Saturday, 31 March 2012

Cat Show

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Entry ini sangat lah sesuai buat pencinta kucing. So, sape-sape yg rasa x suka kucing n takut akan kucing, anda tidak digalakkan untuk membaca. Manalah tau korang terjerit-jerit histeria time tengok gambar kucing tu nanti. haha. ;p Tapi, lagi elok korang baca. ngeh3. Mana la tau tiba-tiba jadi minat lak kan?

Siang tadi, aku turun nak pergi beli makanan. Masa lalu depan dewan kolej, aku perasan kat bahagian pameran kucing tu ramai orang. Oh! lupa nak bagitahu, kat kolej aku ni ada event Carnival Youth for 3 days. Cat show ni salah satu aktiviti drpd karnival ni. Intai punya intai, rupa-rupanya da ada kucing yg diletakkan la. Ha! Aku apalagi. Terus jalan macam orang marathon pergi ke kafe untuk beli makanan.  Tak toleh kiri kanan terus. haha. Lepas je beli makanan terus masuk dewan. Waaa..aku dengan mata yg bersinar-sinar macam ada mentol kat dalam mata aku terus menapak kat bahagian kucing.

Fuh fuh. Kucing-kucing tu semua besar-besar oke! Walaupun spesies kucing kampung pon nampak besar. Err..ada ke spesies kampung? Suka-suka je letak. hehe. But, smelly sikit la. Haih. Ape pasal la diowang tak bersihkan kucing-kucing ni sebelum nak pamerkan. Ni ada yg berhingus, ada yg penuh taik mata, tak jugak ada yg kotor kt bahagian bontot tu.hoho. Kalau bersihkan, mesti lagi lawa.



Kalau nak adopt kucing, dalam kurungan ni je yg boleh. Kalau nak, beli dengan harga RM30. Nanti dapat free beg goodies.

Kt tempat buang najis pon boleh buat tempat tidur ye meow2? ^^ Berbau badan engkau.



Nama kucing ni Prado. Kucing ni sangat besar. Da macam anak harimau aku tengok. Dia jinak, tapi cepat takut. Nampak kan muka takut dia tu? Tuan punya kucing ni cakap, dia tak boleh dengar bunyi yang kuat. Kebetulan kat dewan tu pasang lagu yg leh wat orang gegar jantung. Memang patut la kan..

Muka kesian nak mintak dilepaskan. heh.

 Kucing ni sangat pemalas. Asyik tidur je. Rupa kucing ni da macam patung aku tengok.


Sedar tak sedar, sejam jugak aku habiskan masa kat situ. Haish, kucing punya pasal pon aku boleh terleka..  That's me -,-'


Thursday, 29 March 2012

Bila rindu menghimpit jiwa.

Assalamualaikum


Zaman dulu lain. Zaman sekarang pon lain. Kenapa? Itu yg aku rasai sekarang ni. Mungkin pengaruh persekitaran yg mempengaruhi aku. Mungkin jugak sebab pengaruh daripada diri aku sendiri. Tiada usaha untuk memperbaiki diri.

Tulus dari hati aku yg ikhlas, selama aku hidup 21 tahun ni, zaman yg paling manis, yg paling aku rasa tenang adalah sewaktu aku zaman sekolah menengah. Bukan disebabkan sibuk nak usha sana-sini (walaupun kadang-kadang terpernah la gak.haha ) bukan sebab nak horey sana horey sini x tentu pasal n bukan jugak sebab nak kejar  populariti semata-mata.

المعهد الديني العالى تغكو امفوان رحيمه


Dahulu, zaman sekolah, sentiasa ada 'ibu bapa' yg mengingatkan kami sewaktu menimba ilmu. Walaupun sering kali terlupa, tapi mereka tak pernah jemu nak ingatkan kami semua supaya jadi insan yg sentiasa mengejar amalan untuk dunia dan akhirat. Syukran wahai guru-guru kami. Pesanan anda sentiasa berada dalam genggaman walaupun kadang-kala kami pernah menyakitkan hati kalian. =')




