cm. Erm, normal la tu kan. Tapi....tapi...berat aku sentiasa dalam linkungan 39-41 kg. hehe. Jeles x?? hoho. Harapan aku nak capai berat ideal around 45-48 kg selalu je tak kesampaian walaupun selera aku da capai tahap Badang. (Harapann....harapan menjadi layu.......)

Cer teka...cer teka..mana satu kakak n adik? ;p

Being a small girl sometimes makes me feel happy because i feel like awet muda. harhar. I just always keep smiling and tersengih macam kerang busuk n buat cute face when people looked at me with a blur face and their mouth was stuck open with an O shape. bhaha. heyy..like a SIRR. \(^,^)/ (tetiba!?)

Nak dijadikan cerita, setiap kali aku drive, x sah kalau orang tak pandang pelik kat aku. Last Saturday, tengah syok-syok layan jiwang sambil drive, ada sebuah van tu potong line aku. Tapi bila ada salah sorang mamat ni pandang ke arah aku dengan tersengih-sengih, aku pon mula lah x senang duduk. Konon bajet hot sebab ada orang nak ngorat. hahaha.


Bukan itu sebenarnya! -,-' Saje je mainkan korang. haha. Kena tipu sekejap. Actually mamat tu geli hati tengok aku drive. huh! Panasss... Ye.... aku sedar aku kalau drive kerusi memang tarik habis ke depan. Seat pulak mesti bagi tegak. Memang agak x selesa, tapi demi kakiku yg comel ini, aku terpaksa gagahkan jua nak berbuat demikian...tsskkk... Kalau tak macam mane aku nak tekan clutch... Ini bukan kereta auto...huhu..Eee...geram pulak aku. Tak payah la nak pandang sampai cam tu sekali. Ingat aku x ada lesen ke nak bawak kereta.


Orang-orang tua kata, Kecil-kecil cili padi... Jangan ingat orang yg kecik tu tak boleh buat semua benda . haha ;p Jangan pandang sebelah mata tau! hikhok. Bila da selalu jadi benda macam ni, aku da jadi biasa da.


Tu je benda yg aku nak cerita. Jangan marah!! ;pp


Wednesday, 14 November 2012

November ini


Assalamualaikum


Hampir ke pertengahan November. Banyak yg aku harapkan pada bulan ni. Dan banyak juga kisah pada bulan ini



1. Internship program. Harapnya dapat lah jawapan dari mana-mana company. Selagi tak respon, selagi tu la     hati x tenang. Sabar menunggu.
2. Bnyak pelaburan yg dilaburkan untuk intern.
3. Adik-adik bujangku, Hafiz n Farhan sudah selamat berkhatan ;p
4. 2 ekor kucing betinaku berjaya melahirkan waris-waris mereka untuk menambahkan najis mereka di rumahku. 8 ekor anak kucing kesemuanya -___-' Diulangi!! 8 ekor!
5. Gonna to have new member in my family. hihi... InsyaAllah by the end of this November
6. Peristiwa pahit berlaku
7. Berbaik semula. ehem!
8. X dapat join majlis konvo T____T
9. Assignment, assignment dan assignment!!!
10. Movie Twilight!!! Robert Pattinson makin hensem dowh..wkwkw .;p
11. Duit keluar bak air bulan ni...urgh....
12. Dengar cerita theme untuk Pre-Graduation Night fakulti Bisnes is 'kampung' style. huh? Why why why? (ok! penjimatan! pakai kain batik n baju kurung kedah! woh! @_@ ) 


Nak tahu Dunia Magik mana yg best?? klik -----> SINI



Thursday, 1 November 2012

Burger Dinasour

Assalamualaikum. Hi. =)


Sewaktu mula-mula aku tau kewujudan makanan ini, sungguh aku betul-betul teruja. Even x adalah segempak nama seperti Burger Prince and McDuck yg memang sudah diketahui umum, tapi pencapaian burger ni memang meletop habis. Percubaan yg terbaik tau??


