Monday, 30 April 2012

End of Holiday~

Assalamualaikum


Just nak maklum yg aku da ada kat Shah Alam. Haish...awatlah besok cuti. Nape lah x cuti hari Isnin. Kalau tak, sekarang ni da ada kat rumah da. hoho. Hai..minggu ni pon da banyak benda nak kena buat. Maunya tak tersedak macam tercekik biji rambutan bila aku baru perasan ada banyak kerja nak kena settle.



3 May ni ----> Investment punya group assignment kena hantar. Belum siap lagi laa..Esok baru akan adakan demonstrasi KERJA 1.0 kat luar secara beramai-ramai. Besok kan Labour Day... haha ;p

4 May bersamaan hari Jumaat -----> Test Islamic Finance la pulak... Ohoii..bila nak habiskan baca ni. Baru baca sikit kott... Ok2. xpe. Sempat ni... Just refresh balik.


Next week pulak....

7 May ----> Test CTU.. Apa mau jawab ni bila kat kuliah asyik tersungkur n buat imaginasi sendiri je bila lecturer mengajar dengan suara yg sangat sopan... Oh! sedar x sedar da banyak chapter masuk. Erk! Tapi nasib baik la boleh belajar sendiri. Kena baca je pon....

11 May -----> Test Economic.. Cerita seperti di atas. Masalah yg sama. Ini lah akibatnya bila dapat lecturer yg sangat sabar mengajar kami...yg sangat bersungguh-sungguh mengajar kami..yg sangat baik bila mengajar kami.... yg mana akhirnya ada kalangan kami yg buat hal sendiri kat belakang kelas. Aduh!


Tak tau pulak ape cerita untuk minggu seterusnya....Pastinya cerita yg sama. Kena siapkan assignment segala bagai.



p/s : Jadi pendatang tanpa izin secara tak sah kat Shah Alam bila IC n lesen aku tertinggal kat rumah. Aduyai.. Agak-agak selamat tak within 1 month ni untuk aku survive sementara nak tunggu cuti. ish..... 


Saturday, 28 April 2012

Happy Birthday to me!!



Assalamualaikum. Merangkak ke 28 APRIL 2012. Alhamdulilah..aku masih lagi dapat menikmati kehidupan ini. Genap sudah umur aku yg ke...12. ehh?? Opps..terbalikkan nombor tu eyh. hikhik. Perasan muda je aku  ni. Yg aku dulu sibuk huha huha kat entry time awal bulan dulu sebab pasal benda ni la. hehe. Tapi aku betul aku cakap, aku rasa kadang-kadang aku ni macam budak-budak lagi. Haih, layak ke ni nak jadi emak orang?hoho.



Hai! Muka saya da layak mengundi la. hewhew. Caye tak caye tak? ;p

By the way, thanx sesangat yg wish my birthday kat fesbuk, mahupun twitter, mahupun mesej. Sayang semua. hee. Semakin kita meningkat umur, banyak yg kita perlu perbaiki. Moga dipermudahkan segala urusan. Amin. ;)

Bila da meningkat umur ni, baru perasan, semakin lama kita semakin jauh dengan orang yg pernah rapat dengan kita ni. Mungkin sebab bila kesibukan da menguasai diri. Ye. Itu yg aku rasa sekarang. Yeah, I miss the big moment. Old time. Semua orang da jauh. Pergi mencari ilmu tanpa henti. Hanya doa je yg jadi pnghubung moga orang yg pernah bergelar sahabat, teman, kawan dalam hidup aku sentiasa dilindungi oleh-Nya. Dan pastinya juga untuk rakan-rakan yg berada di sekeliling aku pada hari ni. ;')

Ok. Birthday aku kali ni x ada ape yg menarik pon. hehe. No birthday party. No at all. Last sambut time kecik-kecik dulu. Biasalah..zaman budak-budak dulu kan. Tapi, kalau tiba-tiba ada yg baik hati nak sambutkan pon boleh gak pe. hehe. K laa..bye semua ^^




Friday, 27 April 2012

This is what we called TRUE LOVE!

Assalamualaikum^^


video

Apa perasaan korang bila tengok video ni?


