Tuesday, 31 December 2013

Ayuh Ceriakan Diri :D


Assalamualaikum


Hampir ke penghujung tahun. Means buku baru perlu dibuka. Hidup baru pun perlu juga berupdate :D So, jom ceriakan diri anda bersama saya. Hehe. Macam buat iklan daa -__-


Saat dah dapat gaji adalah saat yg dinanti-nantikan setiap orang. Termasuk aku. eheh. Biasanya orang suka menghabiskan duit dengan membeli baju, tudung, kasut, beg or whatsoever untuk penampilan diri. Tapi peratusan aku terhadap benda tu semua tak lah terlalu tinggi sampai habis beratus. Beli bila hanya perlu je dan bila aku betul-betul nak. Kepuasan aku dapat dicapai bila :

Mencari sumber-sumber yg boleh dibuat makanan. Yeah. That's me. Bila masuk bab makanan, aku tak berapa berkira sangat. haha. Aku suka masuk supermarket. Walaupun  memang x ada benda yg nak dibeli, aku tetap akan masuk jugak. hoho. Niat asal cuma nak survey-survey tengok harga barang, tau-tau bila keluar dari supermarket, jinjit jugak beg plastik kat tangan. haha.

Puas hati walaupun keluar duit sedikit. Dan hasilnya akan jadi begini :


Sebahagian projek yg telah dijayakan. wee. Ini terapi diri tahu. Agak-agak sedih ke, ada masalah ke, tension ke, bosan sangat ke, pergi jenguk dapur then buatlah apa-apa makanan bila bahan-bahan mencukupi. Fikiran kau akan lapang dan kepuasan tu betul-betul maksimum bila berjaya dapat hasilkan sesuatu. Boleh lupa semua masalah. hikhik.


Sampai bila nak melayan perasaan sorang-sorang kan? Apa kata cuba sosialkan diri. Janganlah buat benda tak senonoh pulak. haha. Nak mensosialkan diri biarlah yg membawa kepada perubahan yg positif. 

Some of the events that had been organized at my workplace.



Kadang-kadang otak juga perlukan ketenangan. Mungkin ada sesetengah orang suka relax dengan cara shopping, ataupun makan, bergantung pada taste masing-masing la kan. Sejak beberapa minggu ni, tiap kali cuti aku mesti keluar dengan kawan-kawan ataupun dengan adik-adik aku. Tak kisah la ke mana, sekejap ataupun lama, janji keluar. Dan aku dapat rasa bebanan aku dah semakin berkurangan :D 




Jika kita mampu menghilangkan masalah seperti melepaskan buih di lautan, pasti kita tidak pernah kenal erti hidup dan tidak pernah tahu menyelesaikan masalah. Sia-sia saja akal yg dikurniakan kepada kita kerana kurang digunakan. 


xoxo

Monday, 25 November 2013

Graduation Day - 17 November 2013


Assalamualaikum


Alhamdulillah. Genap semingu sudah Istiadat Konvokesyen berlalu. Pukul 11pm baru nak update, padahal semalam janji bagai kate nak update cepat-cepat. hoho. Kini aku dah bergelar sebagai seorang graduan dalam Ijazah Sarjan Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Kewangan). Hip hip horreyy! :D

Pagi 17 November 2013, dalam pukul 6.30 pagi dah bertolak dari rumah. Nak elak jammed n nak berebut parking. kuikui. Then, selamat sampai setengah jam kemudian. Haha. Awal seh. Semangat kemain kau. Nasib baik jalan lengang lagi time keluar.

Berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, kemeriahan konvo dapat dirasai bila pagi-pagi aku nampak orang-orang yg menjual bunga dah bukak kedai. Macam ni eh rupa konvo? Kahkah. Macam jakun betul aku ni. Dari pukul 9 pagi sampai pukul 12 lebih, cuma tengok orang naik pentas je time kat dalam dewan. Mengantuk tu tak usah cakap la. huwaa.


Eksyen je lebih pegang fail tu. Padahal dalam tu x ada pape pon. wkwkw :P

Tak semua ikut. Harap maklum. Mak n abah, thanx for everything <3 :')

Haa...tak lengkap rasanya kalau x ada gambar dengan kawan-kawan. Big day tu! 

Terselit kumbang kat tengah-tengah. Adakah anda semua perasan? :P

It's just the beginning. It's not the end.


