Tuesday, 31 July 2012

Permainan dahulu VS permainan sekarang

Assalamualaikum


Dunia sekarang makin maju. Mana taknya, teknologi da semakin berkembang. Result? Ramai orang mengalami masalah kegemukan. See? See? Budak-budak sekarang da pandai main teknologi mengalahkan orang dewasa. Kita pulak yg terkulat-kulat tengok diorang main. Kagum kejap.

Tapi.....tapi kan....zaman sekarang x leh tanding dengan zaman aku dulu. Budak-budak sekarang memang rugi. Cuba tanya diorang, reti tak main batu seremban? Main tutup botol? Kau hado? Mesti diorang terpinga-pinga kan. Zaman aku sekolah rendah dulu memang happening. Korang pernah x main : 

1) Lompat tikus


Haa..buat sesapa yg x tau ape kebendanya la tu kan, tengok gambar kat atas. Hoho.. Best kot!! Macam-macam stage kena redah bagi nak kalahkan pihak lawan. Nak main benda ni, mesti kena ada 2 group. Korang kena la lompat dari level yg rendah sampai level yg tinggi, n dari level yg senang sampai level yg susah. Benefit yg kita dapat is kita x perlu kot nak pergi joging tiap-tiap petang semata-mata nak kuruskan badan. haha. Sebab? Main benda ni je da melibatkan banyak pergerakan. Korang kena lari n lompat setinggi yg boleh. Peluh pon keluar. Kan da selesai cara nak hilangkan lemak. 

2) Main tutup botol


Bila permainan ni je muncul, mesti ramai budak-budak akan usaha cari tutup botol kat kedai-kedai. Nak main benda ni, kreativiti mesti kena ada dalam otak. Tangan pon mesti cekap untuk jentik tutup botol bagi nak terbang. hehe. Dulu, asal guru x masuk je, da macam pesta ketang ketung kat kelas. Bising dengan bunyi  dentingan tutup botol. Memang meerrriiaaah u ooollss!!

3) Lompat getah


Yg ni pon x kurang hebatnya. Memang untung orang yg jual getah ni. Nak buat tali getah je da perlukan 1 or 2 paket getah. Paling tinggi dalam level permainan ni takat atas kepala x silap aku. Aku pon x berapa nak ingat. Apa yg syoknya main benda ni bila kita kena pandai cari teknik lompat yg terbaik supaya dapat lepas halangan. hehe. Aku dulu kasar kot. Cool je bila main dalam kelas. haha. X payah la nak bajet ayu sangat depan budak laki. hehe

4) Sep sep tom tom


'Sep sep sep...tom tom tom...air pasang malam surut pukul 5...nyonya bangun pagi siram pokok bunga...' Sape-sape yg pernah main, mesti ingat sambungannya kan? hehe. Macam-macam lagu tradisi ada kan dulu dalam permainan ni. Macam-macam step ada. ;) Disebabkan main ni la, kadang-kadang x perlu ice-breaking nak kenal dengan orang lain. ;)

Kalau ikutkan, banyak lagi permainan dulu yg best-best. Konda-kondi pon best sesangat. Hilang semua masalah. Teng-teng, pandai-pandai la seimbangkan badan ye. Baling selipar, semangat kerjasama itu penting. Tangkas n pantas mesti perlu ada. Galah panjang kena pandai buat trick nak lepas. hihi.

Budak-budak sekarang? Most of their times are spend with playing computer games, facebooking la, twitter la. Then, henfon tu dikira wajib bagi diorang. Ipad or tab pon mesti ada dalam list. Dan-dan pulak sekarang ni da banyak premis pasang wifi...hmm. 



Patut la aku x besar-besar. Dulu banyak main daa...hehe ;p



Bila yg lama jadi yg baru

Assalamualaikum


Halooo halooo!! Farah in the house! Ops, sejak bila lak aku take over Fafau punya position. Suke suki kau je. haha ;p Ok. Salam Ramadhan yg ke-11. Da lebih seminggu kita puasa da kan ;) Ha, before tu, aku nak bagitahu something. Lepas ni aku nak beli benda penjagaan kulit ni. hewhew. Nak try. Macam best je bila tengok kat iklan tv.hikhik.

Kalau korang perasan, zaman sekarang sibuk terkejar-kejar nak jadi macam zaman dulu. Banyak benda berubah. Kadang-kadang aku terpikir, siapa punya idea eh yg nak timbulkan balik barangan-barangan dulu. Macam cendawan tumbuh lepas hujan. Baru je keluar, da keluar yg baru.