Sedih? Touching? Berjurai air mata? Ataupun... x ada perasaan langsung. Sah-sah korang ni memang x romantik. hoho. Aku yg menengoknya pon terharu tau.

Emm...I wonder if I can get such a good and loving hubby like this couple someday.. Loving us just the way we are. Even not all of his happiness we can give, but his love to us become stronger and stronger. X akan pernah berubah. Walaupun kita pergi meninggalkan dia dahulu. 


Semua wanita inginkan kebahagiaan yg macam tu jugak, kan? Sentiasa ingin disayangi dan dicintai sampai akhir hayat. Lelaki pon sama je..mesti nak macam tu jugak kan. Tapi, layak ke kita kalau kita sendiri pon x ubah diri kita dahulu? Nah..that's the question. Kalau perangai kita pon macam hantu mengalahkan pontianak, (er..ada ke cam tu? heh ) ada ke orang yg nak kat kita? 

Em, bila da dinyatakan " Wanita yg baik hanya untuk lelaki yg baik dan lelaki yg baik hanya untuk wanita yg baik", maka x ada siapa yg boleh mengubahnya. Kalau sekuat mana pon kita pertahankan sesuatu hubungan, tapi bila da ditetapkan x ada jodoh untuk bersama, siapa kita untuk melawan takdir? Mungkin ada yg lebih baik menanti kita. Who knows?




Lagu kat atas kena sangat ngan video tu kan? Hehe.. Tajuk lagu tu is Kekasih by Devotees. Search la sendiri eyh.. Penat je pak google tunggu tu. ;p daa..







Tuesday, 24 April 2012

Last moment before mid term break!

Assalamualaikum


Hai hai hai! ;D *muka terpaksa gembira sebab sibuk memikir nak siapkan assignment* hik3. tipu je tuh. Propa je lebih. haha. Cuti ni biasa je kot bagi aku. Kejap je da nak habis cuti. Hari ni da hari Selasa. Pejam celik pejam celik sambil buang tahi mata da hari Ahad.


Before aku balik rumah, malam Sabtu lepas, kitorang semua pergi makan-makan sambil tengok view kat Dataran Shah Alam. Plan asal cuma group assignment aku untuk subject Investment je yg nak buat. Sebabnya nak lepaskan beban lepas da siapkan assignment tuh. After cuti kena submit report. That's why la kan. Tapi, memandangkan ada ramai lagi yg x balik time tuh, kitorang pon ajak la yg lain. Memeriahkan suasana.


Tapi, tulah. Orang kata kita ni hanya mampu merancang. Jumaat petang kitorang cuba siapkan analisis company. Then, akan terus bersambung ke waktu malam. Last-last, bila da nak balik petang tuh, plan terpaksa cancel sebab ada benda yg kena buat research dulu sebelum nak siapkan. erm..something like that la. Nak tak nak cuti ni akan dibahagikan tugas masing-masing untuk buat. Tak pon nanti siapkan terus time cuti Labour Day ke kan. But the problem is....akan siap ke?? hehe. Eh! mestilah~! Nak kena submit kot... ;p


Then, kitorang teruskan ke plan seterusnya untuk pergi ke Dataran Shah Alam. Nak beli burger dinasour yg seberat 1 kilo tapi da habis da. Wa cakap sama lu, memang besar burger tu . Tapi, x pe la, next time pon boleh. On the way ke dataran around 10 pm. 

Ok. Suatu kejadian yg x diingini telah berlaku yg mana Syak x perasan jalan nak masuk ke dataran telah ditutup dengan pagar. haha. Aku gn member2 yg lain siyes x pasan gak weh. Bila lampu isyarat dah menyala hijau untuk belok ke kanan, kereta pon gerak la. Tapi bila perasan ada pagar, terus kereta bergerak macam roller coster sebab gelabah nak cari port untuk stop sekejap. Mana taknya, semua kereta dari arah bertentangan tengah menunggu masa untuk lampu hijau menyala. Sah-sahlah diorang semua nampak. haha. Sumpah kelakar. Nasib baiklah ada ruang sedikit nak cilok-mencilok kat jalan tu. Kalau tak habis pagar tu dikerjakan. X pasal-pasal boleh jadi main topic kt paper esoknya. haha


Malam tu kitorang semua makan mihun singapura yg dimasak oleh Wawa n Hani. Baiknya la diorang nak masakkan untuk kitorang semua ni. hehe. 

