Monday, 30 April 2012

End of Holiday~

Assalamualaikum


Just nak maklum yg aku da ada kat Shah Alam. Haish...awatlah besok cuti. Nape lah x cuti hari Isnin. Kalau tak, sekarang ni da ada kat rumah da. hoho. Hai..minggu ni pon da banyak benda nak kena buat. Maunya tak tersedak macam tercekik biji rambutan bila aku baru perasan ada banyak kerja nak kena settle.



3 May ni ----> Investment punya group assignment kena hantar. Belum siap lagi laa..Esok baru akan adakan demonstrasi KERJA 1.0 kat luar secara beramai-ramai. Besok kan Labour Day... haha ;p

4 May bersamaan hari Jumaat -----> Test Islamic Finance la pulak... Ohoii..bila nak habiskan baca ni. Baru baca sikit kott... Ok2. xpe. Sempat ni... Just refresh balik.


Next week pulak....

7 May ----> Test CTU.. Apa mau jawab ni bila kat kuliah asyik tersungkur n buat imaginasi sendiri je bila lecturer mengajar dengan suara yg sangat sopan... Oh! sedar x sedar da banyak chapter masuk. Erk! Tapi nasib baik la boleh belajar sendiri. Kena baca je pon....

11 May -----> Test Economic.. Cerita seperti di atas. Masalah yg sama. Ini lah akibatnya bila dapat lecturer yg sangat sabar mengajar kami...yg sangat bersungguh-sungguh mengajar kami..yg sangat baik bila mengajar kami.... yg mana akhirnya ada kalangan kami yg buat hal sendiri kat belakang kelas. Aduh!


Tak tau pulak ape cerita untuk minggu seterusnya....Pastinya cerita yg sama. Kena siapkan assignment segala bagai.



p/s : Jadi pendatang tanpa izin secara tak sah kat Shah Alam bila IC n lesen aku tertinggal kat rumah. Aduyai.. Agak-agak selamat tak within 1 month ni untuk aku survive sementara nak tunggu cuti. ish..... 


0 comments:

Post a Comment

Komen di sini kalau suka =)