Wednesday, 25 July 2012

Part time Job

Assalamualaikum


Sudah sedia maklum sekarang ni aku sedang bercuti. Orang lain ada yg tengah pulun study untuk intersesi, aku pulak dok melagha kat rumah. hoho. Padahal ada je kerja menanti. Memang banyak. Contohnya bila big bos kat rumah da bersuara :


"Kak, ko kat rumah jangan asyik nak duduk dalam rumah je. Tu kat bawah tu, pergi potong rumput. Hari-hari kalau turun potong rumput 30 minit kan lama-lama habis nanti."

"Jangan asyik nak duduk aje. Kat rumah banyak kerja yg boleh dibuat. Tu, sampah kat depan, sapu. n bla bla bla..."

Bila abah aku da bersuara...macam komander bagi arahan boleh bikin aku kecut. ;p
Jangan pernah nak melawan kata balik. Bakal berlanjutan nanti kata-kata beliau. hoho. 

(Eh eh, alamak!! Semalam abah pesan suruh tanam biji petola. Waduh2! Lupe pulak. Mampuih aku. Besok pagi kena tanam cepat-cepat (@_@) ---> tiba-tiba teringat.kuikui. Nasib baik. fuhh..)


Bukan itu aje. Bila aku tengok bersepahnya almari....penuh dengan buku-buku dari atas sampai bawah...aku tau tu satu kerja lagi. Niat di hati mahu kemas. Tapi tak tahu bila.. Kalau da kemas ni mesti sepah balik. Confirm!!! Hai budak-budak ni...nak tunggu aku bagi upah agaknya baru diorang nak letak barang elok-elok. 

Kerja tetap yg aku dapat kat rumah. Hantar n amik adik-adik dari sekolah. Iye. Itulah yg aku selalu ulang-ulang kat sini. hehe

Oleh sebab raya da nak tiba, maka baju raya juga perlu disediakan, aku telah ditugaskan oleh mak aku untuk memotong baju. Akhirnya...dapat jugak aku belajar macam mana nak jahit baju... Ini sebab mak aku x larat nak potong baju. Ada orang membesar dalam badan, maklumlah. hewhew. Mak cuma boleh jahit je.



Ok ok. Aku dengan relanya pon membuat la tugasan itu. Serius aku cakap, aku lagi suka masak dari membuat baju ni. Baru la aku tau peritnya seorang tukang jahit nak buat baju. Hari pertama buat, 3 jam aku perlukan untuk siapkan sepasang baju kurung. Nak pulak kain tu jenis chiffon, memang la mencabar kesabaran aku jugak. Asyik lari je kain! Dengan salah potongnya lagi. Haih. Betul la mak cakap...time part potong baju je ni kita kena cekal. Kalau jahit x kisah..x rumit sangat.

Sampai hari ni, da 5 pasang aku potong. Besok lastt!! yiihaa. huhu. Da laju sikit la aku buat. Tu pon asyik lupa je. hikhik. Penat jugak la mengadap benda ni berjam-jam. Mungkin lepas ni aku boleh je manjahit, tapi kalau nak dijadikan sebagai minat n hobby, i need to think deeply. Look simple right, but once you try, korang akan rasa apa yg aku rasa . hihi.

Salam Ramadhan Kareem yg ke-5 ;)


0 comments:

Post a Comment

Komen di sini kalau suka =)