Friday, 26 April 2013

Kecut Perut bila Aku Juga Seorang Penunggang Motorsikal

Assalamualaikum


Malang tak berbau. Kat mana-mana sahaja kemalangan boleh berlaku walaupun kita sudah cukup berhati-hati. Bila baru-baru ni kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri yg berlaku 21 April lepas, sungguh aku kecut perut. 


Menyayat hati betul bila aku baca detik-detik cemas semasa kemalangan berlaku. wuwu T__T Mereka x salah, tapi mereka yg dapat. Al-Fatihah untuk mereka. Dan, kesan dari kejadian tu, aku asyik terbayang-bayang je masa bawak motor pergi kerja Isnin lepas. Tambah pulak aku tertengok video kemalangan hasil dari rakaman orang awam. Nampak dengan jelas keadaan mayat tu macam mana.

Lori besar lalu je, aku telan air liur. Bas lalu je, aku telan air liur. Time tu macam-macam aku fikir. Yg x patutnya da macam movie Final Destination aku terbayang! Erghh...
1 hari je aku macam zombi ketakutan. hoho. Besok, lusa, tulat n hari-hari seterusnya aku da kembali pada asal. Bawak motor macam asal balik. heh ;p Tapi still berhati-hati ok!


Pesanan dari aku untuk peringatan diri aku dan kawan-kawan sekalian, sebelum gerak ke mana-mana, jangan lupa baca doa naik kenderaan! Inshaa Allah, Allah akan lindungi perjalanan kita. :)


1 comment:

  1. Al-Fatihah.. ramai yg kata kemalangan tu nampak ngeri.. tak sanggup nak tengok.. :(
    Moga Farah dan kita semua dilindungi olehNya..

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)