Bergambar sebelum pulangkan jubah

Sebelum tu, ini dia gambar-gambar acah-acah Pre Graduation kononnya. :P
Lokasi : Setia City Mall
Date : 14 November 2013

Cilukkk......


Baaa! Ha, terkejut x? Tekejut x? hahaha

Candid. X sempat nak siap pon.


Kalau ada sumur di ladang, 
Bolehkah saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yg panjang,
Bila-bila masa kita berjumpa lagi ye kawan-kawan :')


Sekian 


Saturday, 23 November 2013

Teaser - 17 November 2013


Assalamualaikum


Entry pertama aku untuk bulan November. Perghh..lama x update sehh..

Teaser....teaser....




Besok aku update. Ini betul-betul.. Bukan cobaan. :p I promise ok lepas pukul 12 akan ada cerita terbaru pasal entry ni. 




Thursday, 31 October 2013

Animated pictures



Salam. Inilah hasilnya bila ku kebosanan. Dan last-last aku gelak sensorang sampai nak terkeluar isi perut. haha. Aduhai, rindu betul bila diingatkan balik. 

Fairytale vs Patrick


Kuch Kuch hota hei



Melompat lebih tinggi


Sekian. 





Saturday, 26 October 2013

La la la Kerjalah


Assalamualaikum


Genap 2 bulan 5 hari aku sudah bekerja. Pekerjaan yg aku terima sebagai kerja sementara sebelum mendapat pekerjaan yg lagi baik. Tapi x bermaksud aku langsung tak tengok vacancy yg ada dekat website. Ada yg berkenan, aku apply. Dan baru-baru ni, aku dah buat pengesahan jawatan di tempat aku bekerja sekarang. Mungkin bila aku dah dapat transkrip penuh, baru aku bergiat nak cari balik kerja yg kena dengan bidang aku.


Dalam masa yg sama aku ada dapat offer dari company lain untuk bekerja, tapi terpaksa tolak sebab banyak faktor yg aku perlu consider. Transport, jarak dari rumah, dan masa antara benda yg aku titik beratkan. huhu. Sekarang ni, aku dah mula selesa sebanyak 80/100 di tempat kerja. Takkan berganjak peratus tu walaupun semua staff kat situ peramah and senang nak masuk. hihi. Dan aku dah punya ramai kenalan dari macam-macam bangsa and negara. haha. Kesan bila kilang hire foreign workers. 


Kerja aku sebagai document controller hanya sibuk bila musim audit sahaja dan aku kena make sure semua dokumen di setiap department menepati piawaian ISO iaitu mesti ada dokumen no, revision, cop, assign document number and menepati format. Macam gila kuasa bila dengar, tapi tu lah yg jadi. haha. Tapi agak tak tahan jugak kerja ni sebab bagi aku macam remeh. hekhek. Bagi aku lah... even sebenarnya memang perlu benda tu.



Bila tak ada audit, kerja yg hari-hari aku buat ialah key-in data and buat report untuk production. Tempat aku bukan di admin office, tapi di production office, iaitu bahagian Quality Assurance and Quality Control (QAQC). Nampak kannn ni bukan bidang aku...huwaa.. T_T Redha je lah. Banyak benda baru aku belajar sebenarnya. Pengalaman pon dapat. Skill aku dalam Microsoft Excel pon serba sedikit ada improvement. hoho. Dulu time study, aku cuma tahu bukak, isi data, lepas tu print. haha... Korang pon mesti macam aku jugak kannn.. Baik mengaku! haha


Bosan-bosan je, pandang je depan. Macam-macam ragam orang tengah buat kerja boleh tengok. Macam drama ada. Ada jugak tak senonohnya bila ada operator yg sibuk betulkan seluar bila nak terjatuh. Ceh. buat sakit mata aku jek -___-"



Balik kerja, amik gambar dengan budak kecik ni. Amboi, dah pandai posing depan camera ye diee... Mengalahkan kakaknya. Saiz kepala pon nak sama besar dengan aku dah. haha. Nanti time konvo, amik gambar lagi ye dik... hee






Saturday, 19 October 2013

Chocolate Cheesecake



Assalamualaikum


Sebenarnya dah lama buat kek ni. Kira-kira sebulan lebih yang lepas. Demi nak menghabiskan lebihan bahan-bahan biskut raya, terhasillah sebiji kek untuk santapan supper. hekhek. Bila buat di malam hari, malam tu jugaklah nak rasa. :D



Tak susah nak buat kek ni. Resipi  macam kek coklat biasa, cuma tambah cheese sahaja untuk kelainan.

