Monday, 18 March 2013

Jodoh



Benar jodoh itu ketentuan Tuhan. Semakin meningkat umur, semakin aku rasa banyak tanggungjawab yg bakal aku pikul selepas ini. Menjadi isteri, dan dalam masa yg sama menjadi ibu pada anak-anakku kelak. Entah bila akan aku berubah status *menghitung hari* Mungkin bulan depan, satu tahun lagi, 5 tahun lagi ataupun 10 tahun? err... xnak lah lama sangat kan.. eheh. Semua itu urusan Dia. Hanya pada Dia aku berserah.

Tidak semestinya orang yg selalu dengan kita, yg selalu ambil berat dengan kita, yg bersama bertahun lamanya itu adalah jodoh kita. Kadang-kadang kita tak sedar rupa-rupanya orang yg kita kenal dari jauh mahupun yg sudah lama wujud depan kita adalah jodoh kita. Rahsia Allah. Siapa tahu kan? Dan...tipu kalau aku kata aku tak takut siapa yg bakal jadi teman hidup aku suatu hari nanti. Orang kata, kita tidak boleh terlalu mengharap, kelak merana diri. Kita hanya menentukan, tapi Allah segala perancang. Walau sekuat mana kita pertahankan, tapi jika sudah tertulis dia bukan jodoh kita, siapa kita untuk menghalang kan? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan tahu apa yg terbaik untuk setiap hambanya.



Ye. Aku sedar semua itu. Oleh sebab itu kadang-kadang aku sentiasa dingin. Aku kaku. Hilang segala keceriaan aku. Kadang-kadang juga aku rasa tidak kisah dengan semua itu. Aku tak nak terlalu berharap walaupun dalam diam aku sentiasa berharap sebenarnya. Berharap itu yg terbaik untuk aku, yg terakhir untuk aku. Aku tak nak bila aku kecewa suatu hari nanti, aku jadi lemah. Aku mahu jadi kuat. 


Dan kepada jodohku di luar sana, terimalah aku kerana-Nya suatu hari nanti.

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

Dan untuk 'dia' juga



1 comment:

  1. salam syggg... jodoh u dgn siapa? u harap dgn si dia tak??? :) i rindu u..

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)