Ukhuwah yg erat antara satu sama lain. Walaupun tak dengan semua dapat rasa ukhuwah itu, tapi dengan adanya senior-senior yg sentiasa membimbing sewaktu pelbagai program dijalankan seperti program usrah,  ceramah, tazkirah, kami jadi selesa apabila secara tidak langsung kami dapat mengeratkan silaturrahim dan dapat jugak berkenal-kenalan antara satu sama lain. Kami berkawan dengan semua. Tiada diskriminasi antara budak pandai dengan budak kurang pandai.  Terima kasih wahai abang n kakak kerana menjaga n menasihati kami dengan baik. =')


Rasa rindu dengan kawan-kawan yg sentiasa ingatkan tika diri ini leka dan lalai, dan juga sering berkongsi ilmu yg mereka peroleh dan sampaikan kepada kita. Sungguh, time tu tak terasa pon. Mungkin sebab da set dalam kepala mereka tegur untuk kebaikan kita... ;) "Sampaikanlah ilmu walaupun satu ayat...." ;) Tak sedar rupanya sudah banyak pahala yg kawan-kawan aku peroleh daripada penyampaian ilmu yg diberikan. Terima kasih ya asdiqa'... =')






Tambah amalan untuk bekalan akhirat...Oh, sangat rindu itu. Dulu, tiap pagi Khamis mesti akan spend 30 minit untuk baca Al-Quran. Dengar orang baca Al-Quran pon da dapat pahala, apa lagi kalau membacanya kan. Tiap pagi satu sekolah akan dialunkan zikir-zikir sebelum kelas bermula, buat ibadah-ibadah sunat tiap tahun like Qiamullail, adakan ceramah bila ada perayaan dalam Islam, adakan sambutan untuk perayaan-perayaan dalam bulan Islam..tiap kali perhimpunan mesti akan alunkan Asmaul Husna..Solat zohor berjemaah, n many more.. Bila lagi akan ada lepas ni?...


Namun sekarang, tiada itu semua lagi. Tiada lagi 'suapan'. Kesan? Makin banyak ilmu hilang. Sekarang, kita berpijak dengan kaki sendiri. Segala yg kita lakukan dilakukan atas kerelaan kita sendiri. Juga bergantung dengan kekuatan iman kita. Lemah iman, akan tersungkurlah kita..Ya Allah,,kuatkan iman aku. Kita hidup di dunia tanpa sedar rupa-rupanya dosa sentiasa bertambah. X ada inisiatif pon nak tambah amalan buat bekalan selepas ini. Sedangkan ajal semakin lama semakin dekat... ~Dunia oh dunia~ 

Selingan : Antara calon-calon suami soleh. ;p (hui, mampus aku kalau diorang tau nih! haha )

Kini, aku bangga bila tempat aku menimba ilmu dahulu semakin dikenali dan juga semakin cemerlang. ;)

Tahniah! Sekolah yg terbaik dalam daerah Kuala Langat untuk result SPM yg lalu.

klik untuk tumbesaran yg baik.



Rindu nak jadi budak sekolah agama! =')

Wednesday, 28 March 2012

Wordless Wednesday 3 # Muhasabah #

Assalamualaikum




Jadikan masa lalu sebagai pengajaran.
Ya Allah, letakkan la cintaku pada-Mu melebihi dari cinta kepada manusia.


Cuba untuk jadi yg terbaik......



Sunday, 25 March 2012

Kesepian, keseorangan T.T

Assalamualaikum!

Tanggal 25 Mac. Hmm. Hari ni tarikh aku berpindah dari rumah sewa ke kolej. Semalam aku ada update kan pasal nak pindah tuh. X tau? Ha, cepat. Pergi baca dulu. hek3. 

Pagi tadi tengah syok-syok tidur...ops! terkantoi lak. hehe. Dalam pukul 7 lebih oke! Ayah aku kol suruh cepat siap n kemas barang yg belum dikemaskan lagi. Aku yg tengah mamai terus blur...what,what and what? Oh, my lovely daddy! why so early? Rupa-rupanya lepas zohor ayah aku nak pergi kenduri rumah saudara. Ouh..no wonder la...