Resipi :

Lapisan coklat
125g mentega
2 biji telur
150g gula kastor
115g tepung gandum
40g serbuk koko
1 sk esen vanilla.


Lapisan cheese:
250g krim keju
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
50g gula kastor



1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sekali lagi. Kemudian, masukkan tepung dan serbuk koko. Pukul sehingga sebati. Ketepikan.
2. Untuk lapisan cheese, pukul krim keju dan gula sehingga kembang. Masukkan telur, esen vanilla dan tepung gandum. Pukul sehingga sebati dan kembang. 
3. Masukkan adunan lapisan coklat dan lapisan cheese ke dalam loyang secara selang seli. Kemudian bakar sehingga masak dengan menggunakan suhu 170c selama 45 minit atau 1 jam bergantung pada oven masing-masing. 


Siap! Kalau suka letak topping kat atas kek tu, boleh cairkan coklat masak ataupun topping buatan sendiri. Aku lagi suka buat sendiri. Hanya gunakan susu cair, susu pekat dan serbuk koko sahaja. Kemudian, panaskan atas api dan kacau sehingga pekat. Akhir sekali, boleh hiaskan kek anda dengan citarasa masing-masing. 




Happy Trying! ^^







Wednesday, 9 October 2013

Tips Menghadapi Interview



Salam. Interview ataupun temuduga mungkin satu benda yg paling kita cuak time nak apply kerja. Termasuk aku. Lagi-lagi kalau company tu besar. Dan sejujurnya, sebelum aku pergi interview, aku search dulu tips-tips yang boleh digunakan semasa interview tu nanti. Boleh elak sikit perasaan nervous.




Sebelum aku cerita panjang, ini antara tips yg boleh diguna pakai :


Refresh balik subject yg pernah kita belajar 
Benda ni paling penting! Sangat-sangat penting. Biasanya kita apply kerja mesti related dengan kita punya bidang right? Kadang-kadang tak semua benda kita ingat yg kita belajar dalam masa 3 or 4 tahun. So, it is advisable  to open back your book during your study. Ada sesetengah interviewer yg suka bertanya kepada calon tentang subject yg kita belajar in order to know our knowledge.


Pastikan semua dokumen penting ada dalam fail
Sijil-sijil, resume, transkrip, gambar and salinan IC antara benda yg mesti ada dan WAJIB ada semasa interview. Pastikan jangan lupa juga bawa alat tulis especially PEN untuk mengisi form nanti.


Fasih berbahasa Inggeris.
Ini antara benda yg sangat penting juga. Most private companies normally will speak in English. Written and spoken benda yg berbeza. Nak improve kita punya English, banyakkan membaca dan juga berlatih bercakap dalam English. And mesti CONFIDENT dengan apa yg kita cakap walaupun kita rasa English kita agak tunggang langgang sikit. As long as they can understand what we wanna say, it's good enough. Eherr.



Ini tips yg aku boleh kongsi berdasarkan pengalaman aku. Dan petang tadi baru je pergi interview untuk 1 jawatan ni. Seriau jugak dibuatnya bila gaji yg ditawarkan sangat jauh bezanya dengan gaji yg aku kerja sekarang. Tips yg first sekali tu, memang betul. 

Sekali interviewer tu tanya aku hampir semua subject, lupa x lupa, banyak goreng jugak lah aku jawab. Dan aku hanya buat muka comel jek masa jawab soalan, walaupun aku tahu sebenarnya banyak salah. huwaa. Dia tanya benda yg sangat-sangat specific. Benda yg kau kena buat exercise hari-hari, yg baru kau nampak. Tak ke haru. Bila ada benda yg boleh aku jawab, lagi semangat dia tanya. Kemain excited. Dekat sejam berkurung. huhu

Rasa rendah diri dalam diri aku tetap ada sebab tengok calon lain macam lagi hebat. Dan rasa tak puas hati pon ada sebab aku tak perform dengan baik :(


Dan tips yg terakhir


Banyakkan doa dan Tawakal
Kita da berusaha, tapi yg boleh menggerakkan hati orang tu hanya Tuhan saja. Banyakkan berdoa. Minta pertolongan supaya apa yg kita hajat tu tercapai. Tawakal. Andai kata tak dapat, jangan putus asa. Rezeki pasti ada di mana-mana :D


Thursday, 3 October 2013

Save the Date



Salam. Pertama sekali, jangan salah tafsir bila tengok tajuk entry aku. Gaya serupa macam nak umum tarikh tunang or tarikh nikah je. hewhew. Bukan bukan bukan. Dan secara rasminya keluar jugak tarikh yg dinanti-nantikan. Tadaaa!



