Tuesday, 31 July 2012

Bila yg lama jadi yg baru

Assalamualaikum


Halooo halooo!! Farah in the house! Ops, sejak bila lak aku take over Fafau punya position. Suke suki kau je. haha ;p Ok. Salam Ramadhan yg ke-11. Da lebih seminggu kita puasa da kan ;) Ha, before tu, aku nak bagitahu something. Lepas ni aku nak beli benda penjagaan kulit ni. hewhew. Nak try. Macam best je bila tengok kat iklan tv.hikhik.

Kalau korang perasan, zaman sekarang sibuk terkejar-kejar nak jadi macam zaman dulu. Banyak benda berubah. Kadang-kadang aku terpikir, siapa punya idea eh yg nak timbulkan balik barangan-barangan dulu. Macam cendawan tumbuh lepas hujan. Baru je keluar, da keluar yg baru.

First sekali, pasal baju kurung. Made from cotton. Yg aku tau dulu biasanya cotton ni guna untuk baju-baju sekolah je. Aku perasan baju cotton muncul balik bila time aku matrik. Itu pon selepas  member lelaki sekelas aku dengan sesedap orennya komen baju sorang budak perempuan ni time semua tengah bersesak-sesak nak pergi kelas tutor. 

" Eh, baju yg budak pakai tu macam baju yg selalu orang kampung pakai je. Baju kurung kedah kan. Yela, yg bunga-bunga kecik tu.hahaha. Korang x ada ke?"


Suka-suka je gelakkan orang. Punyelah cakap x cover. Kat depan budak tu pulak die cakap. Last-last,tengok la sekarang. Da jadi trend kan. Aku pon ada jugak. Bila da jadi trend, mestilah nampak cantik je semua. Dengan ada corak polka dot lagi. Kan tu zaman retro punye kan.


Dulu, orang x pandang sangat tudung-tudung bercorak ni. Tudung bawal kosong pon sama. Kalau ada pon, x ramai yg pakai macam sekarang. Sekarang ni, kalau jalan je kat mana-mana, x sah kalau x jumpa perempuan yg x pakai tudung bercorak ni. Padahal ada je sesetengah corak tu macam pelik n serabut, tapi ada je yg pakai. Yg bawal kosong pulak, bersepah nampak sekarang kan. Bila aku selongkar balik baju-baju lama mak aku, memang sah, tudung-tudung tu semua pattern lama.huhu                


Teknologi sekarang pon sama jugak. Sekarang merata orang pakai DSLR. Padahal dulu orang sibuk cari kamera-kamera yg kecik. Biar senang nak di bawak. Memberatkan beg je. Bila DSLR keluar, berpusu-pusu orang kejar. Handphone pon sama. Makin lama saiz handphone makin besar. Cuma diinovasikan jadi touch screen jek. Dolu-dolu, bak kata cikgu aku, saiz handphone tu sama saiz macam botol air. X pasal-pasal digelar tepon botol air. haha. Tapi, da x heran la kan bila sekarang ni kita tengok ada orang kol guna tab or ipad. Saiz da mengalahkan botol air. Da macam buku da tuh. kuikui





See?? Da jadi trend kan sekarang ni. So, lepas ni, kalau benda-benda da tenggelam balik, better simpan. Kot kot la tiba-tiba muncul lagi kan. Boleh bagi kat anak-anak korang nanti. 


Lagi satu is sekarang ni ramai yg kawin awal.hihik. kan?




1 comment:

  1. betul gak kan..
    org rama dah beralih nak jd retro balik..
    hahahah

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)