Tuesday, 28 August 2012

DRAMA - Adam & Hawa

Assalamualaikum


Masuk minggu ni mood raya da xada da. Masing-masing da mula rutin harian termasuk aku ;) N...another 2 weeks semester baru akan dibuka dengan gemilangnya =,=' Ouh, lupekan, lupekan sekejap pasal tu ye ;p

Korang pernah baca novel Adam & Hawa karya Aisya Sofea? Actually, novel tu da lame publish. First time aku baca terus aku jatuh cinta dengan cerita ni. Then, lepas da khatam banyak kali pon still tak jemu baca. Seronok!! ;D Tapi baru sekarang orang nak cari agaknya kan? Macam novel Bicara Hati tu. hehe. 

Adam & Hawa

Hari ni bermulanya episod 1 drama Adam & Hawa kat Astro kan? Oleh sebab kat rumah aku x ade Astro *kesat air mata* makanya, dengan online je lah aku boleh tengok cerita ni. Dengan jantung yg berdegup dengan kencang bagai diketuk-ketuk, aku pon dengan rakusnya terus pergi ke website http://www.astrogempak.com.my/. Terus klik ke drama Adam & Hawa.



Loading....





Dan.......dan....wahhh!!! *mata bersinar-sinar* starting je da kuar hero die. *_*V hoho. Smartnyeee.....*faint* Jadi berkobar-kobar terus nak tonton sampai habis nih. Intro die je da buat aku cair. wkwkw. ;p Apabila hero pujaan malaya muncul, terus para gadis menjerit sampai terkeluar anak tekak sampai da x ada bekalan stok suara. Pilot pulakk hero nih... ;p

Aaron Aziz aka Adam Mukhriz

Aaron Aziz!! Hah! Sesuai sangat la tuh. Cumanya muka Aaron ni tak nampak mixed. Patutnya ada mixed sikit, kulit pon cerah, n rambut perang sikit. Ala-ala cam owang putih tuh. Tapi da kire ok la nih... ;D

Ok. Aku terus duduk statik depan lappy n yg memeng konfem kalau aku kena lastik dengan getah sayur pon aku tak sedar. Mata pon da berkelip-kelip melebihi kuota yg sepatutnya. haha. Jalan cerita tak lambat...ok. Sama seperti dalam novel tu. Yes! Aku memang suke kalau ikut sebijik dalam novel. Baru hidup cerita tu! ;D

Nadiya Nissa aka Ain Hawani

Heroin dalam cerita ni bagi aku sesuai. Cuma muka tu kena tak kena dengan umur. Kalau ikut novel, Ain Hawani tu muda. Baru je lepasan SPM. Kalau Nadiya Nissa ni dimekapkan ala-ala budak habis sekolah, aku rasa memang cantik, menari, tertarik, memang dabomb la! ;D Tapi, walau apa pon, lakonan Kak Nadiya ni tak mengecewakan!

Promo Adam & Hawa. Cer tengok cer tengok ;)


Can't wait for the next episode.^^
tata! ;)



Sunday, 26 August 2012

Gangnam Raya

Assalamualaikum



video

Korang da tengok video nih?? Style sangat family ni wehh... Sporting habis diorang semua nak buat video macam ni. hehe. Suka aku tengok. Mesti meriah sesangat masa record. ;D

Agak-agak la kan kalau ajak aku saudara2 aku buat cenggini, agak-agak diorang nak tak? hoho. Kalau anak-anak muda tak kisah sangat menari macam tuh. Kalau ayah aku nak menari berjoget terlompat-lompat cenggitu? Mau pengsan agaknya mak aku tengok ;p Nak amik gambar pon susah, apelagi nak record2 video bagai. haha. Entah-entah segala pakcik n makcik aku pon tak nak agaknya.

Pape pon, memang clan of Anak Cucu Tok Harun ni memang sporting la! ;D Kagum aku. 


