Wednesday, 29 February 2012

Wordless Wednesday 2 # Leap year #



Hari ni 29 Februari! Semua tahu kan tarikh ni datang 4 tahun sekali. Ouh...how a special day.. By the way, for those who celebrate birthday for today...you are the special one la! ^^ (excited giler aku ni -,-' ) Hari yg dinantikan akhirnya tiba jua. Penat korang tunggu kan? 4 tahun tu... 


Wednesday, 15 February 2012

[Resipi] Sup cendawan ala-ala Pizza Hut

Assalamualaikum.

Hari tu kan, aku ada buat sup cendawan. Urgh, Mables! haha. Kali ni masuk kali yg kedua aku buat sup cendawan tersebut. Masa buat yg kali pertama, aku buat sikit je. Sebab nak mencuba je kan. Takut rasa x berapa sedap. Then, family aku terus suka pulak. Tu yg aku buat lagi. Sebab diorang kata sedap. hehe *tolong la jangan kembang.eceh, ;p 

Resipi ni aku dapat daripada.....ah, adalah orang tuh.agaga. Sibuk promote pasal die makan sup cendawan kat rumah, last-last aku mintak terus resipi kat die. heh, ingat aku x boleh buat la? Aku pon boleh buat la kalau nak. hehe. Kalau korang nak try, boleh ikut cara-cara kat bawah. Tapi aku ada olah-olah sedikit dari resipi yg asal sebab nak bagi lagi sedap. Aku terus bagi bahan je, x bagi sukatan. Sebab depend pada korang la nak buat banyak mana. Ikut citarasa korang.

Sup cendawan


Bahan-bahan :

1 biji bawang besar - hiris
2 biji bawang putih - hiris
Halia - hiris
3 biji kentang - direbus sampai empuk
Cendawan tiram atau cendawan butang - potong kecil-kecil
Susu segar
Lada hitam
Garam
1 kiub ayam
Sedikit air
Sedikit ayam (bahagian daging) - rebus sampai empuk. Pastu, hiris ayam halus-halus

Cara membuatnya :
- Blend kentang hingga lembut bersama sedikit air.
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih n halia sampai wangi. 
- Bila bau da naik, masukkan kentang yang telah diblend. 
- Next, masukkan air rebusan ayam.
- Kacau sehingga rata. Masukkan sedikit susu segar. Kalau nak letak banyak pon boleh. Depend pada    korang la nak sup yg pekat ataupun cair. 
- Masukkan kiub ayam, ayam yg telah dihiris, n cendawan ke dalam sup. Kacau lagi.
- Akhir sekali, perasakan dengan lada hitam dan letak sedikit garam.
- Sedia untuk dihidang! Kalau nak cicah dengan roti pon boleh. Sesuai dijadikan makanan petang ;) 

X susah kan? Senang je nak buat sup ni. Rasanya lebih kurang sama dengan sup cendawan yg kat Pizza Hut tuh. Sedap! Kalau korang da berjaya buat, boleh lah korang kembang sekali.haha ;p Aku pon tumpang gembira kalau korang dapat buat sup ni.

p/s : Kalau x ada susu segar ataupun air rebusan ayam pon x apa. Guna air biasa. Sedap jugak rasanya ;)

Selamat Mencuba! 

Tuesday, 14 February 2012

Community Service!


Assalamualaikum. Ok. Hari ni tanggal 14 Februari kan. Semua orang nak sibuk update pasal Valentine Day. Ish, toksah lah korang nak sambut sambutan tuh. Itu kan budaya Barat. Jatuh hukum haram kalau kita menyambutnya. Tak payah nak sibuk-sibuk berkasih sayang time tarikh tu. Padahal, banyak hari lain yg kita boleh berkasih sayang dengan parents kita ke, kawan-kawan ke, kan lagi bermakna. 

Bila sebut pasal kasih sayang, aku ada teringat satu program yg aku n classmates buat last November. Pergh,,punye la lama kan aku simpan cerita. Sebelum ni, aku ada cerita satu benda kan. Kalau korang tak tau, meh baca dulu kat situ. Barulah tahu cerita sebenarnya kan? ;) 

Projek ni berlangsung pada 20 November yg lalu. Kitorang dikehendaki membuat 2 projek untuk subjek Personal Development yg mana terdiri dari program seminar n community service. Ouhh..ini sangat penting untuk carrymark kitorang. Jadi, coorporation is very very important among us coz kalau benda ni xde kerjasama n buat sambil lewa je, program ni x akan menjadi 100%. Untuk community service kitorang telah decide untuk membawa seramai 40 orang kanak-kanak dari Rumah Perlindungan Kanak-Kanak di Jalan Chow Kit, KL datang ke Uitm untuk buat aktiviti kat situ. 