First sekali, pasal baju kurung. Made from cotton. Yg aku tau dulu biasanya cotton ni guna untuk baju-baju sekolah je. Aku perasan baju cotton muncul balik bila time aku matrik. Itu pon selepas  member lelaki sekelas aku dengan sesedap orennya komen baju sorang budak perempuan ni time semua tengah bersesak-sesak nak pergi kelas tutor. 

" Eh, baju yg budak pakai tu macam baju yg selalu orang kampung pakai je. Baju kurung kedah kan. Yela, yg bunga-bunga kecik tu.hahaha. Korang x ada ke?"


Suka-suka je gelakkan orang. Punyelah cakap x cover. Kat depan budak tu pulak die cakap. Last-last,tengok la sekarang. Da jadi trend kan. Aku pon ada jugak. Bila da jadi trend, mestilah nampak cantik je semua. Dengan ada corak polka dot lagi. Kan tu zaman retro punye kan.


Dulu, orang x pandang sangat tudung-tudung bercorak ni. Tudung bawal kosong pon sama. Kalau ada pon, x ramai yg pakai macam sekarang. Sekarang ni, kalau jalan je kat mana-mana, x sah kalau x jumpa perempuan yg x pakai tudung bercorak ni. Padahal ada je sesetengah corak tu macam pelik n serabut, tapi ada je yg pakai. Yg bawal kosong pulak, bersepah nampak sekarang kan. Bila aku selongkar balik baju-baju lama mak aku, memang sah, tudung-tudung tu semua pattern lama.huhu                


Teknologi sekarang pon sama jugak. Sekarang merata orang pakai DSLR. Padahal dulu orang sibuk cari kamera-kamera yg kecik. Biar senang nak di bawak. Memberatkan beg je. Bila DSLR keluar, berpusu-pusu orang kejar. Handphone pon sama. Makin lama saiz handphone makin besar. Cuma diinovasikan jadi touch screen jek. Dolu-dolu, bak kata cikgu aku, saiz handphone tu sama saiz macam botol air. X pasal-pasal digelar tepon botol air. haha. Tapi, da x heran la kan bila sekarang ni kita tengok ada orang kol guna tab or ipad. Saiz da mengalahkan botol air. Da macam buku da tuh. kuikui





See?? Da jadi trend kan sekarang ni. So, lepas ni, kalau benda-benda da tenggelam balik, better simpan. Kot kot la tiba-tiba muncul lagi kan. Boleh bagi kat anak-anak korang nanti. 


Lagi satu is sekarang ni ramai yg kawin awal.hihik. kan?




Friday, 27 July 2012

Muhasabah di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum


Meriahnya bila bulan puasa tiba yg hanya datang setahun sekali. Time ni la semua orang boleh buat ibadah tanpa bisikan-bisikan syaitonnirrajim. Puasa yg hanya makan sebulan je pon, tup tup da habis. Rasa macam seminggu berpuasa.

Time yg paling ditunggu tiap orang mesti time berbuka kann...Time tu lah rasa nak lepas gian. Sibuk ke bazar sana sini semata-mata nak cari makanan. Asal nampak sedap je terus grab. Padahal bila da berbuka cuma segelas air pon da rasa puas. Sayangnya bila tengok makanan banyak x habis.. tu la...bila nafsu menguasai diri.



Around 14 hours kita tahan lapar n dahaga, last-last paling kurang cuma sebiji kurma n segelas air je kan kita jamah. Waktu siang sibuk countdown lagi berapa jam nak berbuka....mengeluh kata penat, letih, n bila nak berbuka ni...sedar-sedar kurang pahala. Kata puasa ni susah. Ikhlas ke tak ibadah yg kita buat tu?

Kita tak sedar kat luar sana ada masyarakat Islam lain yg sangat sangat susah untuk cari rezeki. Hanya bersahurkan segelas air sahaja. Itu belum tentu air tu bersih ke tak. Dan, waktu berbuka pulak, some of them might have little or no food to break their fast. Tapi diorang still lagi ikhlas untuk tunaikan Rukun Islam yg ketiga tu.



Mereka tak kenal erti penat bila waktu siang mereka ke hulu hilir sibuk cari sumber makanan. Hukum keperluan asas yg mesti dipenuhi daripada keperluan-keperluan bagi memastikan nyawa mereka dapat diteruskan untuk hari-hari esok dan seterusnya. Tapi, kita yg kaya dengan makanan ni pon masih lagi tak reti bersyukur. So, we must be grateful and always practise to say Alhamdulilah. Alhamdulillah!