Sunday, 19 August 2012

Juadah untuk hari raya

Assalamualaikum


Hari tu aku ada kate nak post gambar biskut raye kan?? Ok, sila sediakan air liur banyak-banyak bagi mengatasi masalah kempunan. haha. Kidding ;p

Biskut Mazola

Biskut puteri ayu *main hentam name je* hihi

Tart Gulung Nenas

Biskut Kopi Rangup

Biskut Snow Almond

Biskut Nestum 

Oat Crunchy
*sori, x jelas*

Haa..tu je la gambar yg dapat aku post. Ada satu lagi biskut iaitu Biskut Famos Amos.hoho. X adalah sesedap n secantik macam biskut tu, tapi bila da serupa pon da kire ok kan? ;) Homemade kerepek pulak yg sempat mak aku buat cuma tumpi, rempeyek, n kerepek pisang. ;)

Rumah da siap berkemas. hihi. Kuih pon da letak kat ruang tamu. Cehh, semangat betul ye nak sambut raya ek. hihi

Simple je. ^^

Sinag tadi da siapkan juadah untuk esok. Nasi impit n kuah kacang, rendang, ayam masak merah n tomyam yummy2 ;D *nak tmbah berat badan raya ni.huk2*

Eid Mubarak everyone! 
Takabbalallahu minna waminkum

kala kita bergembira, ada pula yg bersedih. Jom bantu mereka. klik ---->sini


Friday, 17 August 2012

Pra Raya : Anyam ketupat

Assalamualaikum


Kemeriahan raya da terasa la...Selamat hari raya semua!! Bila da dekat raya ni, macam-macam benda nak kena buat. Ha, by the way, baju raya aku da siap akhirnya! hehe. Pagi tadi tamatlah sudah sesi aku membuat biskut raya. So, sapa-sapa nak rasa biskut buatan air tangan aku, dipersilakan la datang yer... hoho. Padahal tiru resipi dari internet jek. haha ;p

Oh ye! Pagi tadi ayah aku bawak balik daun kelapa muda untuk dibuat anyam ketupat. Nak guna besok untuk buat ketupat n kuah kacang. huhu. Tradisional sungguh. Tapi, guna daun kelapa la lagi elok daripada guna plastik kan? Even nampak comot sikit, tapi selamat sebab x ada kimia macam ketupat segera tu. huhu. Padahal besok ada je nak buat nasi impit guna ketupat segera tu. ;p 


Haa..ni hasilnya selepas semua daun dianyam.. Oleh sebab setahun sekali je n jarang sekali dapat anyam ketupat, berkali-kali jugak la aku terpaksa ulang balik nak buat ketupat ni. Asyik terlepas je daunnya. So, daripada banyak-banyak daun yg ada, ini lah hasil yg aku dapat capai.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


hahaha. Sebenarnya tiga yg dapat aku buat. N time tu pon tengah buat biskut. So, x dapat nak buat banyak. Selebihnya ayah aku yg buat. 

Orang selalu kata buat ketupat ni leceh, lambat. Erm, meh la aku story sikit...First time aku belajar buat time sekolah menengah dulu, time Form 3 or Form 4. Aku pon x berapa nak ingat. Memang rasa nak give up pada mulanya. Yela, sape x geram, kalau daunnya asyik da terbelit-belit akhirnya. Tapi, oleh sebab aku teringin jugak nak buat n nak jugak ketupat ni jadi, aku ketepikan perasaan tu semua. Aku fikir, bila kita tak warisi semua ni, generasi yg akan datang x akan tau semua benda ni.

Berkat aku belajar anyam ketupat, last-last bila sekolah ada buat sukan tahunan, n ada pulak sukaneka untuk anyam ketupat, aku pon terus masuk untuk wakil firqah (rumah sukan) aku. Haha. mesti pelik kan bila ada sukaneka macam tu. Time tuh, sukan dibuat 2 hari sebelum puasa. Dan2 pulak tahun tuh, sekolah x dapat nak book Stadium Jugra sebab kat stadium ada event lain. So, buat kat sekolah akhirnya. Tema sukan tahun tu memang tradisional habis. Tema untuk raya pon ada. hehe. Ada lawan batu seremban, tarik nipah, congkak segala bagai. Acara padang pon ada jugak. 

Berbekalkan semangat n kerjasama yg kuat antara ahli-ahli kumpulan, akhirnya kitorang berjaya dapat JOHAN!!! ;DD Keputusan dibuat berdasarkan kekemasan n bilangan ketupat yg paling banyak dibuat ;)


Even dapat botol air je ni, tapi kenangan tu tetap ada. huahua. Tak sia-sia aku belajar anyam ketupat. Walaupun x adalah expert mana, tapi selagi aku boleh buat tu pon da memadai. hewhew.

