Sunday, 22 July 2012

Super duper holiday!!

Assalamualaikum


Actually baru-baru ni lepas je habis exam, aku ada bercuti dengan member-member sekelas aku. Aktiviti lepas tension yg biasa kitorang lakukan selepas exam. Time macam ni lah nak enjoy ngan kawan-kawan kan. Nanti, bila masing-masing da ada komitmen n da berkahwin, bila lak nak berkumpul lagi ;')

Kali ni, Port Dickson pulak yg jadi pilihan kami semua tok bercuti selama 2 hari 1 malam. Sem lepas, ke bukit n sungai, so sem ni kami pilih untuk ke pantai. Elehh..PD je? Jemu kot PD.. Da banyak kali pergi laa..X class kau Jah... Ah! Apa peduli kan! Kalau da beramai-ramai pergi, keseronokan tu pasti akan terasa. Kan?? hewhew

Habis paper 13 Julai. So, kitorang gerak ke PD pada 14 Julai. Gerak dalam pukul 7.30 pagi. Malam sebelum tu, kitorang da siapkan semua barang termasuk bahan untuk wat bbq nanti. Makanan toksah la cakap la banyak mana. Penuh sebonet kereta kitorang bawak ;p

Our first destination is Ostrich Farm. Sampai-sampai sana je, kejakunan kami bertambah hebat bila tengok ostrich kat depan mata. Da macam gaya orang asli keluar dari hutan je. kahkah. Besarnya!! Selama ni tengok kat tv je kan. So, bila da ada kat depan mata macam tengok ayam gergasi. Bentuk lebih kurang macam ayam, cuma leher je yg berbeza.

Pintu masuk Ostrich Farm, Port Dickson.

'Kita Bersama' ~Tagline Shazika~ ;p
Takut kena patuk punye pasal.hehe.

Nak tau kenapa ostrich2 tu batak? Eh, silap. botak la. hehe Kata pengurus kat situ, diorang ni baru je lepas mengawan. Yg botak-botak ni biasanya betina. Satu ostrich jantan akan diletakkan dalam setiap kurungan bagi memudahkan proses mengawan. 



Selain tuh, banyak haiwan lain lagi yg korang boleh tengok kat sini seperti arnab, itik, angsa, ayam, keldai, n macam-macam lagi. Dekat dua jam jugak la kitorang habiskan masa kat situ. 

Gambar kami semua sebelum pulang ;)

Next destination is pergi cari hotel untuk kami menginap. Lepas je siap makan, terus cari hotel yg kitorang akan menginap iaitu Sea Front Hotel. Kang kalau lambat, full pulak. Baik kitorang check-in awal-awal memandangkan waktu tu tengah weekend. Aku boleh bagi 3 1/2 bintang je. Not bad la service. Tapi memuaskan. 

Lepas waktu Zohor, terus pergi Extreme Park. Hoyeah hoyeah. Kitorang da plan awal-awal nak main go-kart. This suggestion come from Kak Yah. She is the one yg berkobar-kobar sgt nak men benda nih. So, why not kitorang pon cuba sekali. Da alang-alang kan. X best la cuti kalau x ada aktiviti kan...


Since kitorang dalam kelompok yg ramai, kitorang dapat buat 10 pusingan dengan harga RM20 seorang. Harga asal ialah 8 pusingan dengan harga yg sama. So, memang untung kalau kita buat trip ramai-ramai. Senang je dapat diskaun. Kat Ostrich Farm pon kitorang dapat jugak taw. hehe

Mula-mula bila petugas kat situ da start enjin, ada la cuak-cuak sikit. Mangai, bunyi enjin kuat. Hah! Masalah aku ialah kaki aku!!! Argh!! Ngam2 je kot. Nak tak nak, sapa-sapa yg kaki pendek macam aku ni kenalah letak span berlapis-lapis kat belakang sampailah kaki korang sampai. Eh, aku ni bukannya x sampai ok! Sampai, cuma x dapat tekan minyak habis. haha. Ceytt.. Tolong jangan gelakkan aku.