To live is to learn. And to learn is to live. Live. Learn. 

Salam Ramadhan ;)


Wednesday, 25 July 2012

Part time Job

Assalamualaikum


Sudah sedia maklum sekarang ni aku sedang bercuti. Orang lain ada yg tengah pulun study untuk intersesi, aku pulak dok melagha kat rumah. hoho. Padahal ada je kerja menanti. Memang banyak. Contohnya bila big bos kat rumah da bersuara :


"Kak, ko kat rumah jangan asyik nak duduk dalam rumah je. Tu kat bawah tu, pergi potong rumput. Hari-hari kalau turun potong rumput 30 minit kan lama-lama habis nanti."

"Jangan asyik nak duduk aje. Kat rumah banyak kerja yg boleh dibuat. Tu, sampah kat depan, sapu. n bla bla bla..."

Bila abah aku da bersuara...macam komander bagi arahan boleh bikin aku kecut. ;p
Jangan pernah nak melawan kata balik. Bakal berlanjutan nanti kata-kata beliau. hoho. 

(Eh eh, alamak!! Semalam abah pesan suruh tanam biji petola. Waduh2! Lupe pulak. Mampuih aku. Besok pagi kena tanam cepat-cepat (@_@) ---> tiba-tiba teringat.kuikui. Nasib baik. fuhh..)


Bukan itu aje. Bila aku tengok bersepahnya almari....penuh dengan buku-buku dari atas sampai bawah...aku tau tu satu kerja lagi. Niat di hati mahu kemas. Tapi tak tahu bila.. Kalau da kemas ni mesti sepah balik. Confirm!!! Hai budak-budak ni...nak tunggu aku bagi upah agaknya baru diorang nak letak barang elok-elok. 

Kerja tetap yg aku dapat kat rumah. Hantar n amik adik-adik dari sekolah. Iye. Itulah yg aku selalu ulang-ulang kat sini. hehe

Oleh sebab raya da nak tiba, maka baju raya juga perlu disediakan, aku telah ditugaskan oleh mak aku untuk memotong baju. Akhirnya...dapat jugak aku belajar macam mana nak jahit baju... Ini sebab mak aku x larat nak potong baju. Ada orang membesar dalam badan, maklumlah. hewhew. Mak cuma boleh jahit je.



Ok ok. Aku dengan relanya pon membuat la tugasan itu. Serius aku cakap, aku lagi suka masak dari membuat baju ni. Baru la aku tau peritnya seorang tukang jahit nak buat baju. Hari pertama buat, 3 jam aku perlukan untuk siapkan sepasang baju kurung. Nak pulak kain tu jenis chiffon, memang la mencabar kesabaran aku jugak. Asyik lari je kain! Dengan salah potongnya lagi. Haih. Betul la mak cakap...time part potong baju je ni kita kena cekal. Kalau jahit x kisah..x rumit sangat.

Sampai hari ni, da 5 pasang aku potong. Besok lastt!! yiihaa. huhu. Da laju sikit la aku buat. Tu pon asyik lupa je. hikhik. Penat jugak la mengadap benda ni berjam-jam. Mungkin lepas ni aku boleh je manjahit, tapi kalau nak dijadikan sebagai minat n hobby, i need to think deeply. Look simple right, but once you try, korang akan rasa apa yg aku rasa . hihi.

Salam Ramadhan Kareem yg ke-5 ;)


Sunday, 22 July 2012

Super duper holiday!!

Assalamualaikum


Actually baru-baru ni lepas je habis exam, aku ada bercuti dengan member-member sekelas aku. Aktiviti lepas tension yg biasa kitorang lakukan selepas exam. Time macam ni lah nak enjoy ngan kawan-kawan kan. Nanti, bila masing-masing da ada komitmen n da berkahwin, bila lak nak berkumpul lagi ;')

Kali ni, Port Dickson pulak yg jadi pilihan kami semua tok bercuti selama 2 hari 1 malam. Sem lepas, ke bukit n sungai, so sem ni kami pilih untuk ke pantai. Elehh..PD je? Jemu kot PD.. Da banyak kali pergi laa..X class kau Jah... Ah! Apa peduli kan! Kalau da beramai-ramai pergi, keseronokan tu pasti akan terasa. Kan?? hewhew