Buat sesapa yg duduk kat Shah Alam mesti tau kefemesan n kelazatan burger ni. hoho. Aku mula kenal sebab ada kakak housemate kat rumah sewa time Part 2 yg memperkenalkan burger ni. Nak nak pulak gerai ni kat depan rumah. So, aku hanya perlu menggunakan kelunakan suara aku yg macam Shila Amzah untuk meng'order' burger ni. (hoh! menyampah aku!) hakhak. Kang kalau aku buat macam ni memang nyaris kena baling selipar dengan jiran ;p

Aku bukanlah nak cerita keasyikan aku makan Burger Yazid ni walaupun sebenarnya ada niat jugak nak buat korang terrrrliiurr dengar aku makan burger ni.haha Sebelum tu, meh aku tunjuk something yg buat anda-anda semua terbeliak.


Waahhhh!! *_* Terkejut x? terkejut x? hehe. Kalau korang nak tau, berat burger besar ni ialah 1kg. Oleh sebab saiznya yg besar, aku gelarkan burger ni Burger Dinasour. hehe. Apa yg menariknya pasal burger ni ialah ramuannya. 100% homemade by Yazid Burger start dari atas roti sampailah bawah roti. Korang boleh pilih setiap jenis roti, patty, sos, sayur mengikut citarasa korang. Best kan? Nak tau lebih lanjut, boleh klik kat >SINI<


Korang tak akan kecewa bila makan burger ni. Harga untuk burger 1kg is RM40, 500gram RM20 dan 250gram RM10. But memang worth it la. Kenyang! 


Baru-baru ni, aku dapat peluang untuk merasa burger ni setelah sekian lama merancang. Ini pon sebab sambut birthday member kawan. So, buat kelainan dengan surprise burger! heheh.. X kan la nak asyik makan kek je kan. Sekali masuk mulut....emmm...sedapnya tak terkata! Dengan daging yg memang tebal, korang akan rasa puas hati sesangat. Ditambah pulak dengan sosnya yg menyengat-nyengat sampai ke dalam lidah, rotinya yg lembut n gebu, memang cukup-cukup sempurna. ;D 

So, apalagi?? Cepat-cepat lah terjah Yazid Burger ni kat Seksyen 7, Shah Alam. Yeah! Berbanggalah dengan orang kita yg berjaya dalam dunia bisnes burger ni. hee...



Sunday, 28 October 2012

Cuti

Assalamualaikum ^^


Fuhh!!! fuh!!! uhuk uhuk *hilangkan sawang* terbatuk pulak. ;p Lamanya aku tak menaip kat sini eyh? Habis bersawang blog kecintaan aku ni...Hai readers! i'm back! ;D *bajet mcm ramai je nk bace blog aku nih* heh.. X kisah lah semua tu...janji aku puas dapat share story aku kat sini. ;)


Aku x ada idea sebenarnya nak cerita ape. Beku seh. Nak menaip pon pikir banyak kali. huhu. Oh ye! Sekarang ni aku dalam mood cuti.  horey horey! Cuti raya korban plus cuti mid sem. Nampak tak betapa lamanya cuti kali ni?? 2 minggu uollss!! Hari selasa hari tu cek balik.


Cuti kali ni bukan maksudnya aku duduk kat kerusi malas sambil goyang kaki n makan jajan ding dang ye. Banyak kerja menanti aku walaupun sampai ke hari ni sebenarnya aku da banyak melagha. hoho. Lagi-lagi bila da masuk final year. Banyak benda nak kena pikir. Assignment, test n juga internship program. harap maklong~


See you!! 


Friday, 21 September 2012

Challenging semester

Assalamualaikum


It's already been 2 weeks semester baru da bermula. 

Apa yg menariknya, minggu pertama kami da start belajar n telah diberikan assignment. huu.. -..-' Kalau student lain, maybe masih ada lagi yang goyang-goyang kaki lagi, tapi x bagi kitorang.