Tujuan kitorang bawa kanak-kanak ke situ sebab nak bagi inspirasi kat diorang supaya mereka berasa semangat untuk belajar dengan rajin dan ingin sambung ke peringkat yg lebih tinggi. Kanak-kanak yg terlibat dalam program ni adalah dalam lingkungan dari umur 5 tahun hingga 12 tahun. Gambar-gambar kat bawah ni akan menceritakan segalanya. hehe. Enjoy ya! :D

Sementara menanti kedatangan budak-budak tu, kitorang sendiri da berkelakuan macam budak-budak dahulu. haha

Segala taklimat yg akan diberikan akan dijalankan di sini

Mereka sangat gembira kan! =)


Salah satu aktiviti yg dijalankan. 

Aktiviti mewarna

Antara salah seorang budak yg aku jaga sepanjang program ni.
p/s : gambar budak ni terpaksa dikaburkan atas sebab tertentu.

Lambaian terakhir sebelum mereka bergerak pulang. =')

Whooh. Banyak betul cabaran nak jaga budak-budak ni. Hyperactive pulak tu. Kena layan mereka dengan sabar. Ada yg terkencing dalam seluar, x mau dengar cakap, menangis, kena pujuk diorang lagi. Wuu..menguji kesabaran jugak la. Maybe sebab diorang pemalu lagi kot masa mula-mula datang tuh. Lama-lama, bila kita da sentiasa dengar n ajak diorang bercerita barulah diorang rasa selesa sikit. 

Lastly, bila habis je prgram tu, muka masing-masing semua da lega. Program ni la yg buat semua orang tension dalam tempoh 2 bulan sebab banyak benda nak kena uruskan. Permohonan tempat, nak dapatkan cenderahati, sediakan makanan, pengangkutan, n semua la. But, pengalaman yg kitorang dapat dengan menjayakan program ni x ternilai harganya. ;)


Friday, 10 February 2012

[Info] Perkara yg perlu anda ketahui

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak share something dengan korang semua. Mai baca sini. Jangan sampai juling sudah. hehe..

  • Madu adalah makanan yg terbaik dan ia tidak akan rosak. Para arkeologi pernah menemui madu di makam Firaun Mesir dan mereka telah merasai madu tersebut dan ternyata ia masih boleh dimakan.

  • Sungai Huan Ho di China dikenali sebagai Sungai Derita kerana apabila berlakunya banjir setiap tahun, ia meragut banyak nyawa.

Sungai Huang Ho. Kalu x silap aku ia juga dikenali sebagai Sungai Kuning dalam sejarah tamadun.

  • Perkataan bahasa inggeris 'queue' adalah perkataan yg sama bunyinya jika empat perkataan terakhirnya dibuang.
Queue   ----->   Queue

  • Hanya empat buah negara di dunia ini bermula daripada huruf 'D' iaitu Denmark, Dominica, Djiboti, dan Domicia Republic.

  • Melalui satu kajian, manusia lebih ramai yg fobia melihat katak daripada tikus.
Ewww...geli geleman bila aku letak gambar ni.

Tapi kalau aku buat kajian ke atas kawan aku, aku nampak bukan takat katak je diorang takut, tikus pon takut sekali. Lipas pon tergolong sekali.hehe ;p 

  • Seorang manusia rata-rata bergerak 25.4 kali selama tidur dalam masa satu hari


  • Berat gigi seekor gajah boleh mencecah sehingga 9 paun!
Wow! Beratnya! Ini kalau kena hempap dengan gigi gajah sure mati katak. Lain la kalau kita ni Badang.

  • Taumatawhakatangihangakoauauotamateapokaiwhenuakitanatahu adalah nama sebuah tempat yg telah diiktiraf sebagai nama tempat yg terpanjang di dunia dan mempunyai 85 huruf. Ini adalah nama sebuah kaki bukit yg memiliki ketinggian 305 meter (1 000 kaki ) tinggi dan terletak berhampiran Porangahau, New Zealand.
Wu! Jenuh nak menaip ni. Kalau korang rajin, kiralah sekali betul ke tidak ada 85 huruf. huhu -,-'

  • Satu kajian telah dilakukan tentang hubungan bau-bauan dengan otak manusia. Keputusan yg mereka dapati ialah, kita boleh meningkatkan daya ingatan serta kecekapan minda kita dengan selalu menghidu bau bunga ros! Mereka menegaskan bau yg wangi seperti bau ros mengaktifkan sel-sel otak yg kurang aktif semasa tidur.
Iye ke ni? Ini kalau bawak pergi kelas sure kita pon boleh jawab sambil tidur. ngeh3 ;p

  • Perkataan 'listen' mempunyai huruf yg sama dengan perkataan 'silent'

  • Alexander Graham Bell, penemu telefon, tidak pernah menelefon isterinya atau ibu kerana mereka berdua pekak.

