Monday, 11 February 2013

[ RESIPI ] Puding Roti Kukus




Petang! ;D Hari ni aku nak share 1 resipi yg paling simple kat korang. hihi ^^. Masa buat potluck time study week, salah 1 menu yg kami buat ialah puding roti kukus. Kalau tengok kat gambar, mesti korang rasa macam messy kan. Macam x menarik. Tapi jangan disangka rupa yg x menarik x ada tarikan untuk dimakan. Malam potluck tu, semua orang kata ni sedap. eheh.

Kalau kat rumah ada roti keping yg da nak expired tu, janganlah dibiarkan je. Apa kata korang manfaatkan roti tu. Bahan-bahan yg korang perlukan nak buat puding roti ni ialah:

4 keping roti
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 tin susu cair
3 sudu gula
Sedikit mentega/marjerin


1. Mula-mula kacau telur sampai sebati.
2. Tuang susu cair, then kacau lagi.
3. Maukkan esen vanilla. Kacau lagi
4. Lepas tu, sapukan mentega kat atas roti. Kemudian, korang koyakkan roti segeram-geramnya macam tengah kecewa tengok markah result. ;p hehe. Carikkan je da la. Habis hancur nanti roti tu kalau buat cenggitu.
5. Gula ni sukahati korang nak buat macam mana. Kalau nak masukkan sekali dalam campuran telur n susu pon boleh. Tapi aku buat dalam bentuk karamel. hihi. Macam kat dalam gambar tu.
6. Sebelum tu, sapukan mentega kat sekeliling loyang. Baru masukkan roti yg da dicarikkan ke dalam loyang.


7. Lepas tu, tuangkan campuran susu n telur tadi ke dalam loyang sampai penuh.
8. Last step, kukus dalam masa 20-30 minit. Bila x ada roti yg melekat kat garpu masa korang cucuk puding tu, tu tandanya da kering. Maknanya, da siap masak la tu :D


Tadaaa!!!
 Nak letak kismis ke, chocolate chips ke, n ape jua hiasan kat atas puding tu pon boleh. Lagi sedap kalau dimakan sejuk-sejuk. 


Ape tunggu lagi? Cer try Cer try. hihi


1 comment:

  1. hhmmm... Sedp nyer. Puteri suka makan puding roti nie, tp x pernah tahu pn resipi dia. Bgus lah alang2 dh dtg singgah blog awk nie.. Bleh lah try buat.. Hehee!

    Mekasih 4 the resipi.. :)

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)