Agus! Can u stop promote your homemade "serunding"?! seriously we are lost our appetite. haha 

haha! Gambar ikut ketinggian. Tapi orang yg paling tinggi xada sebab dia capture pic ni.

Lepas semua da lepaskan angin masing-masing akibat kekenyangan berlebihan, kitorang pon balik. hehe. ;p Dalam pukul 1 kot kitorang balik. Mengantuk sudah menguasai diri! Kroh kroh.


Hehe. Bye korang ! Salam.



Sunday, 22 April 2012

Happy Holiday!

Assalamualaikum.


Lama x bukak blog. Cis! Blog da berubah rupa la dengan sendirinya. Lepas satu yg tukar, benda lain yg tukar. Sebelum ni, fesbuk. Weh! Siyes aku x suka TIMELINE yg memang annoying tuh. =____=" huh. Sekarang ni blog pulak. Aaaa!! X best la yg baru ni. Asyik trlepas pandang list blog yg da berupdate je. Lepas ni benda ape pulak yg nak tukar pon tak tau la. Jangan Twitter nk bertukar jugak sudahhh!!

Ok. Back to the topic. Wah2..*mata bersinar-sinar* cuti mid term aku da start. Semalam dengan selamatnya aku da sampai rumah. Agak lambat sedikit ye. hehe. Tapi...tapi...bila da sampai kat rumah, aku da ketandusan idea mau bikin apa dong selain bantuin ibu kat rumah. Ini antara benda yg trlintas kat fikiran aku :

1) Baking


Serius aku nak buat macam-macam bila tengah cuti. Nak buat cookies, dessert, kek, pai, n semua lah. X kan la asyik nak buat kek yg sama je. Nak jugak buat benda lain. Tapi tak semua benda aku boleh buat sebab nak beli bahan kena lah keluar duit yg agak banyak memandangkan ada sesetengah bahan yg harganya agak mahal juga. Nak x nak, kadang-kadang terpaksalah aku tapis resipi. Pilih yg ringkas n mudah nak buat. Yg jimat kos juga. huhu. Sekarang ni tengah tunggu green light dari kakak sepupu yg katanya nak buat pavlova. Oh! sedapnya! Entah bila la nak buat.

2) Shopping



Kalau time banyak duit memang best nak shopping. Memang macam-macam akan aku beli. Tapi, aku akan buat bajet dulu biasanya. Nama pon student Finance. hek3 ;p Aku utamakan benda-benda yg penting dahulu like belanja untuk makan bila kat kolej, topap, buku n lain-lain. Baru boleh aku beli benda yg aku nak. Kang bila aku turutkan nafsu, merana aku nanti bila da sampai hujung sem. 

3) Jalan-jalan


Iye. Aku nak sangat berjalan-jalan. Cuci-cuci mata. x kan la nak asyik kat rumah je. ;( Ada x sape-sape nak ajak aku jalan-jalan? hehe. 

Dan yg paling penting sekali, yg aku rasa memang semua student x akan terlepas time cuti yg kadang-kadang buat semua orang tension adalah :

4) Study n assignment


Ini memang tak boleh elak. Suka atau tak, memang kena siapkan. Dah la lepas cuti ni ada 3 test menanti, Assignment pulak da menggunung tinggi. Da nak hampir due date da ni. Semua sekarang ni bertungkus lumus nak siapkan sampai da lupa alam sekeliling. Koyok dengan panadol da sedia menanti. hoho. Sometimes, these tasks really ruin our holiday!  But, think positive la..Ada baiknya buat semua ni. Untuk jadi orang yg berguna. kan? ;)



Ok. See ya! Bye!

p/s : cuti ni x payah nak hoyeh-hoyeh sangat la... T__T



Sunday, 15 April 2012

This is really a 'GOOD' news!

Assalamualaikum n Hi!


