Sunday, 24 February 2013

Random







Hmm? Stay calm and keep smile bebeh :)
Just put your trust in HIM and raise your hands and pray.

Stay cool. hihi

Jerawat oh Jerawat

Assalamualaikum


Hi! Aku ada info yg berguna nak share dengan korang semua. hehe. Bagi girls yg kat luar sana tuh, aku tau benda ni mesti korang rasa penting gilos nak tahu. huehue. Termasuklah aku.

Ini adalah lokasi-lokasi jerawat yg biasanya tumbuh di wajah.


Dan ini adalah faktor-faktor mengapa jerawat muncul di lokasi tersebut :


1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu. 

4,5&7
: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.


Bahagian 9 & 10 tu adalah tempat yg jerawat suka berkawad kat muka aku =.=" Tapi...aku ni banyak makan manis ke sampai kena kurangkan gula. haih. Tapi part banyak bersenam tu memang patut pon. Aku ni kurang bersenam kott..hoho.

Lighting lebih la...kuikui. Boleh nampak kan kawah-kawah yg ada kat muka tu. Ada tips x macam mana nak hilangkan?? hikhik ;p 


Have a nice reading! :D


Saturday, 23 February 2013

Keciknya Dunia


Assalamualaikum....Hi guys!

Walau sejauh mana kita lari n pergi, korang perasan tak kadang-kadang kita mesti akan jumpa connection yg bukan secara langsung. haha. Ayat tu tak boleh nak betul lagi ke. Haish. Contoh : Ghupe-ghupenya kawan aku ni kawan cousin aku la! haha. What a small world. Padahal korang tengah study jauh dari rumah korang.


Yeehaa! Tak sangka keciknya dunia ni kan? Dengan muka teruja habis gara-gara excited punya pasal. hihi. Ayat ni la yg orang dok perkata bila jadi cenggini. wahaha.

Kalau da teruja habis sampai macam ni, orang pon lari agaknya. bhahaha. ;p

Mesti korang semua pernah alami benda ni kan?

Dan aku pon tak terlepas jugak alami perkara sedemikian. eceh... hihi
Aku mula perasan bila aku da start keluar sekolah, bermula dari kerja sambilan, amik lesen kereta n motor, then further study sampailah sekarang. Sejak dari tu la aku asyik terpikir. Ke mana je aku pergi, mesti jumpa orang yg ada kaitan dalam hidup aku.


Sampai sekarang ye. Even kat tempat aku praktikal pon aku berdepan dengan situasi ni. First day intern, secara kebetulan, kawan aku ni rupa-rupanya classmate kepada kawan matrik aku. Aku ingat habis sampai kat situ je.

Sambung lagi ke episod baru. haha. Cerita seterusnya, ada staff 1 jabatan kat tempat aku tu kenalan kepada ayah aku dan merangkap 1 kampung dengan aku jugak.


Cerita seterusnya, yg aku baru terima,...........


Supervisor aku tu ialah kakak ipar kepada kawan aku. Fullstop. =.='


Mungkin banyak lagi kejutan yg aku bakal terima bila da start kerja. Mungkin.



Sunday, 17 February 2013

Sayang, Apa Khabar denganmu



Holaa... Walau da ada pengubat jiwa dekat rumah, tapi still kerinduan sama sayang-sayang saya. Mana boleh lupa kalau asyik kena kacau je, asyik jadi mangsa gigit, mangsa cakar, main sama-sama. N kenangan yg x boleh lupa selalu je dapat 'hadiah' coklat n air oren. huahua. Time tu la rase tengok korang dah x comel lagi. haha.


Hati mak mana yg x sayu bila anak kerinduan nak cari mummy2 mereka ni? tsskkk. T__T Siapa sangka lepas kitorang semua keluar dari rumah sewa, Oyen n Otam still lagi menunggu kepulangan kami semua di depan pintu rumah. Kepulangan yg x kan tiba. Tiada pertemuan lagi lepas ni lepas kami semua da serahkan Oyen n Otam ni kat rumah bujang sebelah, tuan asal mereka. 


Oyen n Otam, jaga cucu kami baik-baik ye. We will miss u! :') Semoga tuan baru dapat bagi makanan yg sedap-sedap eh! Macam Mummy Miera bagi. N dari mummy-mummy yg lain juga. hihi



ur mummy: Farahin, Syak, Shazika, Kecik, Sarah, Syasya, Miera, Yi.