Tiap-tiap minggu ada presentation untuk subjek Issue & Ethics in Finance. Tak ada final paper subjek ni. Presentation cuma 5 minit je seorang tapi nak mencari maklumatnye tu........Ya Allah! Hanya Tuhan je yg tahu... Memang la sekarang maklumat kononnya di hujung jari kan...taip je ape yg nak dicari. Tap! Terus keluar. Tapi apa yg kita nak tak semua ada kan... Lebih kurang je semua. Itu maknanya di hujung jari x cukup! Kalau boleh nak maklumat sampai dalam jari. Tepat dan betul 100% ;p


Tugas yg kena dibuat. Kami kena cari satu isu yg berkaitan dengan Finance setiap minggu. Contoh : 'Government may announce deficit budget for 2013" ----> Cari sebab kenapa boleh deficit ----> Buat analisis n make comparison dengan tahun-tahun sebelumnya -----> Critique n try bagi suggestion.

Time present tu, memang lecturer akan komen n tanya on the spot. Bayangkan korang tengah present depan board of directors, pastu kena tanya banyak soalan dari chairman. Mau terkencing, termuntah, tercabut kepala lutut jugak la nak menjawab. haha ;P Kalau x dapat, memang kena hentam la. huhu

Itu baru 1 subjek nak kena pikir. Belum lagi 5 subjek yg lain. hukhuk.

Ni la gaya student bila tension wat assignment -..-


N bagi nak menghilangkan ketensionan membuat assignment, meh la kita cari sumber inspirasi

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

This one for female student. ehh?

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

And this one for male student. ehh??


Praktiskan tips ini sepanjang anda membuat assignment ya. Pastinya idea akan datang mencurah-curah. ;p hekhek. LOL.

Ape yg penting : Doa ;)



Saturday, 8 September 2012

Mana HATI PERUT mereka??



Apa reaksi anda bila kejadian ni berlaku depan mata korang....



Sedihnya aku tengok kucing ni... Kucing ni pon ada perasaan, rasa ingin dibelai, disayangi, dimanja..tapi cara kejam ni yg kucing ni dapat?? ;'( Kalaulah kucing ni boleh bersuara, mesti da menjerit-jerit minta tolong. Tak berdosa pon kucing ni. Hidupnya makhluk ni kat muka bumi bukannya untuk diseksa n dipermainkan!

Aku siyes x paham kenapa mesti ada orang nak buat macam ni kat haiwan. Entah apa salah diorang sampai mesti kena bakar cenggitu. Kalau iye pon nak cuba ke, nak wat eksperimen ke..cuba bakar diri sendiri dulu sebelum bakar kucing ni. Mesti akan terfikir beribu kali kan nak bakar kucing ni sebab da rasa sakitnya macam mana. 

Tau tak kucing ni haiwan kesayangan Nabi? In case kalau yg bakar ni non-Muslim, x kan langsung x ada sifat keperimanusiaan? Manusia x berhak nak hapuskan makhluk Allah kat muka bumi ni melainkan Allah yg Maha Esa. Bila hati da semakin gelap, x mustahil sifat keperimanusiaan semakin hilang.


Ya Allah...semoga kau beri petunjuk n pengajaran kepada pelaku ni.. 


Thursday, 6 September 2012

Taat ♥

Assalamualaikum


Buat kaum Hawa yg sudah bergelar isteri, mahupun yg bakal bergelar isteri dan juga yg akan bergelar isteri suatu hari nanti..... ;)



Untuk isteri tersayang ............

  •  “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
  • “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
  • “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
  •  “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
  •  “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
  • “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
  • “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
  •  “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.


Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

#copy&paste


Tuesday, 4 September 2012

Back to Real Life

Assalamualaikum


Da masuk bulan Septemberr...That means new semester will be begin. Ouch! Malasnya nak packing-packing barang ni. Makin naik sem, makin malas nak packing. Why? Yela, tiap 6 bulan je mesti kena packing. Kalau dulu time matrik, seminggu sebelum balik, mesti da start kemas. Sekarang? Hurm, sehari sebelum balik pon boleyy...haha

Owh...aku kena refresh balik otak aku. Lepas da 2 bulan cuti, mana mungkin aku dapat pick up dgn cepat kat kelas. Minggu pertama kelas, masih meroyan lagi nak cuti eh biasanya. hehe. Dan-dan pulak baru lepas mood raya. Banyak sangat makan kuih raya sampai da jem otak. Open house pon masih banyak dibuat. 