Yess! My convocation ceremony this upcoming November. 


Yg agak sedihnya bila dapat tarikh dua hari sebelum tamat konvo. Konvo start 9 November until 19 November. Agak-agak meriah lagi tak ea? Kepada yg jual bunga tu, make sure bunga masih lagi lawa taw. hihi. Merepek je aku ni :D Dan termakbul juga nak sidang pagi. Tak adalah kelam kabut sangat bila dah habis nanti. Boleh ambik gambar banyak-banyak. Nak melompat ke, nak terbaring ke, nak tergolek-golek macam dalam cerita Hindustan pon sempat nanti. hekhek.


Oh ye. Kod program untuk kos aku ialah BM222 that stand for Business Administration (Finance). Lepas ni, tinggal ambil jubah konvo and settle yuran konvo. 


17th November 2013.


Wait for me :)



Friday, 20 September 2013

Rindu



Salam. Aku rindu zaman aku yg dulu, rajin nak update blog, rajin blogwalking, dan jugak rajin nak cantik-cantikkan blog. Dulu lain, sekarang lain. Erm, padahal tak ada apa yg berubah pon. Cuma sebenarnya aku ketandusan idea nak update blog. Kadang-kadang pernah aje idea berlumba-lumba masuk dalam otak nak buat entry dekat sini, tapi mood pulak yg menghalang aku untuk menaip. Sangat sadis ok. Elok ikutkan saja perangai aku yg satu ni. Kalau diturutkan jugak, sah-sah berterabur ayat aku. 




Pasal kerja, itu lain entry eh. hihi. Betul kata orang, nak cari sesuap nasi sebenarnya memang payah. Mana nak cari duit utk bayar hutang, bayar loan, shopping, penuhi keperluan and so on. Makan gaji adalah jalan yg selamat, tapi lagi tepat kalau bekerja sendiri. Terpulang pada kita lah nak pilih low risk or high risk. Low risk low return, but high risk high return. Bear it in your mind :) Walaupun Finance adalah bidang aku, rasanya tak salah kalau aku berusaha untuk cebur bidang lain pada masa yg sama. Janji minat itu ada. Semoga tercapai impian aku yg satu ini. #Rahsia. heee



And now I realized how I missed everything. My friend, my study life, my childhood. Ohh.. jika ada kucing biru dalam dunia ni, da lama aku mintak kucing tu pintu masa. Hah, impossible. How can masa boleh berundur kembali kan?


Throwback. Matrik life. Miss them so badly :(


Bye2.



Thursday, 12 September 2013

Review : The Wedding Breaker




Salam. Jyeaahh! Baru habis baca novel The Wedding Breaker yg tersangatlah awesome. Terima kasih Tengku Adam Kamil kerana berjaya menawan hati saya. Dalam banyak-banyak hero yg saya angankan, awaklah yg paling tip top. Tertawan bila Adam Kamil dah mula sedar apa itu erti kehidupan dan tahu kepentingan beragama sebagai seorang Islam. Antara senarai 'imam' yg terbaik untuk cewek-cewek di luar. hehe. Haduyai, ni lah masalah aku bila da fall in love dengan hero novel. Gila bayang oh. hahaha. 




Actually da lama perasan kewujudan novel ni. Masa pergi pesta buku, entah kenapa tak teringin nak beli walaupun da nampak depan mata. Lepas nampak and dengar sendiri orang kata yg novel ni best and banyak pengisian yg boleh kita dapat, barulah tecari-cari novel ni. hewhew. Sumpah best giler weh! Cepat-cepatlah grab novel ni. hiks! Rating 9.8/10. 


Dan betul, 

Jangan pernah mengungkit kisah hitam lalu andai seseorang itu sudah bertaubat dan berhenti dari kesilapan yg lepas. Manusia sering melakukan kesilapan. Dan kita bukan Tuhan untuk menilai manusia itu baik ataupun jahat kerana semua itu diadili oleh Yg Maha Kuasa. 


