Friday, 27 July 2012

Muhasabah di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum


Meriahnya bila bulan puasa tiba yg hanya datang setahun sekali. Time ni la semua orang boleh buat ibadah tanpa bisikan-bisikan syaitonnirrajim. Puasa yg hanya makan sebulan je pon, tup tup da habis. Rasa macam seminggu berpuasa.

Time yg paling ditunggu tiap orang mesti time berbuka kann...Time tu lah rasa nak lepas gian. Sibuk ke bazar sana sini semata-mata nak cari makanan. Asal nampak sedap je terus grab. Padahal bila da berbuka cuma segelas air pon da rasa puas. Sayangnya bila tengok makanan banyak x habis.. tu la...bila nafsu menguasai diri.



Around 14 hours kita tahan lapar n dahaga, last-last paling kurang cuma sebiji kurma n segelas air je kan kita jamah. Waktu siang sibuk countdown lagi berapa jam nak berbuka....mengeluh kata penat, letih, n bila nak berbuka ni...sedar-sedar kurang pahala. Kata puasa ni susah. Ikhlas ke tak ibadah yg kita buat tu?

Kita tak sedar kat luar sana ada masyarakat Islam lain yg sangat sangat susah untuk cari rezeki. Hanya bersahurkan segelas air sahaja. Itu belum tentu air tu bersih ke tak. Dan, waktu berbuka pulak, some of them might have little or no food to break their fast. Tapi diorang still lagi ikhlas untuk tunaikan Rukun Islam yg ketiga tu.



Mereka tak kenal erti penat bila waktu siang mereka ke hulu hilir sibuk cari sumber makanan. Hukum keperluan asas yg mesti dipenuhi daripada keperluan-keperluan bagi memastikan nyawa mereka dapat diteruskan untuk hari-hari esok dan seterusnya. Tapi, kita yg kaya dengan makanan ni pon masih lagi tak reti bersyukur. So, we must be grateful and always practise to say Alhamdulilah. Alhamdulillah!

To live is to learn. And to learn is to live. Live. Learn. 

Salam Ramadhan ;)


0 comments:

Post a Comment

Komen di sini kalau suka =)