Tup tup masuk da kena ngadap buku..homai..sem depan tough...hampir semua subjek capai 4 credit hour. Jatuh sikit, memang menjunam la pointer....N harap-harap dapat la lecturer yg senang bagi A kt student. hiks! ;) Ada ke tak ea??huhu


Register course
Done!

Salin timetable
Done!

Kemas segala khazanah semester lepas
Done!

Semangat baru n azam baru.
err..in process. hik! ;p


Ok la...azam baru sentiasa sama la dong! hoho. Mau bikin yg terbaik. hehe. InsyaAllah  ;)


p/s : Another few days...hmm -,-'

Tuesday, 28 August 2012

DRAMA - Adam & Hawa

Assalamualaikum


Masuk minggu ni mood raya da xada da. Masing-masing da mula rutin harian termasuk aku ;) N...another 2 weeks semester baru akan dibuka dengan gemilangnya =,=' Ouh, lupekan, lupekan sekejap pasal tu ye ;p

Korang pernah baca novel Adam & Hawa karya Aisya Sofea? Actually, novel tu da lame publish. First time aku baca terus aku jatuh cinta dengan cerita ni. Then, lepas da khatam banyak kali pon still tak jemu baca. Seronok!! ;D Tapi baru sekarang orang nak cari agaknya kan? Macam novel Bicara Hati tu. hehe. 

Adam & Hawa

Hari ni bermulanya episod 1 drama Adam & Hawa kat Astro kan? Oleh sebab kat rumah aku x ade Astro *kesat air mata* makanya, dengan online je lah aku boleh tengok cerita ni. Dengan jantung yg berdegup dengan kencang bagai diketuk-ketuk, aku pon dengan rakusnya terus pergi ke website http://www.astrogempak.com.my/. Terus klik ke drama Adam & Hawa.



Loading....





Dan.......dan....wahhh!!! *mata bersinar-sinar* starting je da kuar hero die. *_*V hoho. Smartnyeee.....*faint* Jadi berkobar-kobar terus nak tonton sampai habis nih. Intro die je da buat aku cair. wkwkw. ;p Apabila hero pujaan malaya muncul, terus para gadis menjerit sampai terkeluar anak tekak sampai da x ada bekalan stok suara. Pilot pulakk hero nih... ;p

Aaron Aziz aka Adam Mukhriz

Aaron Aziz!! Hah! Sesuai sangat la tuh. Cumanya muka Aaron ni tak nampak mixed. Patutnya ada mixed sikit, kulit pon cerah, n rambut perang sikit. Ala-ala cam owang putih tuh. Tapi da kire ok la nih... ;D

Ok. Aku terus duduk statik depan lappy n yg memeng konfem kalau aku kena lastik dengan getah sayur pon aku tak sedar. Mata pon da berkelip-kelip melebihi kuota yg sepatutnya. haha. Jalan cerita tak lambat...ok. Sama seperti dalam novel tu. Yes! Aku memang suke kalau ikut sebijik dalam novel. Baru hidup cerita tu! ;D

Nadiya Nissa aka Ain Hawani

Heroin dalam cerita ni bagi aku sesuai. Cuma muka tu kena tak kena dengan umur. Kalau ikut novel, Ain Hawani tu muda. Baru je lepasan SPM. Kalau Nadiya Nissa ni dimekapkan ala-ala budak habis sekolah, aku rasa memang cantik, menari, tertarik, memang dabomb la! ;D Tapi, walau apa pon, lakonan Kak Nadiya ni tak mengecewakan!