"Seandainya 50 ribu tahun sebelum terciptanya langit dan bumi, Allah telah mencatat nama awak di sisi saya, will you accept that? Awak takkan tahu siapa jodoh awak selagi lafaz akad nikah diangkat, Ariana. Jangan terlampau yakin seperti ilmu tentang takdir dan masa depan awak tersimpan dalam pengetahuan awak. Semua tu hak eksklusif Allah SWT. Malaikat yg menuliskan takdir kita di lohmahfuz pon tidak mengetahuinya, inikan kita pula Ariana...." ~ Tengku Adam Kamil

"Adam, just leave me alone. Soal takdir itu Allah SWT punya kuasa. Awak ajak saya kahwin, awak dah bersedia ke untuk menjadi imam saya dan anak-anak awak? Perkahwinan bukan hanya penyelesaian kepada nafsu yg membuak, Adam. Tapi lebih dari itu. Awak sudah bersedia untuk memikul dosa saya jika saya tersilap? Dosa anak-anak awak jika mereka tidak patuh pada arahan Allah SWT?" ~ Ariana Rose

Wednesday, 11 September 2013

Wordless Wednesday # Cute #




Amboi2..da besar panjang pon nak menyusu lagi?
Kesian mummy...sampai tenggelam badan.. ehee...




Monday, 2 September 2013

Raya + Wedding = Reunion


Assalamualaikum


Lagi kurang seminggu okehh raya nak habis. Dulu orang sambut raya seminggu je. Sekarang ni, selagi dalam bulan Syawal, selagi tu lah sambut raya. Over tau. hihi. 


Raya with my girls


Ini cerita seminggu yg lepas. Plan last minit woii...Tak sangka menjadi jugak akhirnya nak raya sama-sama :D Olaa..ni part yg touching sekali bila diorang sanggup ambil aku kat rumah semata-mata nak aku join lepas dapat tahu aku x ada transport nak baraan. *kesat air mata* Bukannya dekat weh. Dari Putrajaya turun Shah Alam lepas tu turun Telok Panglima Garang and gerak terus ke Damansara. Gigih noo nak amik aku kat sini. Serba salah aku dibuatnya. wuwuw. Btw, ni yg buat aku syg kat korang lebih ni! hihi


Baru aku perasan time ni Shazika hilang ke mana entah. haha. Bila ingat-ingat balik, die da balik rumah dulu daa..hee
Dan thanx a lot Syak sebab sudi membuat kami kegemukan! 2-3 round jugak la kitorang buat amal perut kat situ. haha :P


Time ni soto pulak yg terhidang kat rumah Shazika. Makin maju perut kami ke depan ye. kahkah. 

Settle kat Damansara. Then after buat mesyuarat kecil, kami decide untuk ke Port Klang. Turn rumah Fara pulak. Dalam pukul 6 petang kitorang gerak tahu. Tu yg aku da habaq awal-awal tadi,  ini plan last minit ni. Sebenarnya kitorang keluar rumah time tengahari taw. huhu. Sampai rumah Syak je dah pukul 3 lebih. 



Dinner di rumah Farrah Diba. Menarik betul mihun yg mak Fara buat. Nak menangis tengok. ngee. Kalau korang nak tahu, die ni artis taw. Tapi tang nama je la yg artis. haha. 


Jumpa-jumpa je gelak sesama sendiri sebab baju lebih kurang sama. Tapi kan gua syak hangpa berdua ni memang da plan sama nak jadi bodyguard aku kot. harhar :P


Memandangkan waktu pon mencumburui kitorang semua, rumah aku menjadi kunjungan yg terakhir. Kira hantar aku sekali gituu. Tapi sorry la ye korang, aku takde buat makan-makan untuk korang semua. sob..sob.. T_T 


Tadaaa! Haziq in the house :D Alolo...


