Saturday, 24 November 2012

Pantangnya aku!

Assalamualaikum


Sebenarnya, cerita da lama berhantu kat aku. Tapi oleh sebab makin menjadi-jadi, aku jadi macam tak keruan pulak. Oleh sebab minggu lepas banyak kelas tak ada, maybe sebab cuti deepavali n Awal Muharram, aku jadi kebosanan kat rumah sewa. So, aku decide nak balik rumah hari Jumaat hari tu. hehee... Time tu pulak aku memang nak keluar jalan. So, sambil menyelam minum air la la kan.

Aku sedar yg aku ni memang comel. (lempang lelaju) huahua. Perasan habis aku ni. ;p Siapa-siapa yg tengok aku mesti tak caya yg aku ni da 21 tahun. Mesti orang akan tanya adik ni form berapa? Memang toya habis muka aku time tuh. -.-" Sebab?? Tinggi aku cuma 149cm. Erm, normal la tu kan. Tapi....tapi...berat aku sentiasa dalam linkungan 39-41 kg. hehe. Jeles x?? hoho. Harapan aku nak capai berat ideal around 45-48 kg selalu je tak kesampaian walaupun selera aku da capai tahap Badang. (Harapann....harapan menjadi layu.......)

Cer teka...cer teka..mana satu kakak n adik? ;p

Being a small girl sometimes makes me feel happy because i feel like awet muda. harhar. I just always keep smiling and tersengih macam kerang busuk n buat cute face when people looked at me with a blur face and their mouth was stuck open with an O shape. bhaha. heyy..like a SIRR. \(^,^)/ (tetiba!?)

Nak dijadikan cerita, setiap kali aku drive, x sah kalau orang tak pandang pelik kat aku. Last Saturday, tengah syok-syok layan jiwang sambil drive, ada sebuah van tu potong line aku. Tapi bila ada salah sorang mamat ni pandang ke arah aku dengan tersengih-sengih, aku pon mula lah x senang duduk. Konon bajet hot sebab ada orang nak ngorat. hahaha.


Bukan itu sebenarnya! -,-' Saje je mainkan korang. haha. Kena tipu sekejap. Actually mamat tu geli hati tengok aku drive. huh! Panasss... Ye.... aku sedar aku kalau drive kerusi memang tarik habis ke depan. Seat pulak mesti bagi tegak. Memang agak x selesa, tapi demi kakiku yg comel ini, aku terpaksa gagahkan jua nak berbuat demikian...tsskkk... Kalau tak macam mane aku nak tekan clutch... Ini bukan kereta auto...huhu..Eee...geram pulak aku. Tak payah la nak pandang sampai cam tu sekali. Ingat aku x ada lesen ke nak bawak kereta.


Orang-orang tua kata, Kecil-kecil cili padi... Jangan ingat orang yg kecik tu tak boleh buat semua benda . haha ;p Jangan pandang sebelah mata tau! hikhok. Bila da selalu jadi benda macam ni, aku da jadi biasa da.


Tu je benda yg aku nak cerita. Jangan marah!! ;pp


Wednesday, 14 November 2012

November ini


Assalamualaikum


Hampir ke pertengahan November. Banyak yg aku harapkan pada bulan ni. Dan banyak juga kisah pada bulan ini



1. Internship program. Harapnya dapat lah jawapan dari mana-mana company. Selagi tak respon, selagi tu la     hati x tenang. Sabar menunggu.
2. Bnyak pelaburan yg dilaburkan untuk intern.
3. Adik-adik bujangku, Hafiz n Farhan sudah selamat berkhatan ;p
4. 2 ekor kucing betinaku berjaya melahirkan waris-waris mereka untuk menambahkan najis mereka di rumahku. 8 ekor anak kucing kesemuanya -___-' Diulangi!! 8 ekor!
5. Gonna to have new member in my family. hihi... InsyaAllah by the end of this November
6. Peristiwa pahit berlaku
7. Berbaik semula. ehem!
8. X dapat join majlis konvo T____T
9. Assignment, assignment dan assignment!!!
10. Movie Twilight!!! Robert Pattinson makin hensem dowh..wkwkw .;p
11. Duit keluar bak air bulan ni...urgh....
12. Dengar cerita theme untuk Pre-Graduation Night fakulti Bisnes is 'kampung' style. huh? Why why why? (ok! penjimatan! pakai kain batik n baju kurung kedah! woh! @_@ ) 


Nak tahu Dunia Magik mana yg best?? klik -----> SINI



Thursday, 1 November 2012

Burger Dinasour

Assalamualaikum. Hi. =)


Sewaktu mula-mula aku tau kewujudan makanan ini, sungguh aku betul-betul teruja. Even x adalah segempak nama seperti Burger Prince and McDuck yg memang sudah diketahui umum, tapi pencapaian burger ni memang meletop habis. Percubaan yg terbaik tau??


Buat sesapa yg duduk kat Shah Alam mesti tau kefemesan n kelazatan burger ni. hoho. Aku mula kenal sebab ada kakak housemate kat rumah sewa time Part 2 yg memperkenalkan burger ni. Nak nak pulak gerai ni kat depan rumah. So, aku hanya perlu menggunakan kelunakan suara aku yg macam Shila Amzah untuk meng'order' burger ni. (hoh! menyampah aku!) hakhak. Kang kalau aku buat macam ni memang nyaris kena baling selipar dengan jiran ;p

Aku bukanlah nak cerita keasyikan aku makan Burger Yazid ni walaupun sebenarnya ada niat jugak nak buat korang terrrrliiurr dengar aku makan burger ni.haha Sebelum tu, meh aku tunjuk something yg buat anda-anda semua terbeliak.


Waahhhh!! *_* Terkejut x? terkejut x? hehe. Kalau korang nak tau, berat burger besar ni ialah 1kg. Oleh sebab saiznya yg besar, aku gelarkan burger ni Burger Dinasour. hehe. Apa yg menariknya pasal burger ni ialah ramuannya. 100% homemade by Yazid Burger start dari atas roti sampailah bawah roti. Korang boleh pilih setiap jenis roti, patty, sos, sayur mengikut citarasa korang. Best kan? Nak tau lebih lanjut, boleh klik kat >SINI<


Korang tak akan kecewa bila makan burger ni. Harga untuk burger 1kg is RM40, 500gram RM20 dan 250gram RM10. But memang worth it la. Kenyang! 


Baru-baru ni, aku dapat peluang untuk merasa burger ni setelah sekian lama merancang. Ini pon sebab sambut birthday member kawan. So, buat kelainan dengan surprise burger! heheh.. X kan la nak asyik makan kek je kan. Sekali masuk mulut....emmm...sedapnya tak terkata! Dengan daging yg memang tebal, korang akan rasa puas hati sesangat. Ditambah pulak dengan sosnya yg menyengat-nyengat sampai ke dalam lidah, rotinya yg lembut n gebu, memang cukup-cukup sempurna. ;D 

So, apalagi?? Cepat-cepat lah terjah Yazid Burger ni kat Seksyen 7, Shah Alam. Yeah! Berbanggalah dengan orang kita yg berjaya dalam dunia bisnes burger ni. hee...