Dalam pukul 10, my parents n my little sis pon datang. Terus pergi Uitm. Tap tap tap. After turun naik tangga n turun lagi berat badan aku sebanyak 15 kg, aku pon terus jumpa family aku. Hui, menangis ketiak badan aku sebab banyak angkat barang. huahua. Da borak-borak n salam semua, mereka pon pulang. Thanks mak n ayah sebab sudi datang sini tolong angkat barang. wuwu. Sayang semua! <3

Lepas je makan, aku pon kemas barang pulak. Haiyoo...sejam jugak aku kemas. Punyelah berhabuk bilik ni. And yg tak bestnya aku sorang je baru masuk. Kira aku orang first la ni masuk...Mana yg lain ni...roomate pon xkenal lagi...Siyes rasa sunyi lak. Then, aku pon intai-intai kat luar. Eh eh? Nampak rumah sewa aku la. Punyelah dekat...Nampak bilik yg aku duduk pulak tuh...Rasa rindu pulak. Kecik ow kecik, ko tengah watpe tu? hehe. Pastu da tak tau nak watpe...aku pon tidur la..tapi x boleh...T_T 

Bobo la yg temankan aku kat bilik ni..

Makanan lagi banyak daripada buku..ape daa... ;p


Psttt..sampai sekarang masih keseorangan lagi.




Saturday, 24 March 2012

7 jawapan kenapa nak kahwin awal

Assalamualaikum..


Entry ni khas untuk kaum adam. Engkau nak kahwin cepat? Nak elak dari kekasih engkau dari dirampas buaya darat? Ha, apalagi. Cepat-cepat la jumpa parents perempuan tu. Kang gigit jari pulak bila dia da nikah dengan orang lain. Kalau korang takut? Ceh, bukan jantan..ops, silap! hehe. bukan lelaki namanya kalau ko takut. ngeh2. Lelaki kan memimpin. Perlulah berani dalam menjadi pemimpin. Perlulah bijak dalam menangani masalah takut tu. Sebelum tu, Tekan sini dulu. hehe

Ini antara jawapan yang korang boleh berikan kepada bakal bapak mertua ko. Jangan takut pada beliau walaupun misai beliau nampak lah sungguh menggerunkan. hoho.


1. Dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin. Bila korang rasa da jumpa pasangan yg boleh dijadikan isteri, yg boleh jadi bakal ibu yg baik buat anak-anak korang nanti, cepat-cepatlah berkahwin. Ini ada dinyatakan dalam hadis tau. Tapi....istikharah lah dulu yer.. n_n

2. Nak jaga mata, hati dan kemaluan. Maksud kat sini adalah untuk mengelakkan zina. Yg halal kan ada. 

3. Nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila-bila masa je. Mendirikan masjid itu sunnah. Sudah tentu dapat pahala kan ;) Kita tak tau bila ajal kita tiba. Jadi, sebelum ajal kita sampai, dapatkan lah dahulu pahala kahwin. Harus diingatkan sekali lagi, point nombor 1 perlulah didahulukan terlebih dahulu.

4. Nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila-bila masa je. Lagi cepat korang kahwin, lagi cepat korang dapat zuriat. And lagi ramai anda boleh dapat zuriat. Janganlah nak anak cuma sorang je. hehe. Itupun jika Allah berikan rezeki yg lebih kepada anda. Bila kita tak ada kat dunia ni, anak-anak pasti akan doakan kesejahteraan kita selama mereka masih hidup. Andai kata kita mati sebelum kita kahwin, tiada anak yg akan mendoakan kita kan ;)

5. Dapat beribadah dengan pahala yg berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya saja sudah dapat pahala. See? Pandang je boleh dapat pahala tau? Belum lagi kalau bersentuhan. Lagi banyak pahala. Free je dapat kan? Lagi sweet kalau pasangan suami isteri dapat tunaikan kewajipan beribadah bersama-sama.

6. Dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga. Sebaik sahaja korang berjaya lafazkan nikah, korang mesti akan berfikir untuk bahagiakan n nak menjaga isteri korang dengan baik. Secara tidak langsung, korang akan menjadi lebih bertanggungjawab n punya fikiran yg baik bagi menjadikan keluarga bahagia.

7. Nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama. Yakinkan ibu bapa bakal mertua dengan ilmu agama yg korang miliki. Yakinkan yg anda boelh jaga dengan lebih baik. Sebab? Yela..ayah dia dah jaga elok-elok anak dara diorang, da bagi ilmu yg cukup, mestilah susah nak lepaskan kepada orang lain. So, jadilah pemimpin yg baik n soleh untuk bakal isteri korang nanti.