Sumber: majalah dara






Tuesday, 7 February 2012

Puding Roti Susu

Assalamualaikum <3

Hari ni aku nak berkongsi satu resipi dengan korang semua. Teruja x? Teruja x? Tolong la teruja.huu. Penat aku sediakan untuk korang semua ni tau. Da siap tolong makankan untuk korang lagi.hehe. Senang je buat ni. Kalau korang bantai-bantai buat pon sampai dapur tu da bertukar warna, mesti jadi jugak punyer. ;p Baru petang tadi aku buat ni.

maaf, gambar yg enggak brkualiti, tapi still boleh nampak lagi kan ;)
p/s : Don't judge a book by it's cover. Taste 100+ No joke.

Ok. Di sini aku sediakan bahan-bahannya. Korang just follow je.

         Bahan A:
         10 gram agar-agar
         120 gram gula
         500ml air

         Bahan B:
         2 keping roti
         1 biji telur
         50 ml susu pekat
         110 ml susu cair
         sedikit esen vanilla
         pewarna merah
         pewarna hijau

Cara membuatnya:
- Didihkan bahan A sehingga mendidih. Pastikan agar-agar dengan gula cair ok.
- Kisar roti, susu cair, susu pekat, esen vanilla dan telur sampai lumat. 
- Then, bila da habis kisar, masukkan ke dalam bahan A.
- Bila da gaul sampai rata, bahagikan adunan kepada 3 bahagian: asli, merah, hijau
- Masukkan adunan ke dalam loyang secara berselang-seli. Ikut suka korang la nak masukkan macam mana. Janji bercorak ;)
- Masukkan dalam peti sejuk 
-Lastnya!!! Sedia untuk dihidang. X kisahlah untuk family korang yg terchenta, member2, mahupun buah jantung korang. haha.

Make sure you make this dessert with a lot of love ya! Baru la ummpphh! hehe. 

K. bai. Selamat mencuba yaw!

Sunday, 5 February 2012

Pengaruh MasterChef

Assalamualaikum

Tiap-tiap hari, petang atau malam aku diisi dengan lakukan benda yg sama. Kuh3. Apakah itu? haha. Tidur pon selalu lambat. Kalaulah time exam boleh wat cm ni, study pulun sampai tidur lambat, memang hebakk giler la ko punyer result nanti kan? Sampai 5 flat boleh dapat. heh. Tapi nak wat macam mana, bila mata kita da mengadap lappy mestilah jadi segar daripada tengok buku. Kan. Kan. hehe. Baik ngaku cepat. (angguk-angguk kepala)

Kalau diikutkan rancangan realiti ni da lama disiarkan, da siap tau pemenangnya lagi. Tapi aku x tau lah kenapa aku lambat sangat tau pasal benda ni. Da nak akhir-akhir baru la tau.huu. Kalau korang tanya kenapa, ini la sebabnya;


"Rumah aku x ada ASTRO la" =,='


Paham x rumah aku x ada ASTRO? haa,, da siap gedabak lagi aku mention kat situ.haha. Siaran apa yg ko tengok sampai hari-hari ko da ketagih macam tuh?? Ni la dia siaran yg membuatkan aku boleh terlopong, kagum, berdebar-debar n macam-macam perasaan la yg ada.

Aku da bagi hint ni, mesti korang da dapat agak kan?? hehe


Rancangan Realiti Masterchef Malaysia.


Baru sekarang aku leh dapat tengok kat You Tube. Memang x berganjak bila aku da mengadap benda ni. Sebelum ni, aku ada dengar jugak pasal cerita ni. Lagi-lagi bila aku n housemates aku masak sama-sama kat rumah sewa kitorang. Sibuk diorang berceloteh pasal masterchef. Siap lakonkan lagi jadi juri masakan. Dengan nak try hiris bawang laju-laju lagi. Aku da pelik bila tengok diorang. Mula-mula aku tak hirau pasal benda ni, then bila telinga aku asyik dengar benda yg sama, aku pon tanya la diorang. 

"Cerita pasal ape tu weh?" blur face
"Ala. citer pasal masak-masak. Kena bertanding"

Aku pon...owww.. (angguk-angguk)

Then, lepas je habis exam, aku terus cari-cari pasal cerita nih. Mula-mula tengok,, erm..best la. Lama-lama terus aku decide nak tengok dari episod 1. Sebab nak tau jenis masakan apa yg diowang masak. And nak tau gak flow siaran ni. Pheww..akhirnya! rancangan ni da berjaya mempengaruhi aku nak jadi hebat macam diowang semua. Waarghh! Kagum aku. 

Suka tengok muka kak Ezani. hee. Tenang je dia ni kan. 


Ok. dah. sampai sini je. Aku nak sambung balik tengok episod yg ke 26 pulak ^^,

Bye2.


Wednesday, 1 February 2012

Wordless Wednesday 1 # A W A R D #

Assalamualaikum..


Boleh ke aku melakar balik sejarah untuk semester ni seperti semester-semester yang sebelumnya?

p/s : Hanya doa dan tawakal yg jadi senjata kita selepas kita telah berusaha dengan sebaiknya.