Almost 1 bulan lebih kuliah da bermula. Da nak hampir setengah syllabus jugak la kitorang belajar. Yg da nak habis pon ada. Haish, x sempat nak paham da masuk topic baru. Laju sangat. -,-' Bila da dekat cuti semester ni, memang akan banyak benda la kan nak kena siapkan. Jadi zombi sekejap. ;p Nah! ini academic calendar kitorang untuk degree students semester ni.



Ok. Ini normal. Jadual sentiasa sama untuk setiap sem yg mana kuliah berlangsung selama 14 minggu, mid term break 1 week n study week pon 1 week. 
Tapi...bila baru-baru ni pihak UiTM da keluarkan notice baru pasal perubahan academic calendar, memang semua seronok macam nak pergi bercuti kat Hawaii. Heaven giler kot!

Sila perhatikan betul-betul.

Mananya x melompat bila akan ada 1 minggu tambahan untuk cuti sem. Ye...memang rasa cam nak buat parti. Kononnya! Tapi bila telek sampai bawah, terus muka pucat macam x cukup nafas. Tiba-tiba rasa macam nak jadi Incredible Hulk pon ada. 

*Study week cuma 4 hari je??*

Aku da siap highlight kat pic atas tu. Wuwu..mana nya x menggagau. Sempat ke nak habiskan ulangkaji untuk semua subject within 4 days? Memang terbaikkk.. Em, memang semester ni kena plan masa dengan betul la. Kang kalau asyik pikir nak enjoy je time cuti tu, memang x score la kan.. Hish, kena set balik otak aku ni! But, kira ok la. Ada universiti lain yg x ada study week pon kan?

Sebelum ni aku ada dengar jugak pasal cuti tambahan ni sebab katanya cuti khas tu cuti pilihanraya. Maybe ye la tu kot. Argh!! kami yg jadi mangsa keadaan.

K. bye! ;)



Saturday, 14 April 2012

Girls Day Out

Assalamualaikum

Hi! ;D Cerita ni aku rasa da berkurun. Tapi masih segar. hehe. ( Ape benda la ku merepak ni. ) Bila diingat-ingat balik, xde la lama sangat. Adalah dalam bulan lepas...hee... Haish, aku ni suka sangat simpan cerita lama-lama kan. ;p 

Asalnya aku dengan member aku yg plan. Macam mana tercetusnya idea? Ok, nak dijadikan cerita, sedang member aku melayan fesbuk, tiba-tiba ada seseorang yg post pasal dia pergi makan meatball. Wahh..siap dengan gambar lagi. Mana x terliur. Gulp! Selama ni asyik dengar orang cakap pasal kesedapan meatball je. huahua. Kitorang dengan semangatnya pon plan la benda ni. Pastu plan nak makan kat Seoul Garden lak. (*_*) huu..

Besoknya, dengan x sabarnya aku pon cakap kat member-member yg lain. Set! Diorang semua setuju nak pergi IKEA kt Damansara hari Jumaat lepas kelas.

Time hari Jumaat tu, lepas je habis kelas tengahari, terus gerak pergi Damansara. Sampai sana lebih kurang pukul 2 pm.


Sebelum makan. Nampak sangat semua da kebulur. hehe. Tapi yg sadisnya, tiba-tiba pulak member aku yg nak sgt makan meatball ni x sihat time hari tu. Jadinya ye x ada selera. Ish2, kesian.. ;( Cer cari muka yg xsihat dalam pic ni. Yg x mampu nak senyum. Haa..die la tuh. Hanya mampu melihat kitorang makan je. Tapi nak jugak ikot even x sihat.


Muka gembira selepas kekenyangan. Ok. X dinafikan memang sedap meatball tu. Tapi cepat muak bagi aku. Sekali makan aku mampu makan 3 atau 4 biji. Then, berhenti sekejap ataupun makan aku punya pasta dulu sebelum sambung makan meatball. 

Da nama pon keluar jalan, x kan just nak makan je. So, sangat rugi la kalau x merayau-rayau kat situ. hoho. Untung ada guide tour. Maklumlah da rumah pon kat situ.. ;p Tapi x jadi makan kat Seoul Garden sebab tak sempat. Next time la eh!