Monday, 11 February 2013

[ RESIPI ] Puding Roti Kukus




Petang! ;D Hari ni aku nak share 1 resipi yg paling simple kat korang. hihi ^^. Masa buat potluck time study week, salah 1 menu yg kami buat ialah puding roti kukus. Kalau tengok kat gambar, mesti korang rasa macam messy kan. Macam x menarik. Tapi jangan disangka rupa yg x menarik x ada tarikan untuk dimakan. Malam potluck tu, semua orang kata ni sedap. eheh.

Kalau kat rumah ada roti keping yg da nak expired tu, janganlah dibiarkan je. Apa kata korang manfaatkan roti tu. Bahan-bahan yg korang perlukan nak buat puding roti ni ialah:

4 keping roti
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 tin susu cair
3 sudu gula
Sedikit mentega/marjerin


1. Mula-mula kacau telur sampai sebati.
2. Tuang susu cair, then kacau lagi.
3. Maukkan esen vanilla. Kacau lagi
4. Lepas tu, sapukan mentega kat atas roti. Kemudian, korang koyakkan roti segeram-geramnya macam tengah kecewa tengok markah result. ;p hehe. Carikkan je da la. Habis hancur nanti roti tu kalau buat cenggitu.
5. Gula ni sukahati korang nak buat macam mana. Kalau nak masukkan sekali dalam campuran telur n susu pon boleh. Tapi aku buat dalam bentuk karamel. hihi. Macam kat dalam gambar tu.
6. Sebelum tu, sapukan mentega kat sekeliling loyang. Baru masukkan roti yg da dicarikkan ke dalam loyang.


7. Lepas tu, tuangkan campuran susu n telur tadi ke dalam loyang sampai penuh.
8. Last step, kukus dalam masa 20-30 minit. Bila x ada roti yg melekat kat garpu masa korang cucuk puding tu, tu tandanya da kering. Maknanya, da siap masak la tu :D


Tadaaa!!!
 Nak letak kismis ke, chocolate chips ke, n ape jua hiasan kat atas puding tu pon boleh. Lagi sedap kalau dimakan sejuk-sejuk. 


Ape tunggu lagi? Cer try Cer try. hihi


Sunday, 10 February 2013

Internship


Assalamualaikum




Hi guys! Im already done for my practical training for 1 week. tehee. Starting on 4th February and will be finish on 21st June 2013. 

  • Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Banting
  • Masuk kerja pukul 8am n habis pukul 5pm. Dari Isnin sampai Jumaat
  • Hari-hari pergi kerja naik motor. Kaki pon da berbelang-belang da bahana kena panas. ;p
  • Macam-macam kerja aku buat so far. Buku tunai, penyesuaian bank, filing document, cek voucher payment, cek cagaran n etc. 
  • Da ada geng kat sana. Tapi bila rehat sensorang sebab diorang semua balik. (Sampai ati korang tinggalkan aku ;p) tssk T__T. Untunglah rumah dekat kan.
  • Hari ke 5 aku da cipta rekod buruk sebab datang lambat. Kalau uolls nak tahu, aku sampai pukul 8.45am. Sebab hujan turun tak berhenti pagi tu. Hadiah yg aku dapat ialah berbakul-bakul teguran, nasihat, kata pedas n semuanya aku dapat pagi tu dari supervisor aku. Oleh sebab x nak benda ni berulang lagi, aku diminta untuk redah je hujan tu selagi hujan tu tak memudaratkan. Contoh: hujan terlalu lebat sampai x nampak jalan ke. hmmm.... Sejujurnya, time tu aku langsung tak ada perasaan masa kena toce. Kosong. Seriously --' (kenapa ye aku jadi cam ni?pelik jap)
  • Nak buktikan yg aku boleh jadi pekerja terbaik. hehe ;p

Wish me luck ^^


Saturday, 2 February 2013

W E D D I N G


Assalamualaikum


Bila umur da masuk fasa da boleh jadi emak, satu-satu kita akan nampak kawan-kawan kita kahwin...tunang...kahwin...tunang....kahwin....da n kahwin....err, sampailah da xde sape lg yg nak kahwin bila da masuk pulak fasa jadi atuk nenek. eherr.. ;p

