Thursday, 1 November 2012

Burger Dinasour

Assalamualaikum. Hi. =)


Sewaktu mula-mula aku tau kewujudan makanan ini, sungguh aku betul-betul teruja. Even x adalah segempak nama seperti Burger Prince and McDuck yg memang sudah diketahui umum, tapi pencapaian burger ni memang meletop habis. Percubaan yg terbaik tau??


Buat sesapa yg duduk kat Shah Alam mesti tau kefemesan n kelazatan burger ni. hoho. Aku mula kenal sebab ada kakak housemate kat rumah sewa time Part 2 yg memperkenalkan burger ni. Nak nak pulak gerai ni kat depan rumah. So, aku hanya perlu menggunakan kelunakan suara aku yg macam Shila Amzah untuk meng'order' burger ni. (hoh! menyampah aku!) hakhak. Kang kalau aku buat macam ni memang nyaris kena baling selipar dengan jiran ;p

Aku bukanlah nak cerita keasyikan aku makan Burger Yazid ni walaupun sebenarnya ada niat jugak nak buat korang terrrrliiurr dengar aku makan burger ni.haha Sebelum tu, meh aku tunjuk something yg buat anda-anda semua terbeliak.


Waahhhh!! *_* Terkejut x? terkejut x? hehe. Kalau korang nak tau, berat burger besar ni ialah 1kg. Oleh sebab saiznya yg besar, aku gelarkan burger ni Burger Dinasour. hehe. Apa yg menariknya pasal burger ni ialah ramuannya. 100% homemade by Yazid Burger start dari atas roti sampailah bawah roti. Korang boleh pilih setiap jenis roti, patty, sos, sayur mengikut citarasa korang. Best kan? Nak tau lebih lanjut, boleh klik kat >SINI<


Korang tak akan kecewa bila makan burger ni. Harga untuk burger 1kg is RM40, 500gram RM20 dan 250gram RM10. But memang worth it la. Kenyang! 


Baru-baru ni, aku dapat peluang untuk merasa burger ni setelah sekian lama merancang. Ini pon sebab sambut birthday member kawan. So, buat kelainan dengan surprise burger! heheh.. X kan la nak asyik makan kek je kan. Sekali masuk mulut....emmm...sedapnya tak terkata! Dengan daging yg memang tebal, korang akan rasa puas hati sesangat. Ditambah pulak dengan sosnya yg menyengat-nyengat sampai ke dalam lidah, rotinya yg lembut n gebu, memang cukup-cukup sempurna. ;D 

So, apalagi?? Cepat-cepat lah terjah Yazid Burger ni kat Seksyen 7, Shah Alam. Yeah! Berbanggalah dengan orang kita yg berjaya dalam dunia bisnes burger ni. hee...



1 comment:

  1. saya pon dah pegi sini.mmg terbaek la. kenyang.

    ni versi saya pulak

    http://ridzwanzones.blogspot.com/2012/10/satu-malam-di-yazid-burger.html

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)