Lepas ni kalau ada masa, InsyaAllah turun Putrajaya pulak eh. :)


Wedding

Habis je puasa, berduyun-duyun kad jemputan datang untuk walimah. Dan ini cerita hot yg paling hot aku nak cerita. :D Siapa sangka, ingatkan cinta monyet je diorang berdua ni masa sekolah. Yela, gua punya rakan sekelas ni giler-giler orangnya. Kalau bercerita riuh sekampung. Maklumlah, wakil pidato and debat sekolah bagai. hehe. Bila cikgu takde kat kelas je, terus cari kumbang dia kat kelas sebelah. Biasalah, borak-borak, nak sembang-sembang. Dan aku ingat lagi, bila dia kata kata dia dah plan nak buat wedding kat dewan sekolah, time tu aku rasa wahhh...dah plan nak kahwin daa. ngee...


Tengok, tercapai impian diorang untuk bersama. Betul-betul tak sangka, kahwin muda diorang berdua ni. Ohh...sweeeet  taw. Kalau dah sampai jodoh tak ke mana kann.. Bila kira-kira balik, tahun ni dah tahun ketujuh diorang bersama :D


Tanggal 31 Ogos, Muhammad Fuad & Ina Nadzirah dah berjaya menukar status dengan kejayaan Fuad melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz! Wahwah, Tahniah Fuad! :D Mesti dah berlatih banyak kali ni. kikiki. 


Takpelah, buat majlis kat rumah pon da afdal. Dewan sekolah tu hanya sebahagian rancangan mereka je. hehe. Dan malam tu, penuh rumah Ina dengan tetamu. Yg bestnya, dah macam reunion bila jumpa dengan semua kawan-kawan sekolah. 

Pic ni amik kat fb kawan aku. hee

Betul-betul kecoh malam tuh. Masing-masing dah lain dah. :)

Nasi minyak pengantin sedap sangat...dann..jadinya...terserlah kebuncitan. hoho



Meriaahh sangat malam tu! :D Seronok bila jumpa kawan-kawan lama. Seronok bila tengok Ina & Fuad akhirnya bersatu. Seronok sangat sampaikan ada yg tak sempat nak bertegur sapa juga dengan yg lain. Ey? Tau-tau je dah balik dulu. Maklumlah, ramai sangat. Tak sedar. hoho.


Semoga berbahagia Ina & Fuad. :)

Till then, 

Tuesday, 27 August 2013

Bila tengok orang Korea.....



Assalamualaikum


Last week, ada jamuan raya kekononnya. Wah wah, baru berapa hari aku kerja terus dengan muka tak tahu malunya aku join makan-makan. Cup cup! Bukan aku yg nak join, maklumlah jamuan tu berbayar, tapi bila orang dah ajak, terima je lah. Boleh berkenalan dengan staff lain jugak. Tapi, tak salah kan tolak rezeki! Amboi, tang makan je, terus laju aku! haha. 


Manager-manager kat sini semua orang Korea. Dapat la jugak pengalaman macam mana rasanya kerja bawah pimpinan orang Korea. Bila aku kerja kat situ baru aku perasan ramai jugak orang Korea ye kat sini. Kenapa aku tak pernah perasan ha bila aku keluar jalan-jalan? Tapii.... kalau korang nak membayangkan muka-muka manager tu hensem or cantik cenggini .....


Err...baik lupakan la ye niat murni korang nak suruh aku kenen-kenenkan. hoho


Diorang ni biasa-biasa je kalau tengok. Muka pon da ala-ala kulit orang Malaysia. hihi. Oke la, masa jamuan hari tuh, aku tak sangka pulak makanan Malaysia pon diorang boleh masuk. Lagi-lagi sate. Memang menjadi buruan uoollls! Diorang kata sate sedap. Mihun pon sedap. Menu lain macam rendang, nasi impit pon sedap tapi sate is much more better la katenya...Gituu.. Aku first time tengok diorang makan, rasa teruja gak lah. Agak jakun sikit kat situ. haha. 

Ha! And one more thing! Time lunch, sayur jeruk tu dah memang menjadi menu utama mereka. Err..kembang tekak aku bila tengok rupanya. huhu. 


Lebih kurang macam ni la rupa sayur jeruk tu. Ingin mencuba? Jangan lupa review kalau dah rasa! kihkih


Tuesday, 20 August 2013

Hari ni Interview, Esok Kerja


Assalamualaikum




Before ni, aku ada cerita satu benda kat entry INI. Baca kat situ kalau nak tahu lagi lanjut ^^v Masuk esok, genap la 2 bulan aku dah tamat praktikal, dan dengan genap 2 bulan jugak la esok aku da start kerja kat tempat baru. Kerja? Yess! Tak sangka ada terkena jugak resume yg aku hantar bulan lepas. Alhamdulillah!