Promo Adam & Hawa. Cer tengok cer tengok ;)


Can't wait for the next episode.^^
tata! ;)



Sunday, 26 August 2012

Gangnam Raya

Assalamualaikum




Korang da tengok video nih?? Style sangat family ni wehh... Sporting habis diorang semua nak buat video macam ni. hehe. Suka aku tengok. Mesti meriah sesangat masa record. ;D

Agak-agak la kan kalau ajak aku saudara2 aku buat cenggini, agak-agak diorang nak tak? hoho. Kalau anak-anak muda tak kisah sangat menari macam tuh. Kalau ayah aku nak menari berjoget terlompat-lompat cenggitu? Mau pengsan agaknya mak aku tengok ;p Nak amik gambar pon susah, apelagi nak record2 video bagai. haha. Entah-entah segala pakcik n makcik aku pon tak nak agaknya.

Pape pon, memang clan of Anak Cucu Tok Harun ni memang sporting la! ;D Kagum aku. 


Sunday, 19 August 2012

Juadah untuk hari raya

Assalamualaikum


Hari tu aku ada kate nak post gambar biskut raye kan?? Ok, sila sediakan air liur banyak-banyak bagi mengatasi masalah kempunan. haha. Kidding ;p

Biskut Mazola

Biskut puteri ayu *main hentam name je* hihi

Tart Gulung Nenas

Biskut Kopi Rangup

Biskut Snow Almond

Biskut Nestum 

Oat Crunchy
*sori, x jelas*

Haa..tu je la gambar yg dapat aku post. Ada satu lagi biskut iaitu Biskut Famos Amos.hoho. X adalah sesedap n secantik macam biskut tu, tapi bila da serupa pon da kire ok kan? ;) Homemade kerepek pulak yg sempat mak aku buat cuma tumpi, rempeyek, n kerepek pisang. ;)

Rumah da siap berkemas. hihi. Kuih pon da letak kat ruang tamu. Cehh, semangat betul ye nak sambut raya ek. hihi

Simple je. ^^

Sinag tadi da siapkan juadah untuk esok. Nasi impit n kuah kacang, rendang, ayam masak merah n tomyam yummy2 ;D *nak tmbah berat badan raya ni.huk2*

Eid Mubarak everyone! 
Takabbalallahu minna waminkum

kala kita bergembira, ada pula yg bersedih. Jom bantu mereka. klik ---->sini


Friday, 17 August 2012

Pra Raya : Anyam ketupat

Assalamualaikum


Kemeriahan raya da terasa la...Selamat hari raya semua!! Bila da dekat raya ni, macam-macam benda nak kena buat. Ha, by the way, baju raya aku da siap akhirnya! hehe. Pagi tadi tamatlah sudah sesi aku membuat biskut raya. So, sapa-sapa nak rasa biskut buatan air tangan aku, dipersilakan la datang yer... hoho. Padahal tiru resipi dari internet jek. haha ;p

Oh ye! Pagi tadi ayah aku bawak balik daun kelapa muda untuk dibuat anyam ketupat. Nak guna besok untuk buat ketupat n kuah kacang. huhu. Tradisional sungguh. Tapi, guna daun kelapa la lagi elok daripada guna plastik kan? Even nampak comot sikit, tapi selamat sebab x ada kimia macam ketupat segera tu. huhu. Padahal besok ada je nak buat nasi impit guna ketupat segera tu. ;p 


Haa..ni hasilnya selepas semua daun dianyam.. Oleh sebab setahun sekali je n jarang sekali dapat anyam ketupat, berkali-kali jugak la aku terpaksa ulang balik nak buat ketupat ni. Asyik terlepas je daunnya. So, daripada banyak-banyak daun yg ada, ini lah hasil yg aku dapat capai.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


hahaha. Sebenarnya tiga yg dapat aku buat. N time tu pon tengah buat biskut. So, x dapat nak buat banyak. Selebihnya ayah aku yg buat. 

Orang selalu kata buat ketupat ni leceh, lambat. Erm, meh la aku story sikit...First time aku belajar buat time sekolah menengah dulu, time Form 3 or Form 4. Aku pon x berapa nak ingat. Memang rasa nak give up pada mulanya. Yela, sape x geram, kalau daunnya asyik da terbelit-belit akhirnya. Tapi, oleh sebab aku teringin jugak nak buat n nak jugak ketupat ni jadi, aku ketepikan perasaan tu semua. Aku fikir, bila kita tak warisi semua ni, generasi yg akan datang x akan tau semua benda ni.

