Saturday, 5 May 2012

Book Fair

Assalamualaikum


Semalam, bersamaan hari Jumaat, aku berjaya habiskan duit aku kat book fair. Mujur dalam bajet. N mujur jugak aku berjaya tahan godaan dari membeli novel yg sangat banyak. hehe ;p 

Dalam pukul 3 macam tu lah, kami berempat gerak ke Padang Jawa untuk naik KTM pergi ke Stesyen Putra. Toksah la nak tempah maut naik kereta pergi KL time-time macam tuh. Memang muka korang akan jadi muka hijau sebab x cukup oksigen dalam kesesakan jalan raya. hekhek. Lagi cepat naik public transport! Yeah! Kurangkan pencemaran udara. Erm.yeke? Habis tu, dalam KTM bukan ada pencemaran bau ke? Dahsyat ko tau? Memang aku rasa macam nak bawak Shieldtox je. Then, sembur kat 'suspek'. Biar gugur terus bulu ketiak diorang. Hilang semua bau. muahaha. Sape suruh x bawak perfume. Ish, x pakai deodorant ape diorang nih.  Aish, jahatnya aku ni. hoho. ;p


Dalam pukul 5pm baru sampai. Jalan lebih kurang 10 minit sebelum sampai ke PWTC. Aim aku datang sini sebab nak tengok novel. Itu je. Kalau aku dapat memang aku da berjaya memenuhi kepuasan aku. Duit yg keluar pon tak terasa hilangnya. hihi. 


Jeng jeng jeng. Aku x nak korang tengok yg belah kiri. Tu...nampak tak yg belah kanan. Cair tak cair tak? Nampak x nama author tu siapa? Siti Rosmizah wei..Beliau da release novel baru. Haa..itulah yg aku kejar. Nampak je terus grab. Kalau korang nak tau, beliau ni memang la sangat pandai menulis. Berjaya buat readers dia tertunggu-tunggu novel keluaran dia. Jangan tak percaya, kaum Adam pon cari novel beliau tau. Time aku beli ni, ada sekumpulan lelaki ni nak jumpa beliau. Tapi x ada rezeki. Sebab dia baru balik time tuh ;( Baru nak bergambar.


Err..buku yg belah kiri tu untuk time cuti je.Time tu je la yg ada masa nak buat semua tu..hehe..

Bagi korang yg belum pergi ke bookfair ni, cepat-cepat la pergi ye..Besok da last daa.... Peace! ^^v




0 comments:

Post a Comment

Komen di sini kalau suka =)