By the way, congratulation buat rakan sekelasku, Fadz with her beloved husband, Elie yg selamat melangsungkan perkahwinan Jumaat n Sabtu lepas.. Jeles i tau. hehe ;p


Sama cantik sama padan ^^
Suka warna baju. hihi



Ini kamera versi gegar namanye. haha Nervous agaknya. ;p
Mane taknya, datang-datang terus masuk rumah. Tak sabar nak tengok pengantin punya pasal. hihi



This is our last day, with the great day and the happiest day we met for the last time before each of us will create our new chapter outside there. May we meet again during convocation. :')


Secound round punya gambar. eheh.

\
Tudung akuuuuu....... -_____- #TakSuka


Pinky Days I thought. XD


Cepat-cepat la dapat anak ye Fadz. Tak sabar nak dapat anak buah.  XD


Friday, 1 February 2013

Trip to Melaka & PD

Assalamualaikum


Macam biasa. Habis exam je jenjalan. hihi. Lagi-lagi da tahun akhir pulak. Jom vroom2. ;D

First Day ( 22nd January 2013)


Checked-in at Chalet Mahawa, Pengkalan Balak at 12 pm.
RM50 per night for 1 room.
3 meter dari laut.
Rated : 3.5/5

After Zuhur


Just took a short time to visit Banda Hilir! Yeah!
So many changes at Malacca. Almost 3 years I don't come here. Wuu  0_o


Time for Coconut Shake!!  Must try bila da sampai Melaka.
Yg paling ngetop ialah dekat sebelah stesen minyak Esso. Pandai-pandai la cari sendiri ea. hihi
Rupa Coconut Shake macam Cool Blog jugak la...lagi2 bila da letak 1 scoop Aiskrim Vanilla kat atas tu. Terangkat!! Kata orang, cara nak menikmati rasa Coconut Shake yg betul ialah pejamkan mata masa mula2 minum tu. ;p Rasa kelapa tu akan hilang bila korang terus minum tanpa henti. So, nak bagi lagi terangkat, biarkan ais tu cair sekejap. Itu pon menurut adik aku la. heh... Aku sampai sane je memang terus minum pon. X sabar nak rasa punya pasal. ;p


Ok. Kita akan ke zon pecah gelak. xD


Semangatnya lompat...sampai x sedar ada benda melekat kat muka XD


Kak yah macam nak photoshoot 'Berlari berkejaran...seindah bunga di taman' XD


Kenapa ntah aku lompat cenggitu. Macam baru terpelanting je. haha


Sekitar Pantai Puteri Melaka. :)


Then, malam tu terus ke Umbai. Yeah! Dinner ikan bakar.
Mau tercekik jugak la tengok harga. Contoh: Sekilo sotong bakar dalam RM 60++ --'
Tapi, lagi elok makan ramai-ramai. Boleh try semua seafood. ngeh2.

Menu kami malam itu: 
Nasi
Ikan siakap sweet sour
Ikan siakap bakar
Kerang bakar
Tomyam
Kailan ikan masin
Air tembikai

Total RM108. Kongsi seramai 8 orang. Kira ok la lan?
Time tu la rasa rugi tak amik udang n sotong. wuwu

Second Day (23rd January 2013)

Di pagi hari yg nyaman....... 



Aku suka gambar ni.
Sopan je Kak Long kita ni lompat. Ada gaya tersendiri. XD


Check out from Chalet Mahawa at 10am.
Next destination. Port Dickson. Again XD


PD Buggy Park
Pernah naik ATV? Cer la try naik. Dekat sini harga yg ditawarkan RM 25.



Lagi best kalau bawak ATV ni lelaju. Baru la rasa keseronokan bermain tu. hihi.
Tapi itu untuk yg da expert main laa... Kalau first time main, ha, x sah kalau x terbabas masuk semak la, rasa macam nak terjatuh la, n tak jugak tersangkut kat tengah jalan XD


Penutup untuk trip kali ni. Kalau da sampai PD, xsah la kan kalau x mandi-manda. Dan sekali lagi, kami semua naik banana boat. Dan rasa lagi sekali jatuh dari banana boat. haha. X serik-serik betul ea.



N Happy Birthday to Kak Yah XOXO 
hihi