Tuesday, 30 April 2013

Aku perlukan Semangat

Assalamualaikum


Malas. Malas. Malas. Oh my my my....please! Aku tak mahu perkataan ni kacau hidup aku. Serasa jadi negatif sungguh hidup aku. Mana semangat aku yg dahulunya tak pernah berkurangan. Mana pergi visi misi aku yg selalu je sentiasa update dalam diri aku? Hui... disebabkan sifat negatif ni la aku x rajin nak menyiapkan thesis aku. Nak pandang pon asyik letak tepi je, apalagi nak jeling! 



Punyalah tiap minggu beriya-iya nak siapkan, tup-tup bila da sampai masa nak buat, asyik x ada mood je. Last-last macam tulah jadinya. Kalau da seminggu tak bersentuh, memang tak bersentuh la jawabnya. Rasa macam nak menangis comel-comel bawah bantal jek. hukhuk. Bila da nak dekat due, baru lah dapat buat. Kalau da buat memang x pandang lain dah. Entah nape sekarang ni suka buat kerja last minute jek. Adakah style aku belajar sudah berubah? *wondering* 


Dan untuk akhir kata, 
Aku tak sabar nak habis semua ni. Duhai hati, harap bersabar ye. Tinggal berapa bulan je ni. Biar struggle untuk masa sekarang, nanti da habis baru dapat kepuasannya. Ye x?


Dan....Pulau Perhentian asyik melambai-lambai kat mata aku lately. Oh. Can't wait!!!


Sekian.

Sunday, 28 April 2013

22



Hari ini hari aku. :) Ye. Hari di mana hari yg menyaksikan aku naik lagi satu anak tangga. Menginjak ke umur 22. Alhamdulilah. Masih bernafas lagi di bumi ini. Terima kasih Ya Allah masih lagi memberikan aku peluang untuk menikmati nikmatmu. 

Dan hari ini juga, serasa dunia aku penuh kepura-puraan. Gembira dalam terpaksa. Harungi perjalanan dengan sabar dan tenang, bukan semudah yg diungkapkan. Banyak perkara terpaksa lalui. That's why people said, things are easier said than done. Is it? Tak sangka sampai ke tahap ini rupanya aku berjaya tempuh laluan ni dengan sabar. 

Aku menunggu. Dari pagi hingga sekarang. Langsung tiada deringan telefon mahupun mesej yg menyapa pendengaranku. Ucapan terakhir yg aku terima. Jam 1 pagi semalam. Itu pon sebab aku....hm entahlah. Benci ar...benci tau x? Aku juga ingin seperti orang lain juga. Rasa ingin disambut dan juga dihargai. Sekali pon jadilah... sekali je... tak mintak banyak pon.. Susah ke.. Khabar berita langsung tak ada. Duhai angin, tolong sampaikan salam padanya. Katakan bahawa aku masih menunggu sapaan darinya. Masih ada lagi berapa jam sahaja ni. Aku tunggu.



Happy birthday to me~
Happy birthday to me~
 *Nyanyi gaya Usop Wilcha. hehe


By the way, thanx to all my friends for those remembering my birthday. Love u <3 <3


Friday, 26 April 2013

Kecut Perut bila Aku Juga Seorang Penunggang Motorsikal

Assalamualaikum


Malang tak berbau. Kat mana-mana sahaja kemalangan boleh berlaku walaupun kita sudah cukup berhati-hati. Bila baru-baru ni kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri yg berlaku 21 April lepas, sungguh aku kecut perut. 


Menyayat hati betul bila aku baca detik-detik cemas semasa kemalangan berlaku. wuwu T__T Mereka x salah, tapi mereka yg dapat. Al-Fatihah untuk mereka. Dan, kesan dari kejadian tu, aku asyik terbayang-bayang je masa bawak motor pergi kerja Isnin lepas. Tambah pulak aku tertengok video kemalangan hasil dari rakaman orang awam. Nampak dengan jelas keadaan mayat tu macam mana.

Lori besar lalu je, aku telan air liur. Bas lalu je, aku telan air liur. Time tu macam-macam aku fikir. Yg x patutnya da macam movie Final Destination aku terbayang! Erghh...
1 hari je aku macam zombi ketakutan. hoho. Besok, lusa, tulat n hari-hari seterusnya aku da kembali pada asal. Bawak motor macam asal balik. heh ;p Tapi still berhati-hati ok!


Pesanan dari aku untuk peringatan diri aku dan kawan-kawan sekalian, sebelum gerak ke mana-mana, jangan lupa baca doa naik kenderaan! Inshaa Allah, Allah akan lindungi perjalanan kita. :)


Sunday, 21 April 2013

Berdebar bila jadi Pengapit. Cewahhh!!


Assalamualaikum

Booo!! Boooo!! Da sebulan lebih berlalu...baru nak update kann.. hoho -,-" Booo!!! Hey, sudah-sudah la tuh... Biasalah, x ada mood nak update bila kepala da serabut dengan segala macam benda. eheh. Sekian. ;p Mood nak menaip hilang ke mana entah..baru sekarang sibuk nak cerita. wee. 