Habis paper 13 Julai. So, kitorang gerak ke PD pada 14 Julai. Gerak dalam pukul 7.30 pagi. Malam sebelum tu, kitorang da siapkan semua barang termasuk bahan untuk wat bbq nanti. Makanan toksah la cakap la banyak mana. Penuh sebonet kereta kitorang bawak ;p

Our first destination is Ostrich Farm. Sampai-sampai sana je, kejakunan kami bertambah hebat bila tengok ostrich kat depan mata. Da macam gaya orang asli keluar dari hutan je. kahkah. Besarnya!! Selama ni tengok kat tv je kan. So, bila da ada kat depan mata macam tengok ayam gergasi. Bentuk lebih kurang macam ayam, cuma leher je yg berbeza.

Pintu masuk Ostrich Farm, Port Dickson.

'Kita Bersama' ~Tagline Shazika~ ;p
Takut kena patuk punye pasal.hehe.

Nak tau kenapa ostrich2 tu batak? Eh, silap. botak la. hehe Kata pengurus kat situ, diorang ni baru je lepas mengawan. Yg botak-botak ni biasanya betina. Satu ostrich jantan akan diletakkan dalam setiap kurungan bagi memudahkan proses mengawan. 



Selain tuh, banyak haiwan lain lagi yg korang boleh tengok kat sini seperti arnab, itik, angsa, ayam, keldai, n macam-macam lagi. Dekat dua jam jugak la kitorang habiskan masa kat situ. 

Gambar kami semua sebelum pulang ;)

Next destination is pergi cari hotel untuk kami menginap. Lepas je siap makan, terus cari hotel yg kitorang akan menginap iaitu Sea Front Hotel. Kang kalau lambat, full pulak. Baik kitorang check-in awal-awal memandangkan waktu tu tengah weekend. Aku boleh bagi 3 1/2 bintang je. Not bad la service. Tapi memuaskan. 

Lepas waktu Zohor, terus pergi Extreme Park. Hoyeah hoyeah. Kitorang da plan awal-awal nak main go-kart. This suggestion come from Kak Yah. She is the one yg berkobar-kobar sgt nak men benda nih. So, why not kitorang pon cuba sekali. Da alang-alang kan. X best la cuti kalau x ada aktiviti kan...


Since kitorang dalam kelompok yg ramai, kitorang dapat buat 10 pusingan dengan harga RM20 seorang. Harga asal ialah 8 pusingan dengan harga yg sama. So, memang untung kalau kita buat trip ramai-ramai. Senang je dapat diskaun. Kat Ostrich Farm pon kitorang dapat jugak taw. hehe

Mula-mula bila petugas kat situ da start enjin, ada la cuak-cuak sikit. Mangai, bunyi enjin kuat. Hah! Masalah aku ialah kaki aku!!! Argh!! Ngam2 je kot. Nak tak nak, sapa-sapa yg kaki pendek macam aku ni kenalah letak span berlapis-lapis kat belakang sampailah kaki korang sampai. Eh, aku ni bukannya x sampai ok! Sampai, cuma x dapat tekan minyak habis. haha. Ceytt.. Tolong jangan gelakkan aku.

Habis je main go-kart, dengan tangan n kaki yg da mula rasa sakit, gerak pulak ke pantai. Da nampak banana boat da kat mata kitorang ni. hoho. Hilang semua sakit. Sampai je sana, pheww..ramainya orang. and....hah! kan betui aku cakap! Untung sesangat kalau datang ramai-ramai ni. Datang-datang je ada orang offer naik banana boat with a affordable price!! Then, negotiate lg harga, dapatlah harga RM13 sekepala dengan jarak yg macam harga RM20. Woah! Best nya!!



Part yg paling cuak bila kita jatuh ke dalam laut. Fuhh..bila kita semua da nampak org yg bawak boat tu angkat tangan, ha, terus je tahan nafas n sedia tutup mata sebab time tu dia akan belok macam mat rempit nak cecah lutut n x semena-mena banana boat pon akan terpusing sekali. Warghh!! Extreme kott! Even korang da tahan nafas, air laut tetap akan masuk jugak lalu hidung. 5 kali kitorang terpaksa hadap cabaran ni. Sampai da jadi kurang tenaga. N yg betul-betul mencabar bila dia jatuhkan kita kat tengah-tengah laut. Dengan x tau berenangnya, n cuma bergantung on jaket keselamatan, memang terkapai-terkapai nak naik balik atas banana boat.

