Tuesday, 14 February 2012

Community Service!


Assalamualaikum. Ok. Hari ni tanggal 14 Februari kan. Semua orang nak sibuk update pasal Valentine Day. Ish, toksah lah korang nak sambut sambutan tuh. Itu kan budaya Barat. Jatuh hukum haram kalau kita menyambutnya. Tak payah nak sibuk-sibuk berkasih sayang time tarikh tu. Padahal, banyak hari lain yg kita boleh berkasih sayang dengan parents kita ke, kawan-kawan ke, kan lagi bermakna. 

Bila sebut pasal kasih sayang, aku ada teringat satu program yg aku n classmates buat last November. Pergh,,punye la lama kan aku simpan cerita. Sebelum ni, aku ada cerita satu benda kan. Kalau korang tak tau, meh baca dulu kat situ. Barulah tahu cerita sebenarnya kan? ;) 

Projek ni berlangsung pada 20 November yg lalu. Kitorang dikehendaki membuat 2 projek untuk subjek Personal Development yg mana terdiri dari program seminar n community service. Ouhh..ini sangat penting untuk carrymark kitorang. Jadi, coorporation is very very important among us coz kalau benda ni xde kerjasama n buat sambil lewa je, program ni x akan menjadi 100%. Untuk community service kitorang telah decide untuk membawa seramai 40 orang kanak-kanak dari Rumah Perlindungan Kanak-Kanak di Jalan Chow Kit, KL datang ke Uitm untuk buat aktiviti kat situ. 

Tujuan kitorang bawa kanak-kanak ke situ sebab nak bagi inspirasi kat diorang supaya mereka berasa semangat untuk belajar dengan rajin dan ingin sambung ke peringkat yg lebih tinggi. Kanak-kanak yg terlibat dalam program ni adalah dalam lingkungan dari umur 5 tahun hingga 12 tahun. Gambar-gambar kat bawah ni akan menceritakan segalanya. hehe. Enjoy ya! :D

Sementara menanti kedatangan budak-budak tu, kitorang sendiri da berkelakuan macam budak-budak dahulu. haha

Segala taklimat yg akan diberikan akan dijalankan di sini

Mereka sangat gembira kan! =)


Salah satu aktiviti yg dijalankan. 

Aktiviti mewarna

Antara salah seorang budak yg aku jaga sepanjang program ni.
p/s : gambar budak ni terpaksa dikaburkan atas sebab tertentu.

Lambaian terakhir sebelum mereka bergerak pulang. =')

Whooh. Banyak betul cabaran nak jaga budak-budak ni. Hyperactive pulak tu. Kena layan mereka dengan sabar. Ada yg terkencing dalam seluar, x mau dengar cakap, menangis, kena pujuk diorang lagi. Wuu..menguji kesabaran jugak la. Maybe sebab diorang pemalu lagi kot masa mula-mula datang tuh. Lama-lama, bila kita da sentiasa dengar n ajak diorang bercerita barulah diorang rasa selesa sikit. 

Lastly, bila habis je prgram tu, muka masing-masing semua da lega. Program ni la yg buat semua orang tension dalam tempoh 2 bulan sebab banyak benda nak kena uruskan. Permohonan tempat, nak dapatkan cenderahati, sediakan makanan, pengangkutan, n semua la. But, pengalaman yg kitorang dapat dengan menjayakan program ni x ternilai harganya. ;)


0 comments:

Post a Comment

Komen di sini kalau suka =)