Berkat aku belajar anyam ketupat, last-last bila sekolah ada buat sukan tahunan, n ada pulak sukaneka untuk anyam ketupat, aku pon terus masuk untuk wakil firqah (rumah sukan) aku. Haha. mesti pelik kan bila ada sukaneka macam tu. Time tuh, sukan dibuat 2 hari sebelum puasa. Dan2 pulak tahun tuh, sekolah x dapat nak book Stadium Jugra sebab kat stadium ada event lain. So, buat kat sekolah akhirnya. Tema sukan tahun tu memang tradisional habis. Tema untuk raya pon ada. hehe. Ada lawan batu seremban, tarik nipah, congkak segala bagai. Acara padang pon ada jugak. 

Berbekalkan semangat n kerjasama yg kuat antara ahli-ahli kumpulan, akhirnya kitorang berjaya dapat JOHAN!!! ;DD Keputusan dibuat berdasarkan kekemasan n bilangan ketupat yg paling banyak dibuat ;)


Even dapat botol air je ni, tapi kenangan tu tetap ada. huahua. Tak sia-sia aku belajar anyam ketupat. Walaupun x adalah expert mana, tapi selagi aku boleh buat tu pon da memadai. hewhew.

Ehh..merepek da entry aku kali ni. Dari anyam ketupat sampai ke sukan pulak perginya. hehe. 


p/s : Moga Ramadhan kali ni membawa keberkatan kepada kita semua. InsyaAllah! ;) ♥ 


Wednesday, 15 August 2012

Persiapan Raya

Assalamualaikum




10 Terakhir Ramadhan kita lalui. Tinggal lagi beberapa hari je bulan Ramadhan akan berganti dengan bulan Syawal. People are very busy in preparing for Hari Raya celebration including me -..- Guess what?? This year aku da macam jadi mak nombor dua kat rumah. haha ;p 

Biskut raya tiap tahun akan buat sendiri kat rumah. Ayah aku tak suka beli kat luar sebab mahal n x berapa nak puas sebab rasa dia lebih kurang jek. Erk. Kalau kerepek-kerepek, kekacang tu belilah. Ni da masuk 6 jenis biskut da berjaya diwartakan, hek2.  n___n (Nanti bila-bila aku post gambaq ok.)

Baju raya x siap lagiiii..... T______T  urgh... Owh, I mean, belum sembat baju lagi...hewhew. haiyoo...gimana ni?? Kalau pagi n malam sibuk wat biskut, kapan mau jahit.... owh! relaks ok. Maybe sempat nak siapkan. hehe. N baju raya aku tahun ni warna hijau n kelabu yaw~!

Tapi yg pasti sangat sangat, aku dapat rasakan raya sekarang x semeriah raya yg dulu. Serius!


Sempena raya yg bakal menjelma, ada seorang artis yg ingin berkongsi cerita raya beliau semasa ketiadaan ayahandanya. Beliau sentiasa teringatkan arwah ayahnya terutama ketika Hari Raya. So, pada readers kat luar sana, hargailah parents anda semasa mereka masih hidup ye.. m__m

Selamat Hari Raya!!

Thursday, 9 August 2012

Sanggup ke nak makan kek ni....?

Assalamualaikum


Aku memang suka buat kek. Segala kek yg sedap-sedap, yg mengancam akan aku cuba, walaupun sebenarnya kadang-kadang x dapat buat T_T sob sob. Tapi x la sampai nak buat kek yg tahap melampau, yg membantutkan selera aku nak makan.uhuks.







Aaaa!! gelinya! gelinya! Ish, memang la bila dimakan akan rasa kek macam biasa, tapi mesti akan terbayang benda yang kita kunyah tu. wuuu...gelinyaa!! Kita makan kek yg bentuk tikus, tapi macam makan tikus. ergh! Memang aku akan joget kegelian bila aku nampak kek-kek macam ni nanti. Kek ular ni....lagi la aku geli. Da la aku memang geli kat ular.