Monday, 28 January 2013

Friendship & Love

Assalamualaikum


Persahabatan...
Tidak boleh dibeli dengan wang....

Cinta....
Juga tidak boleh dibeli dengan wang....

Kasih sayang....
Juga tidak boleh dibeli dengan wang.........


Masa tengah sibuk hadap final exam hari tu, sempat lagi aku layan movie Harry Potter. haih.


Tiada kuasa lain yg mampu mematahkan itu semua. Seperti Voldemort yg berusaha menghapuskan Harry Potter dengan kuasa magis yg paling hebat walau dengan cara apa sekali pon. Kelemahan Voldemort itulah yg menghalang niat dia untuk menghapuskan si budak kaca mata itu.


Dan, aku belajar sesuatu dari cerita tersebut.


Friendship. Love.

From now onwards, I'm gonna miss all of u every minute, every second. Thank for being a good friend, a good listener, a good motivator for me, and also for us. Thank for giving the best moments all this while, laughing together, crying together, :'D and also making such crazy things together for 5 semester. You are the  one of the best things I ever had in my whole life. I love everyone of u and will always. Friends till Jannah! 
In Shaa Allah :')


Monday, 7 January 2013

Mana tempat mau holiday??


Assalamualaikum


Baru lepas azab jawab paper petang tadi. Baru 1 paper ye....Tapi soalan macam @!@#$%^&*!!! Balik-balik aku tengok soalan, soalan tengok aku balik. Sampai kenyit-kenyit mata lagi XD Tawakal je la...Da habis usaha da tu.. Ada lagi 4 paper menyusul selepas ini... hehe. Doakan ea! ;)

Oh ye! Berkenaan tajuk entry aku (ceh, berkenaan aku letak ;p) tu, sebenarnya gue masih lagi mencari tempat nak cuti maa lepas exam ni... Any suggestions tak?? Hiking sudah... pantai sudah... plan mau pergi pulau area pantai Timur, tapi dengar-dengar bulan 1 tak digalakkan pergi sana sebab monsoon... Hancur luluh harapan daku untuk berjoget sekali ngan ikan-ikan kat sana...tsskkk T_T Dan lagi kecundang hati aku sebab bajet tak cukup...uwargh... T____________T

Makanya sekarang ni, masih lagi berusaha nak cari tempat yg best n akan ingat sampai bila-bila. Contohnya cenggini: 
Sem 3 : Bukit Broga n Sungai Tekala



Sem 4 : Port Dickson















Sem 5???

Tak dapat dikenal pasti lagi... ;(


Ok. Sem ni kami bajet RM 200 seorang. Oleh sebab pulau tak dapat nak pergi, kami plan nak pergi rafting or caving kat Gua Tempurung. 1 pakej tu. Pergh!!! Best kott.. Terjumpa masa tengah google-google. hihi. Terus klik kat image tu. Terus bercahaya muka bila dapat tau kat Gua Tempurung ada pakej caving n rafting.
Bila scroll je ke bawah, terus malap muka bila harga yg dipaparkan is overbudget. Tu belum campur minyak, tol, makan bagai. Yang termampu hanya tengok video rafting kat You Tube je sambil gigit jari. wuwuwu

Plan yg lain pulak, kalau tak leh sangat, jalan-jalan kat Melaka. Tapi masalahnya kat Melaka tak banyak aktiviti. Kat sane cuma jalan-jalan je yg boleh kan. So, ingat decide nak pergi PD after pergi Melaka nak main ATV or buggy or whatever la. Tak best pulak x ade aktiviti langsung kan.

Tiada keputusan muktamad lagi. wuwu. Still mencari.

Kepada yg baca ni, sila-sila lah tolong bg cadangan. hehe ^^v




Sunday, 6 January 2013

Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum


Dekat nak exam ada hati lagi nak update..pheww -___- haha. Rehatkan otak kejap. Padahal aku rasa banyak sangat rehat aku nih ;p 

Ni tak ada kena mengena dengan final exam ye. hihi. Siapa yag follow cerita ni, komen entry ni cepat...!!!! ;p


Oleh sebab tv kat rumah sewa ni da lama rosak, aku tengok online je la. hihi. Tengok dekat http://www.malaymoviesfull.net/ je. Kat situ macam-macam cerita melayu ada. Biasanya episod baru upload dalam masa 1hari-3 hari macam tu la. Cepat kan? Cer korang terjah sikit. Aku nak tengok kat tonton.com, malas pulak nak register2 bagai. Haa...and for ur info, drama ni based on novel.


See?? Semua cerita sekarang ni nak ikut novel kan? Kalau lepas ni ada pengarah drama nak buat cerita based on novel, cari la aku ye....Aku ada banyak list novel yg best nak tunjuk. ;p Confirm takkan menyesal. hihi

Even hero untuk pelakon cerita ni aku tak berapa nak kenal, tapi kira ok la dia berlakon. Amar Ashraf pegang watak Zain. Sweetnya dia berlakon! heh. Dan aku paling tak suka Hadi. Ish, tak suka, tak suka! Batu api betul la!

Tak sabar nak tengok episod seterusnya!! <3