Ehh..merepek da entry aku kali ni. Dari anyam ketupat sampai ke sukan pulak perginya. hehe. 


p/s : Moga Ramadhan kali ni membawa keberkatan kepada kita semua. InsyaAllah! ;) ♥ 


Wednesday, 15 August 2012

Persiapan Raya

Assalamualaikum

video



10 Terakhir Ramadhan kita lalui. Tinggal lagi beberapa hari je bulan Ramadhan akan berganti dengan bulan Syawal. People are very busy in preparing for Hari Raya celebration including me -..- Guess what?? This year aku da macam jadi mak nombor dua kat rumah. haha ;p 

Biskut raya tiap tahun akan buat sendiri kat rumah. Ayah aku tak suka beli kat luar sebab mahal n x berapa nak puas sebab rasa dia lebih kurang jek. Erk. Kalau kerepek-kerepek, kekacang tu belilah. Ni da masuk 6 jenis biskut da berjaya diwartakan, hek2.  n___n (Nanti bila-bila aku post gambaq ok.)

Baju raya x siap lagiiii..... T______T  urgh... Owh, I mean, belum sembat baju lagi...hewhew. haiyoo...gimana ni?? Kalau pagi n malam sibuk wat biskut, kapan mau jahit.... owh! relaks ok. Maybe sempat nak siapkan. hehe. N baju raya aku tahun ni warna hijau n kelabu yaw~!

Tapi yg pasti sangat sangat, aku dapat rasakan raya sekarang x semeriah raya yg dulu. Serius!


Sempena raya yg bakal menjelma, ada seorang artis yg ingin berkongsi cerita raya beliau semasa ketiadaan ayahandanya. Beliau sentiasa teringatkan arwah ayahnya terutama ketika Hari Raya. So, pada readers kat luar sana, hargailah parents anda semasa mereka masih hidup ye.. m__m

Selamat Hari Raya!!

Thursday, 9 August 2012

Sanggup ke nak makan kek ni....?

Assalamualaikum


Aku memang suka buat kek. Segala kek yg sedap-sedap, yg mengancam akan aku cuba, walaupun sebenarnya kadang-kadang x dapat buat T_T sob sob. Tapi x la sampai nak buat kek yg tahap melampau, yg membantutkan selera aku nak makan.uhuks.







Aaaa!! gelinya! gelinya! Ish, memang la bila dimakan akan rasa kek macam biasa, tapi mesti akan terbayang benda yang kita kunyah tu. wuuu...gelinyaa!! Kita makan kek yg bentuk tikus, tapi macam makan tikus. ergh! Memang aku akan joget kegelian bila aku nampak kek-kek macam ni nanti. Kek ular ni....lagi la aku geli. Da la aku memang geli kat ular.




Tuesday, 7 August 2012

Dunia sekarang

Assalamualaikum


Zaman sekarang x macam dulu lagi. Kalu dulu, x risau pon nak pergi mana-mana sorang-sorang. Tapi sekarang.....



Macam-macam benda jadi. Tiap hari ada je berita-berita pasal jenayah. Bunuh, samun, rogol, rompak, semua ada. Lagi-lagi kalau kes jenayah tu berlaku kat tempat yg berhampiran dengan kita. wuwu. Rasa seram n cuak nak keluar sorang-sorang. Perempuan lagilah bahaya. Kalau boleh mesti kena ada teman kalau nak keluar n make sure tempat tu ramai orang.

Kenapa boleh jadi macam ni eyh?? Adakah disebabkan tekanan hidup? Ataupun dendam sampaikan tempiasnya kena kat orang lain? *wondering*

Aku lagi risau bila da sampai 10++ tahun akan datang. Bila kita da ada anak sendiri. Takut bila kita da didik anak elok-elok, tapi disebabkan pengaruh luar, dengan teknologi yg semakin maju sekarang ni,  perangai diorang berubah serta-merta. Nauzubillah, mintak dijauhkan dari semua tuh... 


p/s : Da sedia ke nak pikul tnggungjawab nanti?? aigooo



Saturday, 4 August 2012

Lelaki or perempuan yg complicated?

Assalamualaikum

Seboleh-boleh biasanya kita mesti nak jaga perasaan orang yg ada di sekeliling kita. Tapi, kadang-kadang, tingkah laku kita disalah tafsirkan. Sampaikan orang tersebut rasa jelek dengan kita tanpa kita sedar. Mungkin mereka tak suka dengan cara kita, tapi bagi kita, dah itu memang perangai semulajadi kita. Nak macam mana lagi. Complicated kan? Sebab itu diam lebih baik dari berkata-kata eh?

