Monday, 30 January 2012

Bukit Broga (Part 1)

Assalamualaikum

 
Jeng.....jeng.............jeng........... macam ni, hari tu kan lepas je habis exam on 17 Januari, aku ngan member2 aku telah melepaskan kegeraman kami dengan pergi berjimba. Fuhh..lepas jugak minggu azab n sengsara kitaorang. Lepas jugak minggu muntah-muntah hijau kitaorang akibat study non-stop dengan kepala penuh dengan pelekat yg berwarna-warni. Erm, atau nama lainnya adalah koyok. hehe. *tipu
After je pas habis exam tengahari tu, terus je pergi kat kedai makan bagi membincangkan masalah yg kami hadapi ni. Then, keputusan muktamad telah diambil. Gerak malam tu jugak untuk misi yg seterusnya. 



Ok. Malam tu, dalam pukul 10, berkumpul dulu dekat Restoran Belacan, Seksyen 7 (jangan pikir menu utama kat situ belacan pulak eh!huhu ) sementara tunggu yang lain datang. Tunggu punya tunggu sampai pukul 12 lebih, last2 cuma 13 orang je yg dapat join. =,=' Haih. Xpelah, janji ramai gak la tu.

kat depan Restoran Belacan

And time tu gak la planning pergi rumah Syidah ni. Nak wat surprise kononnya. Tu lah, bocorkan rahsia lagi kat facebook. Kitorang datang nak bagi kejutan luar alam ni.agaga.

Happy big birthday Syidah!! da 22 tahun da. hehe

Haa..kan da kotor baju. Kalau nak tau die g announce kt fesbuk yg hari tu brthday die. Memang plan baik punye la.hehe. Balik dari makan terus pergi rumah Syidah. Siap bawak tepung sekali. Bagitahu kat die kitorang nak datang sebab nak pinjam tikar. Dengan muka x bersalahnya terus je bagi tikar kat kitaorang tanpa syak wasangka. Tup tup kebabom!! Banyak betul peluru berpandu keluar dari tangan masing-masing. Habis putih baju. hehe.

Eh eh?? sapa yg kat tengah?? Yg putih2 tu? hik3

Next, gerak pergi Bukit Ampang pulak. Sampai sane dalam pukul 3 lebih macam tu lah. Lepak-lepak sane sambil tengok view KL.


Ni first time aku ke sini. Ramai jugak orang yg suka lepak sini eyh. Gerai pon ada yg bukak lagi.

Terangnyerrr!!


Lepak kat situ kejap je pon sebab tiba-tiba hujan pulak. Tinggalkan tempat tu lebih kurang pukul 4. Sebelum ke misi yg sebenar, pergi makan dulu. Nak dapatkan energy. Nasib baik ada kedai bukak time-time cam ni. 
Habis je makan terus pergi Petronas. Tukar baju n kasut. Itu yg penting sekali dong!!

 Sebabnyer......

Kitaorang nak pergi Bukit Broga kat Semenyih. Nak daki bukit pagi-pagi camni sebab nak tengok sunrise. Nasib baik la ada 2 orang hulubalang yg boleh jaga kitaorang ni. hehe. TQ Don n Yop!!

Dalam pukul 5.30am kitaorang pon sampai. Aku pon x jangka tempat masuknya kat ladang kelapa sawit. Er, memang gelap. Park kereta dekat situ. Torchlight memang da siap sedia kami bawak. Ini kalau kami kaum hawa je yg pergi, belum tentu kami gerak sampai terang. haha. Gelap weh!!

See?? Gelap kan. Lebih kurang 1.6 km kitorang kena berjalan. Lebih kurang setengah jam nak sampai atas. Jangan la cakap yg bukan-bukan kat tempat cmni eh. huhu. Faham-faham sudah.


Sampai puncak yg pertama dalam pukul 6 lebih. Subhanallah, we've got amazing Subuh prayer at here. A new experience for us. Erm, sampai-sampai kat atas, ramai jugak orang yg da sampai dulu.

snap, snap and snap!! click!


Da terang sikit. naik ke puncak yg seterusnya. 

Puncak ke 2. Yg lain semua da surrender xnak naik. 

Yeah! akhirnya. Puncak yg pling tinggi sekali. 



Dengan sepenuh hatinya kitaorang menjerit kat atas tuh. Lepaskan beban-beban yg bersarang dalam kepala. Siyes best. hehe. Dari atas puncak tu boleh nampak semua pemandangan yg ad kat bawah.

Continue to Part 2 pulak. Baru aku sedar panjang gak entry nih. hehe. Bui2.


0 comments:

Post a Comment

Komen di sini kalau suka =)