Wednesday, 15 February 2012

[Resipi] Sup cendawan ala-ala Pizza Hut

Assalamualaikum.

Hari tu kan, aku ada buat sup cendawan. Urgh, Mables! haha. Kali ni masuk kali yg kedua aku buat sup cendawan tersebut. Masa buat yg kali pertama, aku buat sikit je. Sebab nak mencuba je kan. Takut rasa x berapa sedap. Then, family aku terus suka pulak. Tu yg aku buat lagi. Sebab diorang kata sedap. hehe *tolong la jangan kembang.eceh, ;p 

Resipi ni aku dapat daripada.....ah, adalah orang tuh.agaga. Sibuk promote pasal die makan sup cendawan kat rumah, last-last aku mintak terus resipi kat die. heh, ingat aku x boleh buat la? Aku pon boleh buat la kalau nak. hehe. Kalau korang nak try, boleh ikut cara-cara kat bawah. Tapi aku ada olah-olah sedikit dari resipi yg asal sebab nak bagi lagi sedap. Aku terus bagi bahan je, x bagi sukatan. Sebab depend pada korang la nak buat banyak mana. Ikut citarasa korang.

Sup cendawan


Bahan-bahan :

1 biji bawang besar - hiris
2 biji bawang putih - hiris
Halia - hiris
3 biji kentang - direbus sampai empuk
Cendawan tiram atau cendawan butang - potong kecil-kecil
Susu segar
Lada hitam
Garam
1 kiub ayam
Sedikit air
Sedikit ayam (bahagian daging) - rebus sampai empuk. Pastu, hiris ayam halus-halus

Cara membuatnya :
- Blend kentang hingga lembut bersama sedikit air.
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih n halia sampai wangi. 
- Bila bau da naik, masukkan kentang yang telah diblend. 
- Next, masukkan air rebusan ayam.
- Kacau sehingga rata. Masukkan sedikit susu segar. Kalau nak letak banyak pon boleh. Depend pada    korang la nak sup yg pekat ataupun cair. 
- Masukkan kiub ayam, ayam yg telah dihiris, n cendawan ke dalam sup. Kacau lagi.
- Akhir sekali, perasakan dengan lada hitam dan letak sedikit garam.
- Sedia untuk dihidang! Kalau nak cicah dengan roti pon boleh. Sesuai dijadikan makanan petang ;) 

X susah kan? Senang je nak buat sup ni. Rasanya lebih kurang sama dengan sup cendawan yg kat Pizza Hut tuh. Sedap! Kalau korang da berjaya buat, boleh lah korang kembang sekali.haha ;p Aku pon tumpang gembira kalau korang dapat buat sup ni.

p/s : Kalau x ada susu segar ataupun air rebusan ayam pon x apa. Guna air biasa. Sedap jugak rasanya ;)

Selamat Mencuba! 

1 comment:

Komen di sini kalau suka =)