Kalau kita sayang dengan seseorang itu, mesti kita akan sedaya upaya untuk jaga hati dia, fahami dia. Ya, in short, we try to be the best for him or her from others. Tapi, musykil 1 perkara la? Perempuan ke lelaki yg complicated eh?? haha. ya, i need answer for this. I try to be discovered but then, lastly, i don't know which one aku patut berpihak. Mestilah aku kata lelaki complicated. Sebab aku perempuan. Tapiii...mesti laki kata perempuan complicated kannnn.... T___T



To Lelaki..

Kalau betul sayangkan seseorang tuh, jaga lah perasaan die ek. Perempuan ni hati dia lain sikit. Cepat terasa, cepat sensitif, cepat tersentuh, cepat merajuk n sume la. hehe. Jangan la nak main-mainkan perasaan wanita. Perasaan mereka ni halus. No wonder la kan wanita ada 1 kelebihan iaitu ada 6th sense! It's NALURI. Yes. Naluri. Jangan nak cuba tipu or mengelak daripada diorang. Sebab bila naluri wanita kuat mengatakan ada yg x kena, memang betul akan ada yg x kena. Cuma lambat atau cepat je benda tu terbongkar. Sebab tu bila mereka da bergelar seorang ibu, mereka lebih memahami taw.

To Lelaki..


Janganlah sebab perempuan ni terlalu berlembut dengan korang, korang boleh pijak kepala diorang. Konon kata x main-mainkan n setia pada yg satu. Tapi di belakang mereka, kenapa mesti lukakan hati mereka, tanpa pengetahuan mereka? Mesej, chatting n berkenalan dengan perempuan lain. Kalau kawan x kisah lah..tapi, kalau tiba-tiba tergedik-gedik nak kenal2 dengan girl lain tuh....memang sakit. Nah, hati korang memang x setia. Dengan orang lain boleh pulak share cerita n jadi pndengar x bertauliah. Tapi, dengan girl korang, buat x tau je. X banyak bertanya pon kan. Jangan pelik la kan bila tiba-tiba diorang lebihkan kawan daripada korang nanti.



Jangan ingat laki jer, untuk girl pon ada. huhu

To Wanita...

Sebab benda kecik pon janganlah diperbesar-besarkan. Lelaki ni x suka mengungkit. Better stop daripada nanti bergaduh x tentu pasal. Kalau cakap cuba jangan kias-kias.

"Awak, saya nak beli novel ni sangat. Best kot author dia! Nak beli tapi duit ni nak guna untuk lainn..." ;(

"La..yekew..nanti beli lain kali ek? x habis punye novel tuh..." 

Rasa macam nak bagi jelingan maut sedas. -..- hoho. Hai. xpaham-paham ke da die tu peminat novel tegar.

Ok. Kena cakap direct je terus. Kalau x paham gak, cakap laser je terus. haha. (over) Ni lah masalah lelaki. X pernah cuba pon nak memahami perempuan. Nak kena explain banyak kali baru paham. kuikui.

" Awak, belikan saya novel ni. Haa..novel tu pon best gak. Belikan taw. Novel yg tu pon nak beli.....bla..bla"

" Ha, ambik je la. Tapi jangan la banyak-banyak nak beli. Nanti saya bayarkan ea"

Kan senang. Janganlah selalu mintak dia belikan...Sekali kala je pon...huhu


To wanita...

Cemburu tu biar bertempat. X kan la bila laki da komen2 dengan member2 girls die yg memang da lame kenal nak angin sampai satu badan? Lelaki ni biasalah, peramah terlebih bila borak dengan perempuan lain.  Dah nama pon kawan...mestilah layan macam kawan. Korang mesti paham kan? Contohnya bila kita da borak-borak dengan member2 laki kita? Mesti macam tu jugak kan? Cuba tanya dia dulu siapa mereka2 ni dengan laki korang. Kan selesai. Lelaki ni x suka sangat tunjuk perasaan sayang diorang. Sebabnya EGO. hoho



So, aku conclude laki dengan perempuan ni SERI. Dua-dua sama complicated. hehe.

Tapii...adalah sorang (member sekelas) ni cakap "Semua masalah boleh diselesaikan kecuali PEREMPUAN?" ;p Amboi2..nak salahkan perempuan je la ea? Kalau perempuan x ada kat dunia ni, x lengkap hidup korang tau? haha ;p




p/s : Jangan marah-marah ea? Chill oke! ;)