Sunday, 15 April 2012

This is really a 'GOOD' news!

Assalamualaikum n Hi!


Almost 1 bulan lebih kuliah da bermula. Da nak hampir setengah syllabus jugak la kitorang belajar. Yg da nak habis pon ada. Haish, x sempat nak paham da masuk topic baru. Laju sangat. -,-' Bila da dekat cuti semester ni, memang akan banyak benda la kan nak kena siapkan. Jadi zombi sekejap. ;p Nah! ini academic calendar kitorang untuk degree students semester ni.



Ok. Ini normal. Jadual sentiasa sama untuk setiap sem yg mana kuliah berlangsung selama 14 minggu, mid term break 1 week n study week pon 1 week. 
Tapi...bila baru-baru ni pihak UiTM da keluarkan notice baru pasal perubahan academic calendar, memang semua seronok macam nak pergi bercuti kat Hawaii. Heaven giler kot!

Sila perhatikan betul-betul.

Mananya x melompat bila akan ada 1 minggu tambahan untuk cuti sem. Ye...memang rasa cam nak buat parti. Kononnya! Tapi bila telek sampai bawah, terus muka pucat macam x cukup nafas. Tiba-tiba rasa macam nak jadi Incredible Hulk pon ada. 

*Study week cuma 4 hari je??*

Aku da siap highlight kat pic atas tu. Wuwu..mana nya x menggagau. Sempat ke nak habiskan ulangkaji untuk semua subject within 4 days? Memang terbaikkk.. Em, memang semester ni kena plan masa dengan betul la. Kang kalau asyik pikir nak enjoy je time cuti tu, memang x score la kan.. Hish, kena set balik otak aku ni! But, kira ok la. Ada universiti lain yg x ada study week pon kan?

Sebelum ni aku ada dengar jugak pasal cuti tambahan ni sebab katanya cuti khas tu cuti pilihanraya. Maybe ye la tu kot. Argh!! kami yg jadi mangsa keadaan.

K. bye! ;)



0 comments:

Post a Comment

Komen di sini kalau suka =)