 Kami minah Arab. =.= ERR..


Ni kat depan e@ Curve law x silap. haish, aku pon da lupe. Ni la akibat tergigit semut -___-"


Kt bridge.

That's all. Aku nak pergi siapkan assignment ni.huaa.. Test lak bertimpa-timpa. >.< 

p/s : Pernah x korang nek kereta sampai penuh macam tin sardin? hihi. Itulah yg kitorang buat time balik dari Damansara ke Shah Alam. 7 orang 1 kereta. nasib baik semua comel-comel. haha N nasib x ade roadblock.huehue.


Wednesday, 11 April 2012

Wordless Wednesday 4 # Keep praying #

Assalamualaikum.



Berdoa bukan hanya bila ditimpa bencana sahaja. Ingatlah, sentiasalah berdoa untuk memohon perlindungan x kira waktu dan doalah di mana-mana jua....




Keterujaan aku bermain kayak!



Assalamualaikum..haa.jawab salam dulu. hehe. Erm..aktiviti ni dalam minggu lepas buat, tapi oleh sebab kekangan masa n banyak kerja yg nak kena siapkan, baru sekarang dapat update. Tapi, x kisah lah..janji aku nak cerita gak kat korang. ;)

Hari Rabu minggu lepas, kawan kelas aku plan nak pergi berkayak kat Tasik Shah Alam. Waa..bestnya..Sebelum ni, diorang semua da pernah pergi berkayak. Aku je yg belum sebab asyik x ada je. Huaa...Mula-mula aku x nak sebab nak kena kemas barang aku kat bilik. Takut x sempat nanti. Last-last, kena paksa suruh pergi jugak. Aku pon setuju lepas  da rancang dengan baik. hehe. 

Dalam pukul 6.15 pm kami pon sampai. Ok. Kami berenam yg lambat sampai. Tanya pak supir kenapa dia lambat.hoho. =.=' 4 orang yg lain semua da selamat kat atas sampan masing-masing. huhu. Nasib kawan yg lain da 'order' kan dulu kayak tuh. X adalah nak tunggu lama sangat. 

Baru perasan gambar ni diambil ikut ketinggian. (O_o)

Aku x tau la yg kat belakang aku tu wat drama swasta ape. heh3 ;p

Kalau korang berminat nak kayak kat sini, duit sebanyak RM100 5 perlu disediakan. Ok. Again. RM 5 hanya untuk 1 jam sahaja. Alaa..tapi time kitorang main ntah bape lame ntah kat atas tu. Orangnya bukan sedar da sejam ke belum. Ramai sangat yg main kayak. Mula-mula nak masuk dalam kayak tu, aku rasa macam rendah sangat, eh bukan! dekat sangat dengan air. Haa..First time kayak! Siyes mula-mula aku x reti pon nak kayak. Nak belok pon tak reti. Tapi x lama pon..Lama-lama pastu baru ok! hehe. Da expert kononnya! ;p

Silau. =.="

Ok. Pasangan bahagia ataupun merpati 2 sejoli. Urgh, jelesss.hoho. x payah nak imbau balik la...aku ni pon..stop. ;p



Da dekat maghrib baru berhenti main. Bahu akan rasa sakit kalau korang kayak dengan bersungguh-sungguh macam nak masuk pertandingan. So, x perlu nak semangat sangat time kayak ni.haha. Just relax je eyh.. ;D


Bui bui.





Monday, 9 April 2012

Cooking time!

Assalamualaikum!!


Bila dapat tau hari Jumaat lepas x ada kelas, memang secara automatiknya hati jadi kembang bak bunga-bunga di taman.hoho. Semua lecturer kat fakulti pergi Genting. Attend for meeting. Nak x nak kelas terpaksa cancel. n_n Bila kelas da xde, of coz la macam-macam plan nak buat kan. Hee..Tapi sebelum tu, nak bagitahu kat korang awal-awal jangan sampai meleleh air liur bila da baca entry ni. hehe

First of all...aku akan memperkenalkan dulu orang kuat di balik tabir. haha


Saya sebagai ketua chef telah mengetuai program ini dan dibantu oleh chef-chef pembantu saya. heh. ;p


Mereka berempat merupakan orang kuat aku dalam menjayakan program yg kitorang buat ni iaitu, Kelas Memasak sempena saja-saja untuk mengisi masa lapang. hehe. Ok. Kalau diikutkan, patutnya ramai,lebih kurang 10 orang, tapi oleh sebab yg lain busy da macam Perdana Menteri, hanya kitorang je yg tinggal. So, teruskan je la sebab Chef Syak sungguh bersemangat nak menganjurkan kelas ini untuk kali yg ke...er ke 3 kot. hoho.