Tahun ni, banyak betul wedding yg berlangsung dalam kalangan orang terdekat aku. Dan, kali ni, untuk entry kali ni adalah untuk wedding kakak sepupu aku. Sepupu pertama dalam family sebelah emak aku yang melangsungkan perkahwinan. Untuk makluman anda sekalian, selepas ini adalah giliran..... ehh.. err. tak tau la sape pulak. haha. 



Ni time majlis akad nikah. Aku pulak yg nervous! hoho. 
Sayu je bila dengar bait-bait ayat yg diucapkan oleh saksi sebelum akad nikah bermula. Tanggungjawab seorang suami sangat la besar ye! Tanggungjawab isteri pon sama!
Ok. Takut pulak aku nak kahwin nanti *tutup muka*


Dan, dengan sekali lafaz sah la mereka menjadi suami isteri :D


Hey hey hey! Tibalah hari saya menjadi pengapit! hehe. Perasaan? Kelam kabut sikit sebab ni lah kali pertama aku jadi pengapit. hihi. Nampak tak betapa awkwardnya aku bila  payung pengantin tu orang lain yg pegang? haha. Padahal, pengapit lelaki relax je pegang kipas and payung tu sekali. Last-last aku kena pegang jugak payung tu. wahaha.



Time ni, banyak sungguhhhhh kamera. Wahhh...baru rasa retisss gituu... haha ;p


Terima kasih Kak Ika sebab sponsor baju kami. hehe


Alamak! Mata pengantin lelaki terpejam pulak. hehe. Ok. This is my beloved family. But.....Where's my father? Ohh.. FYI, abah aku tak suka ambil gambar ni. Paksa la dengan cara apa pun, mesti dia x nak jugak. huhu. 


Lepas ni tunggu nak dapat anak saudara pulak. Ehh? hehe

Bui bui.

Klik cepat sebelum terlambat!!! 
Last booking Isnin depan. 

Thursday, 18 April 2013

Tajuk Bebas

Assalamualaikum


Malam ni semangat nak update blog tetibe muncul. Lame x coret-coret kat sini. Kalau ditanya kenapa, mood nak update tak ada. Padahal banyak benda aku nak luah kat sini. Terlalu banyak. Jangan risau. Blog ni still lagi bernyawa. 

You know, i was very tired actually. Not because of my study, but because of my personal life. Really hate this feelings. But i just ignore it. By doing my practical training, enjoy my usual life, doing my report, talking and makes joking with my friends everyday makes me forget everything easily. I'm not the one who are thinking too much bila sesuatu terjadi. Sampaikan ada yg pernah menegur, "Ko ni rilek je aku tengok" Dan aku hanya tersenyum sahaja. Dari luaran aku memang begitu. But, dari segi dalaman tak ada siapa yg tahu dan nampak. 

Konflik perasaan. Entah bila akan terungkai semua ni. Aku penat bila selalu menghadap benda yg sama. Ai, da makin dekat makin susah nak face-to-face ye? hihi. Persoalan dari kawan aku siang tadi membuatkan aku tersengih dari dalam hati. Ermm?? Aku buat muka. Entah la. 3 bulan ko tahu? *angkat bahu* Dan baiknya seorang sahabat bila die hendak menawarkan aku sebuah buku untuk dibaca perihal masalah aku ni. 
Ahh...Forget about that la. Sebelum ni, bila that 'thing' crossed in my minds, i always felt my tears pressing behind my eyes. Right now, da x ada lagi macam tu ^^v Malas da nak pikir... Shuhhh shuhhh...

Bosan la kalau asyik cerita macam tu kan. Cerita lain la jom....Oh ye. Nak tahu kenapa aku hilang mood nak update? Sebabnya kalau da menjengah maghrib je, mesti aku terus  mengantuk. Punyela awal aku tidur. Padahal kat office buat kerja sambil duduk je. Bukannya macam study, ke hulu hilir. Tapi mengantuknya mengalahkan time aku study dulu. Tak paham la kenapa jadi macam ni..... *thinking*
Dan...nak tahu tak? Besok ada perhimpunan pagi n senam aerobik. hihi. Macam kat sekolah pulak kan. Tiap bulan ada perhimpunan pagi. Tapi yg bestnya dapat breakfast free taww.... :D


Dan....besok petang pulak kena pergi Shah Alam. Again.... Mesti pasal proposal ni. Cuak seh. Entah apa yg nak dikomen tu nanti by my advisor. Tapi besok mesti lengang kan. Ramai da balik kampung. Student UiTM cuti mid term.....Practical student pon nak cuti seminggu jugak... T_______T. *screaming*

Emm...Ahad lepas pergi Popular. Tahu aku dapat novel ape je?




Ni ha. Ni dia. Punyalah besar kedai buku novel ni je aku dapat?? Sedih betul la. huhu. Novel banyak da habis tahu? Yg tinggal semua novel yg x best. X pernah2 aku datang Popular jadi ramai macam kat pasaraya. Kena beratur lak tu time nak bayar. Novel ni pon dapat sisa-sisa je sebab tak berbalut pon macam biasa. Da berlipat-lipat. tuii... *sigh*

Ok la. Jom la kita beradukan diri. nak bangun awal pagi ni sok. Tata. Titi. Tutu. hehe


p/s : 5 cerita dalam 1 entry. Tu sebab 'Tajuk Bebas' ;p