Ada sebahagian kilang da bagi feedback, told me that there is no vacancy for me. Takpe. I just try my luck. But, ada sebahagian lagi yg belum bagi feedback. Tup-tup dapat call dari sebuah kilang elektronik mintak aku datang untuk interview pagi tadi. Ini Korea punya kilang tahu. Slacknya, aku tak minat Korea la pulak. haha. Tapii kann...sebenarnya kannn... aku tak berapa suka sangat nak kerja kat situ. Kalau korang nak tahu, kilang tu last ranking yg aku letak dalam banyak kilang-kilang kat sini. Tak sangka la pulak dapat kan -___-" (Tu lah, jgn benci sangat, kan dah terkena. ihiks!) Adalah sebabnya kenapa aku tak suka kat kilang tu. hoho


Tapii..aku rasa position ni untuk sementara je boleh la. Ngee..Sementara x ada buat apa-apa kat rumah, boleh la cari duit poket sendiri. Nak bayar yuran konvo nanti bukannya guna daun. huhu. Kalau ada tempat lain kol untuk interview, of coz la aku nak datang. Nasib la kalau banyak cuti nanti. kuikui. 


Oh ye! Position yg akan aku pegang ni tak biasa aku dengar. Kalau credit controller, biasa la jugak dengar kan. Kalau jawatan sebagai document controller, korang pernah dengar x? Aish, masa mula-mula aku dengar, aku tanya jugak la, related x dengan aku punya qualification? Macam jauh je. Tapi dia kata sebelum-sebelum ni pon ada budak-budak degree yg buat kerja ni. So, aku terima je la offer tu dan diletakkan bawah Customer Service Department. Agak lari jugak la dari bidang.

Yg tak bestnya bila,
- Esok start kerja. Memandangkan hari pertama, aku dibenarkan balik pukul 5pm. Next days aku kena OT sampai pukul 8pm or 10pm  T________T. Sebab tengah musim audit.
- Rehat waktu tengah hari cuma 1/2 jam je???? Dari pukul 12.30pm-1pm. Grr!! 

Yg bestnya bila,
- Kilang tu 5 minit dari rumah aje. Pergi kerja naik motor tak payah pakai helmet pon bolehhhh..hihi
- Waktu rehat, makanan dapat free taw.


Oke. Wish me Luck! Huu


Sunday, 18 August 2013

Sebelum dan Selepas


Assalamualaikum


Jari menari-nari di keyboard. Semangat untuk mengupdate blog meluap-luap dalam hati aku, tapi otak masih berlegar-legar cerita apa yg aku nak share di sini. By the way, salam Syawal yg ke 12 :) Sekarang ni mesti banyak open house yg nak kena pergi. Dan tahap ni, misi untuk diet terpaksa dilupakan bila banyak makanan best-best yg dihidangkan. Kan? Tapi kalau aku, aku balun je semua. wahaha. aish2. Hilang terus ciri-ciri perempuan jawa terakhir. -___- hohoho :p

Dan Kalau Gigi Cantik boleh dapat Instax mini. Yuhuu!

Esok sekolah. Yess! I know mesti bebudak sekolah sekarang ni mengeluh bila esok da start sekolah balik lepas cuti raya. Aku dulu pon pernah alami jugak zaman-malas-nak-datang-sekolah. haha. Tapi, bila da habis belajar ni, zaman-zaman tu lah yg akan kita rindu wehh.. Zaman nak pergi kelas, zaman berebut-rebut naik bas, zaman kau stress macam zombi bila tengah siapkan assignment, zaman kena ikat perut bila hujung sem da makin sesak, zaman enjoy, n macam-macam lah. Patutnya, zaman belajar ni zaman yg patut kita enjoy. Siyes!

Candid.
Dulu kecik. Sekarang bila jumpa makin besar, makin matang. hihi



Bila dah berjaya isi form kat atas ni, bermakna kenangan aku semasa belajar akan diabadikan tidak lama lagi. InsyaAllah dalam bulan 11 atau bulan 12 ni, pengorbanan dan perjuangan aku dibayar dengan sebuah kegembiraan. :)


*Dan x sangka, jadi jugak entry ni. hihi
BTW, tajuk entry tu macam lari sikit..lalalala