Friday, 17 August 2012

Pra Raya : Anyam ketupat

Assalamualaikum


Kemeriahan raya da terasa la...Selamat hari raya semua!! Bila da dekat raya ni, macam-macam benda nak kena buat. Ha, by the way, baju raya aku da siap akhirnya! hehe. Pagi tadi tamatlah sudah sesi aku membuat biskut raya. So, sapa-sapa nak rasa biskut buatan air tangan aku, dipersilakan la datang yer... hoho. Padahal tiru resipi dari internet jek. haha ;p

Oh ye! Pagi tadi ayah aku bawak balik daun kelapa muda untuk dibuat anyam ketupat. Nak guna besok untuk buat ketupat n kuah kacang. huhu. Tradisional sungguh. Tapi, guna daun kelapa la lagi elok daripada guna plastik kan? Even nampak comot sikit, tapi selamat sebab x ada kimia macam ketupat segera tu. huhu. Padahal besok ada je nak buat nasi impit guna ketupat segera tu. ;p 


Haa..ni hasilnya selepas semua daun dianyam.. Oleh sebab setahun sekali je n jarang sekali dapat anyam ketupat, berkali-kali jugak la aku terpaksa ulang balik nak buat ketupat ni. Asyik terlepas je daunnya. So, daripada banyak-banyak daun yg ada, ini lah hasil yg aku dapat capai.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


hahaha. Sebenarnya tiga yg dapat aku buat. N time tu pon tengah buat biskut. So, x dapat nak buat banyak. Selebihnya ayah aku yg buat. 

Orang selalu kata buat ketupat ni leceh, lambat. Erm, meh la aku story sikit...First time aku belajar buat time sekolah menengah dulu, time Form 3 or Form 4. Aku pon x berapa nak ingat. Memang rasa nak give up pada mulanya. Yela, sape x geram, kalau daunnya asyik da terbelit-belit akhirnya. Tapi, oleh sebab aku teringin jugak nak buat n nak jugak ketupat ni jadi, aku ketepikan perasaan tu semua. Aku fikir, bila kita tak warisi semua ni, generasi yg akan datang x akan tau semua benda ni.

Berkat aku belajar anyam ketupat, last-last bila sekolah ada buat sukan tahunan, n ada pulak sukaneka untuk anyam ketupat, aku pon terus masuk untuk wakil firqah (rumah sukan) aku. Haha. mesti pelik kan bila ada sukaneka macam tu. Time tuh, sukan dibuat 2 hari sebelum puasa. Dan2 pulak tahun tuh, sekolah x dapat nak book Stadium Jugra sebab kat stadium ada event lain. So, buat kat sekolah akhirnya. Tema sukan tahun tu memang tradisional habis. Tema untuk raya pon ada. hehe. Ada lawan batu seremban, tarik nipah, congkak segala bagai. Acara padang pon ada jugak. 

Berbekalkan semangat n kerjasama yg kuat antara ahli-ahli kumpulan, akhirnya kitorang berjaya dapat JOHAN!!! ;DD Keputusan dibuat berdasarkan kekemasan n bilangan ketupat yg paling banyak dibuat ;)


Even dapat botol air je ni, tapi kenangan tu tetap ada. huahua. Tak sia-sia aku belajar anyam ketupat. Walaupun x adalah expert mana, tapi selagi aku boleh buat tu pon da memadai. hewhew.

Ehh..merepek da entry aku kali ni. Dari anyam ketupat sampai ke sukan pulak perginya. hehe. 


p/s : Moga Ramadhan kali ni membawa keberkatan kepada kita semua. InsyaAllah! ;) ♥ 


2 comments:

  1. wahh pandai nye anyam ketupa. beruntung tau tau :) btw, selamat mnymbut hari rye yg bakal tibe ni. heee ^^

    ReplyDelete
  2. pandai2..
    saya dr kecik belajar tak pandai...
    selalunya tengok je la sepupu2 buat..
    saya tukang isi beras je la...
    hehehe

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)