Habis je main go-kart, dengan tangan n kaki yg da mula rasa sakit, gerak pulak ke pantai. Da nampak banana boat da kat mata kitorang ni. hoho. Hilang semua sakit. Sampai je sana, pheww..ramainya orang. and....hah! kan betui aku cakap! Untung sesangat kalau datang ramai-ramai ni. Datang-datang je ada orang offer naik banana boat with a affordable price!! Then, negotiate lg harga, dapatlah harga RM13 sekepala dengan jarak yg macam harga RM20. Woah! Best nya!!



Part yg paling cuak bila kita jatuh ke dalam laut. Fuhh..bila kita semua da nampak org yg bawak boat tu angkat tangan, ha, terus je tahan nafas n sedia tutup mata sebab time tu dia akan belok macam mat rempit nak cecah lutut n x semena-mena banana boat pon akan terpusing sekali. Warghh!! Extreme kott! Even korang da tahan nafas, air laut tetap akan masuk jugak lalu hidung. 5 kali kitorang terpaksa hadap cabaran ni. Sampai da jadi kurang tenaga. N yg betul-betul mencabar bila dia jatuhkan kita kat tengah-tengah laut. Dengan x tau berenangnya, n cuma bergantung on jaket keselamatan, memang terkapai-terkapai nak naik balik atas banana boat.

Tapii kan....untunglah orang yg bawak cowok-cowok ni. ;p Diorang mestilah selamatkan cewek-cewek diorang. Time tu la aku rasa macam totally need org pnting aku. Dalam hati harap sgt si dia datang macam Superman, tapi jgn harap la. It's just a dream! wakaka ;p Kami yg together but alone ni tercungap-cungap kat bawah nak naik balik ke atas. Semestinya kami berlima la yg sentiasa menjadi kalangan org yg terakhir.huhu.

Masing-masing muka pucat selepas mandi.

Masa untuk bbq!!

Malam tu spend time kat tepi pantai. Menu utama : Ayam, hot dog n daging burger. Menu sampingan: Roti n makanan-makanan ringan. Banyak tak terkata. N yg paling sedih, makanan semua x habis sebab memang banyak. hoho. Ayam pon x habis bakar sebab beli 3 ekor. Ingat cukup, last-last lebih banyak pulak.

Sebahagian yg da selamat bakar



Malam pon da makin larut. Semua pon mata da kuyu je. Dalam pukul 2am gerak balik ke hotel sebab besok pagi da kena balik.

Balik-balik je semua da terbongkang lepas semua da bersihkan diri. Dari pagi sampai la malam enjoy je. X ade pon berehat. Tapi seriously, pengalaman tu la yg buatkan kitorang semua tersenyum. ;)
Konon-konon nak gerak balik dalam pukul 10, tapi masing-masing semua tidur lagi. Lepas je solat Subuh, sambung tidur balik. Haish, da xboleh nak pikir ape dah time tu. Penat sangat. Kitorang check-out dekat pukul 12 tengah hari. 

Sebelum gerak pulang, isi perut dulu...nyummy. Perut pon da berkeroncong. Cacing-cacing semua berpesta dengan seronoknya bila perut kosong. haha. 

Cewek-cewek bersama cowok-cowok mereka

"We Are Together but Alone" ;p

The Girls

And The boys

These 4 pics are our last moment before we go back to Shah Alam. Apa yg kitorang planning dari awal semester akhirnya menjadi walaupun ramai yg tarik diri last minute disebabkn ada hal yg x dapat dielakkan. Next semester, maybe akan ke pulau. InsyaAllah ;)

p/s : Inilah sebab kenapa badan aku sakit-sakit. hehe






2 comments:

  1. kita bersama~~
    group "ke laut" tu dh ready ke tok ke olympic?? HAHA

    ReplyDelete
  2. of coz la ready!! haha
    pnat je kite brlatih smpai sakit2 bdan

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)