Saturday, 16 March 2013

Streamyx Vs Instanet


Assalamualaikum

Wahh...rupa-rupanya hampir 20 hari jugak la aku tak update. Patutnya time aku kat rumah la blog ni kena sentiasa diupdate. Sebenarnya kan, bnyak benda aku nak merepak masa aku senyap tanpa berita......banyak benda nak bebel kat sini. Tapi ada satu sebab utama kenapa terjadi. heh :P

Selama ni aku on9 ke, aku buat assignment ke, atau pon senang cerita nak surf internet, aku bergantung pada line internet jiran sebelah rumah aku. hehe. Free of charge taww. Kau hado?? haha. Baik pulak la jiran aku kan x nak buat password. Memang jiran sekeliling amik peluang la nak dapat line free........termasuk la aku. hehe. Aku rasa memang die sengaja x nak buat security password. Ala. bukan luak pon kan. hehe

Nak dijadikan cerita, last bulan Februari hari tu masa aku nak on9, tiba-tiba langsung x ada internet connection. Huaaaaa. Aku rasa macam "huh, tolong lah ada!!!!" sambil tangan x habis2 refresh nak cari connection. Setelah  berkali-kali, sampai da ke hujung dunia rumah aku try cari, memang betol x ada line. Xpe lah...besok2 ada balik la ni...*pujuk diri sendiri*

Setelah seminggu berlalu......

Masih x ada juga. Ok. Time tu la aku ase memerlukan internet. Terdesak!! Sebab nak cari info untuk buat research. Dalam minggu tu nak kena hantar draft proposal kat advisor. Aku pon decide nak beli broadband prepaid. X nak lagi guna bil. Serik aku. Kena tipu pon ye, kena bayar mahal pon ye, tapi line macam haremm.

Dalam masa 1 jam lebih je aku survey sane sini, akhirnya dapat la jugak beli Instanet dari Celcom. Aku x berani guna Maxis. Sebab sebelum ni guna Maxis pon. haha ;p Digi pon tak nak. Takut x dapat coverage. Tuan kedai telepon kate U mobile pon ok. Laju. Tapi aku cari tak jumpe la pulak. So, option terakhir is Celcom. Berharap sangat moga-moga ada coverage kat rumah aku. Even coverage Celcom ni meluas, tapi ada sesetengah tempat yg x sampai.

Beli modem plus simcard, dapat la dengan harga RM119. Tambah lagi RM10 untk cukupkan RM20 seminggu dengan limit 500mb. Not bad :D Memang time tu aku nak guna line untuk seminggu je. Law ase nak guna lagi, nanti topap la. Senang kan? :)

Aku guna pelan yg seminggu punye. So, cuma dapat RM18 je seminggu. 


Then, malam tu gak la aku cuba. First trial, asyik x dapat connect je. Bile aku da setting sana sini, baru la ok. Weehuu! Line laju giler seh. Kadang2 boleh sampai 4 bar!!! :D Aku pon memang gembira sakan la bila dapat on9. wahaha.

Dalam dua hari lepas kot, tiba-tiba bila aku on laptop, terbeliak biji mate aku bila lampu wireless berkelip laju menandakan ada detect line internet.

Terus aku klik.

dan.....


Haaa?? Uma sebelah da ada line balik la? Uwala, broadband prepaid aku ni cam ne? Nasib baik jenis topap punye. grrrr... #Sigh


0 comments:

Post a Comment

Komen di sini kalau suka =)