Tapii kan....untunglah orang yg bawak cowok-cowok ni. ;p Diorang mestilah selamatkan cewek-cewek diorang. Time tu la aku rasa macam totally need org pnting aku. Dalam hati harap sgt si dia datang macam Superman, tapi jgn harap la. It's just a dream! wakaka ;p Kami yg together but alone ni tercungap-cungap kat bawah nak naik balik ke atas. Semestinya kami berlima la yg sentiasa menjadi kalangan org yg terakhir.huhu.

Masing-masing muka pucat selepas mandi.

Masa untuk bbq!!

Malam tu spend time kat tepi pantai. Menu utama : Ayam, hot dog n daging burger. Menu sampingan: Roti n makanan-makanan ringan. Banyak tak terkata. N yg paling sedih, makanan semua x habis sebab memang banyak. hoho. Ayam pon x habis bakar sebab beli 3 ekor. Ingat cukup, last-last lebih banyak pulak.

Sebahagian yg da selamat bakar



Malam pon da makin larut. Semua pon mata da kuyu je. Dalam pukul 2am gerak balik ke hotel sebab besok pagi da kena balik.

Balik-balik je semua da terbongkang lepas semua da bersihkan diri. Dari pagi sampai la malam enjoy je. X ade pon berehat. Tapi seriously, pengalaman tu la yg buatkan kitorang semua tersenyum. ;)
Konon-konon nak gerak balik dalam pukul 10, tapi masing-masing semua tidur lagi. Lepas je solat Subuh, sambung tidur balik. Haish, da xboleh nak pikir ape dah time tu. Penat sangat. Kitorang check-out dekat pukul 12 tengah hari. 

Sebelum gerak pulang, isi perut dulu...nyummy. Perut pon da berkeroncong. Cacing-cacing semua berpesta dengan seronoknya bila perut kosong. haha. 

Cewek-cewek bersama cowok-cowok mereka

"We Are Together but Alone" ;p

The Girls

And The boys

These 4 pics are our last moment before we go back to Shah Alam. Apa yg kitorang planning dari awal semester akhirnya menjadi walaupun ramai yg tarik diri last minute disebabkn ada hal yg x dapat dielakkan. Next semester, maybe akan ke pulau. InsyaAllah ;)

p/s : Inilah sebab kenapa badan aku sakit-sakit. hehe






Friday, 20 July 2012

Selamat Menyambut Ramadhan!

Assalamualaikum

Akhirnya Ramadhan bertemu kembali. Masa untuk syaitan-syaitan dan konco-konconya untuk menggoda kita diberhentikan. Wah! Betapa mulianya bulan ni sebab tiada lagi godaan n gangguan yg boleh menghasut kita untuk tunaikan ibadah melainkan NAFSU. Inilah musuh kita yg paling utama sepanjang Ramadhan. 


Jom niat puasa jom ;)


Moga Ramadhan kali ni membawa kebaikan n kelebihan yg berganda kepada kita. N lebih baik dari yg sebelum ni. 


Selamat Menyambut Ramadhan! ;)

p/s : Jangan lupa Solat Tarawih

Tuesday, 17 July 2012

Officially end of Part 4!

Assalamualaikum


Aku ni kalau bab-bab habis sem, cepat je aku hip hip hoorey. wahaha. Padahal time cuti bukan ada buat ape pon kat rumah. Baru sehari cuti je da cepat bosan. Aiyaakkk. Doing the same thing everyday. Bangun pagi, kemas rumah, jadi supir untuk adik-adik aku. Berulang kali ulang alik sampai kaki aku da nampak bentuk selipar. wakaka. ;p

Tamatnya Part 4 means tamat lah juga tahun kedua aku di UiTM di hatiku. hoho. ;')) Lagi stahun je nk habis pengajian. Macam-macam benda aku tempuh. Confirm bila da grade nanti, mesti akan leleh air mata bila kenang balik dengan member-member ;')


Ermm...exam?? wihihi..jangan ditanya macam mana la kann.. Tawakal je sekarang ni ;) No komen. Tunggu result. Harapnya meningkat. Ehem, x sedar rupanya da berhabuk aku tinggalkan blog nih. X ape..within this 2 months, i will try update as many as I want..kalau boleh la n ada idea.. hikhik

Sekarang ni aku da boleh gerak dengan selesa sebab baru je baik dari sakit-sakit badan. haha. Ada benda jadi berlaku baru-baru ni. hehe. 


Tunggu aku post entry baru ;D daaa...