8. Last sekali, yg paling korang tidak akan lupa, saya sayang dan cintakan anak pak cik <3.  Kalau korang tak sayang n cintakan dia, macam mane nak kahwin.......

Bila korang da berjaya dapatkan perempuan yg korang sayangi janganlah lupa untuk gembira seperti ini. Yg membuatkan anda lupa pada orang sekeliling:

Yeah! Aku berjaya! ;p


Bukan senang kan nak jadi suami? Fikir-fikirkanlah... 

Monday, 19 March 2012

Engagement Day!

Assalamualaikum

Helo helo. Hai semua! huehue. Just nak inform kat korang baru-baru ni aku baru je melangsungkan....jeng jeng jeng (bunyi drum)..aku baru je bertunang hari sabtu yg lepas.heh. Oh mai! Diam-diam je aku ni kan. X bagitahu korang pon. Kelas ko nyah! haha.

Ok. Sebelum aku nak cerita dengan lebih lanjut, aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana akhirnya majlis tersebut berjalan dengan lancar. Syukur Alhamdulilah. By the way, congrates to my kakak sepupu for her engagement bersama orang yg trsayang. hehe. Itulah cerita sebenar yg sebenarnya berlaku. Aku ni sibuk je lebih. Nak jugak rasa feel bertunang cam ne. haishh -____________-" (kronik sungguh!)

Apa yg menariknya, tarikh 17 Mac ni jugak merupakan birthday kakak sepupu aku ni. Waa...untunglahh kan. Sambut birthday, pastu bertunang pulak. Memang ni betul-betul kenangan manis bak gula-gula kapas la kan. Sure x akan dilupakan sampai bila-bila...Tema time hari pertunangan hari tu adalah purple! Wow.. memang my favourite colour aku tuh. huhu.

Khemah untuk para tetamu menjamu selera


Hantaran yg berwarna purple tuh dari pihak perempuan.
Yg warna hijau + kuning pulak datang dari pihak lelaki.


Tahniah Kak Ika! I'm very very happy for u. Can't wait for your wedding soon.hee

wuwu..at a glance, muka encik tunang looks like mat luthfi laa...hoho. 

Sebenarnya, tunang lelaki tu tak datang pon. Tiba-tiba, bila family lelaki sedang menjamu selera, kami semua dikejutkan dengan suasana yg agak bising di luar yg mana terdengar mereka seperti menghalau seseorang balik. Belek punya belek, rupa-rupanya tunang lelaki ni datang bawa kek yg tertinggal. Katanya salah satu hantaran ni tertinggal. haha. Ntah ye ntah tidak. Ke memang saja dirancang? hehe

with my cousins ^^

Memang aku enjoy dengan majlis tu. Excited lebih je aku ni kan. Yela, ini merupakan majlis sambut bakal menantu yg pertama untuk family sebelah emak aku. Memang patut la aku excited kan. Tapi...tapii....yg x syioknya, semua saudara mara aku tanya n usik-usik aku pulak bila turn aku nak tunang..ouh..tolonglah..aku lama lagi ok! Nak habiskan belajar dulu. Andai kata jodoh aku sampai awal, mana mungkin kita boleh tolak kan? ;) hehehe. ;p


p/s : Anda peminat Johara di Era dan Lisa Surihani? Sila klik INI dan SINI. Ada banyak benda menarik menanti anda! ;)




Saturday, 10 March 2012

Hanya mampu menadah telinga sahaja....



Assalamualaikum.

Minggu pertama semester x ada apa yg menarik pon. Hanya sesetengah lecturer je yg da masuk ke kelas. Yg lain ada yg belum masuk lagi. Hmmm,, ada satu kelas ni yg kitorang memang x jangka. Ok. Kelas  ni ialah subjek FIN 542 iaitu International Financial Management. Masa kelas yg pertama aku datang lambat sikit. Dalam dekat 2.30 macam tu lah padahal kelas start 2.10pm. Datang-datang je budaknya kata kelas cancel sebab lecturer yg mengajar subjek tu kata sikit je yg datang.