Pagi-pagi lagi da bangun sebab nak pergi Pasar Seksyen 6. Cari barang basah n kering. Plan punya plan, akhirnya decide nak masak ayam goreng berempah, masak lemak sayur n sambal belacan. Dalam pukul 9am kitorang sampai kat pasar. Lepas je breakfast n cari barang semua, kitorang plan nak masak kat rumah Chef Shazika n Chef Syak. Sebab dapur diowang besar. But, it's just only a dream. Rumah diowang x de gas la pulak..hoish, terpaksa la pergi rumah Chef Wawa. hehe.


Ya! Ini lah menu makanan tengahari kami. Waa..sedap kan? ;p 

Ayam goreng berempah

Ini menu turun-temurun dalam family aku. So, aku memperkenalkan menu ni kepada diorang. Nampaknya, Chef Wawa n Chef Shazika berjaya menolong aku memasak ayam goreng ni. Tapi, walau ape pon, tanpa bantuan Chef Syak n Chef Kechik yg memotong, menghiris n siang semua bahan, maybe jadi lambat sikit kot nak siap. hehe. #peace#

Masak lemak sayur

Haa,,yg ni aku telah mendapat bantuan daripada Chef Kechik. Walaupun kecik-kecik macam cili padi, tapi  dia bersemangat waja! haha. 


Sambal belacan ni resipi dari Chef Wawa. Uh..pedasnye..nak menangis kot..tapi sedap! Tembikai ni Chef Kechik yg potong.


Korang nak join? Boleh la kita kongsi-kongsi resipi kan? ;) 




Monday, 2 April 2012

Jodoh itu milik kita

Assalamualaikum.


Tengok title entry pon mesti korang da menggeletar semacam kan. Meremang bulu roma. Jiwang nak mati. Oppss ops,, x adalah sampai nak mati. Hiperbola je lebih. kui kui. Harap maaf...hehe. Ok la..i admit lagipun sekarang ni memang aku tengah jiwang pon. Sampai nak masuk ke tulang sum-sum. Aish, hiperbola lagi. Ni la akibatnya bila da jiwang karat. Nak lunturkan guna peluntur pon da x berkesan. -.-'

Sebab aku jiwang? Nah...tengok..tengok.. tengok la puas-puas.

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~



Wahh...memang aku bagi 10 bintang la kat novel nih. Best giler! wo wo! \(^_^)/ Citer ni pasal cinta lepas kahwin. Kiranya pasangan ni baru nk berkenalan after diowang bernikah. So far, yg aku baca x sampai klimaks pon lagi. Sekarang tengah mood hepi-hepi, romantik, n kelakar yg buat aku gelak la. Baru baca suku.  Xleh nak komen lebih-lebih.hehe.

Amacam? Ok x aku promote? heh. Teruja x korang? Kalau x ada.. sah-sah memang aku x ade bakat nak promote2 orang ni. hoho. Kalau ada..pergi cepat cari novel ni. Untung lah kedai buku...n untung jugak la penulis novel ni... ;p





Sunday, 1 April 2012

Welcome April



Assalamualaikum! wehh.. hari ni da masuk 1 April la...Pergh, cepat je masa berlalu. Da nak genap 4 bulan dalam tahun 2012 ni. Umur makin meningkat? wehee.. ntah ape aku nak cakap ni. Tak sampai maksud. agaga. Ok. Tak sabar nak tunggu the end of April. But, at the same time x suka jugak. why why why? hehe. Tunggu je la ea. No matter what happen, hidup mesti diteruskan. Chill oke! >,<


Huh. Counting the days!