Sunday, 22 April 2012

Happy Holiday!

Assalamualaikum.


Lama x bukak blog. Cis! Blog da berubah rupa la dengan sendirinya. Lepas satu yg tukar, benda lain yg tukar. Sebelum ni, fesbuk. Weh! Siyes aku x suka TIMELINE yg memang annoying tuh. =____=" huh. Sekarang ni blog pulak. Aaaa!! X best la yg baru ni. Asyik trlepas pandang list blog yg da berupdate je. Lepas ni benda ape pulak yg nak tukar pon tak tau la. Jangan Twitter nk bertukar jugak sudahhh!!

Ok. Back to the topic. Wah2..*mata bersinar-sinar* cuti mid term aku da start. Semalam dengan selamatnya aku da sampai rumah. Agak lambat sedikit ye. hehe. Tapi...tapi...bila da sampai kat rumah, aku da ketandusan idea mau bikin apa dong selain bantuin ibu kat rumah. Ini antara benda yg trlintas kat fikiran aku :

1) Baking


Serius aku nak buat macam-macam bila tengah cuti. Nak buat cookies, dessert, kek, pai, n semua lah. X kan la asyik nak buat kek yg sama je. Nak jugak buat benda lain. Tapi tak semua benda aku boleh buat sebab nak beli bahan kena lah keluar duit yg agak banyak memandangkan ada sesetengah bahan yg harganya agak mahal juga. Nak x nak, kadang-kadang terpaksalah aku tapis resipi. Pilih yg ringkas n mudah nak buat. Yg jimat kos juga. huhu. Sekarang ni tengah tunggu green light dari kakak sepupu yg katanya nak buat pavlova. Oh! sedapnya! Entah bila la nak buat.

2) Shopping



Kalau time banyak duit memang best nak shopping. Memang macam-macam akan aku beli. Tapi, aku akan buat bajet dulu biasanya. Nama pon student Finance. hek3 ;p Aku utamakan benda-benda yg penting dahulu like belanja untuk makan bila kat kolej, topap, buku n lain-lain. Baru boleh aku beli benda yg aku nak. Kang bila aku turutkan nafsu, merana aku nanti bila da sampai hujung sem. 

3) Jalan-jalan


Iye. Aku nak sangat berjalan-jalan. Cuci-cuci mata. x kan la nak asyik kat rumah je. ;( Ada x sape-sape nak ajak aku jalan-jalan? hehe. 

Dan yg paling penting sekali, yg aku rasa memang semua student x akan terlepas time cuti yg kadang-kadang buat semua orang tension adalah :

4) Study n assignment


Ini memang tak boleh elak. Suka atau tak, memang kena siapkan. Dah la lepas cuti ni ada 3 test menanti, Assignment pulak da menggunung tinggi. Da nak hampir due date da ni. Semua sekarang ni bertungkus lumus nak siapkan sampai da lupa alam sekeliling. Koyok dengan panadol da sedia menanti. hoho. Sometimes, these tasks really ruin our holiday!  But, think positive la..Ada baiknya buat semua ni. Untuk jadi orang yg berguna. kan? ;)



Ok. See ya! Bye!

p/s : cuti ni x payah nak hoyeh-hoyeh sangat la... T__T



0 comments:

Post a Comment

Komen di sini kalau suka =)