Senang kata jodoh kami panjang. Rupa-rupanya kitorang dapat lecturer yg sama lagi untuk semester ni. Oh yeah?? (muka terkejut) Daripada cerita diorang yg datang awal tu, lecturer ni suruh kitorang tukar kelas lain n siap bagi nama lecturer yg mengajar subjek ni lagi. And beliau juga x berapa berminat untuk mengajar pelajar yg sama every sem. Mestilah bosan kan...aku n member-member yg dari lepasan matrik da bersama dengan beliau nak masuk 3 sem. Untuk kawan-kawan yg lepasan diploma nak masuk 2 sem. Senang cerita da tau perangai tiap pelajar.


Akhirnya kami semua amik kata putus untuk stay kat kelas tu because about 70% in this subject melibatkan calculation. Lagipun, beliau boleh dikira bagus juga mengajar subjek calculation compare to other lecturers.


Next, semasa kelas yg kedua untuk minggu ni, antara ayat-ayat yg keluar dari mulut beliau sebelum belajar ialah...

" Kamu x nak tukar kelas lain ke? Ni da ada yg 3 semester saya tengok muka yg sama je"

" Kamu tukar la kelas yg lain. Ada satu kelas ni, kelas N baru je 10 orang daftar"

" Bila saya diminta mengajar subjek ni untuk Part 4, dalam hati saya da terdetik mesti nanti saya jumpa pelajar yg sama. Sekali, bila saya da print out senarai nama, hm, memang betul saya jumpa kamu semua balik"

" Kamu semua x bosan ke dengan saya?"



Kitorang semua yg mendengar hanya mampu menadah telinga je. Dan juga hanya mampu tersenyum simpul sambil berpandangan satu sama lain. Bosan ke kami semua ni? Heh, nak tak nak terpaksalah terima sebab beliau yg akan mengajar kami selama satu semester ni. hehe. Xpelah, terima je lah seadanya asalkan niat kami semua untuk belajar adalah ikhlas. X kisahlah dengan lecturer mana pon. Kalau kitorang tukar kelas, nanti tak pasal-pasal clash dengan kelas yg lain. Da susah nak rombak jadual balik.


p/s : Da mula dapat assignment pertama untuk minggu ni. uhh.


Thursday, 1 March 2012

Kawan baru yg tension!


Assalamualaikum. Bosan punye pasal, aku tadi try godek-godek nak chat dengan Cleverbot. Aku pon baru tau pasal benda ni lepas baca blog kak Fatin Liyana yg cantik manis lagi bergaya itu malam tadi. hueheu. Cari punya cari, rupa-rupanya nak chat dengan robot tu cuma taip je dalam kotak yg da sedia ada kat website tu. Punyelah lama aku cari kat mane nak buat conversation dengan robot yg kononnya mengaku pandai ni. haha.

Selalunya kita chat dengan our friends, right? But, konon-konon korang nak happykan diri korang yg tengah gunda-gelana tu, cer try borak-borak dengan robot nih. Korang cakap la ape-ape dengan die. Semua bahasa dia boleh jawab. bhaha. Tapi, lagi tension adalah. Lain yg ditanya, lain yg dijawab. grr.


Conversation pertama : Bila ayam bercakap dengan itik 


Akhirnya die yg mengaku die gila. haha. Tu la, main-mainkan aku lagi.

Conversation kedua : konon-konon nak jadi kawan, tapi akhirnya jadi anjing dengan kucing.

Tension! Gua tension sama lu la! huh.


Conversation ketiga : versi jawa (haha)
                                                                                          
                                                                                       Ni aku da siap translate kalau korang x paham

User: Hei robot! da makan ke belum?

User: Ko tau cakap jawa ke tak?

User: Da kebulur ea?

User : La. sejak bila aku panggil ko da!

User: Ko boleh paham aku cakap jawa ye?

User: Gila!

User: bhaha. ko gila la.





Part yg x boleh blah bila tiba-tiba dia tanya aku pasal add math. What the...? hei, nak mengenang balik aku punye result time aku SPM apa? Heloo..aku x adalah sehebat Adi Putra yg terer math tuh. Lu memang salah orang la. *sigh*