Monday, 27 May 2013

Senyum



Ya Allah, serabutnya aku sekarang ni. Rasa nak meroyan pon ada walaupun aku tak nak meroyan sebenarnya... Rasa nak menangis. Yes. CRYING. Aku tak pernah rasa frust macam ni. Sometimes crying is the best way to express our feeling. Perkara biasa untuk girls I think. 

Kenapa da saat akhir baru nak buat semua. Kenapa x nak buat time awal-awal sem? Kenapa tak ajar kami nak guna software tu sem lepas? Kenapa branch lain ada belajar? Kenapa hanya sebahagian je yg diajar? Hukhuk...kenapa? kenapa? kenapa? Ingat 1 hari cukup nak serap semua tu? *Ouh, half day actually -___-
Jadinya? Aku terpaksa ubah balik draft yg aku buat. Dan kengkadang rasa nak tukar topik lain. Tapi tak boleh...Kena teruskan jugak...Separuh jalan da ni...




Senyum Farah. Kau harus kuat. Kau harus tahu bahawa setiap apa yang kau dapat dari Dia, kau mampu tanggung semua itu kerana Dia x akan bebankan kau dengan apa yg kau tak mampu. Walau selemah mana pon, kau harus positifkan diri kau. Jangan sampai kau putus harapan. Perlu ingat, Allah kan ada :')


InsyaAllah. Akan ku usahakan.


Saturday, 25 May 2013

Penangan Drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'


Assalamualaikum


Kalau korang nak tahu, setiap hari Jumaat pukul 9 malam aku da duduk terpacak depan tv. Aha! Belum pukul 9 da memang mengadap tv da pon! hoho. Bila da start rancangan, mula la aku tersenyum tersipu-sipu melihat hero aku da beraksi dekat layar skrin. Wah....Izzue Islam! Eh, tap tap! Amboi! lebih da tuh. hihi. *Gurau*


Bukan sebab hero aku tersenyum, tapi sebab jalan cerita yg menarik buat aku tak kering gusi. Kenapa entah boleh berbeza pulak dengan novel dia. Aku rasa novelnya biasa-biasa aje bila baca, tapi tak sangka pulak bila dilakonkan jadi segempak macam tu. Lagi sweet dari cerita Vanilla Coklat! hiks! Dengan lakonan selamba dari Tiz Zaqyah, lagi la aku suka. hehe.




Tutup cerita. Bukan pasal drama yg aku nak cerita.


Ini tentang OST drama ni. eheh. 


Forteen. Band yg nyanyi lagu 'Kita'


Sejak first time diorang keluar dengan lagu Berdua Bersatu aku da tau kewujudan diorang. Tapi x pernah tahu pon muka-muka group ni. Malas la nak amik tahu. Suatu hari tu entah macam mana terdetik hati nak tengok video klip lagu Berdua Bersatu ni lepas tengok drama #SSID. Sebabnya? Aku rasa pelik. Kenapa aku tak pernah pon perasan muka Izzue Islam dalam video padahal da berkurun aku tengok. 


Lepas telek, baru aku perasan, rambut yg tutup muka diorang ni. Sebab tu la tak perasan. K-pop style kot? agaga. :P Hoi. Lain bebeno bila da tukar style semua. haha.

Lepas tu baru la tengok video klip lagu 'Seperti Dulu'. Ni soundtrack movie 29 Februari kalau tak silap.Yg ada Remy Ishak tu. Nahh..baru la nampak sejelas-jelasnya wajah-wajah mereka ni. hoho


Dan...terperasan something. 

Tetiba rasa Ariz pon boleh jadi pelakon gak pe. Cukup pakej macam Izzue Islam. Suara pon sedap. ehe :p


Ok la. Bye!


Rasa macam senget and tak matured pulak bila wat entry ni.  haha. Gasak la

Wednesday, 22 May 2013

Short Entry


1 month to go...
My feeling is unexplainable right now
Fear, but at the same time soo happy..
Tok...tok..Time is running out
Beware!


May Allah ease everything
In Shaa Allah~

Friday, 17 May 2013

Kekal dengan URL blog yg lama



Salam. Hai. Last entry aku ada mention kan nak tukar URL blog? But, the most difficult things is when I need to invite back my followers and tell them the new one of the URL blog. For those yg silent readers tu, confirm2 la susah nak tau kan? Ah, ngarut. siapa aje nk jadi silent readers aku. wahaha. 

Lepas da buat survey sikit, aku decide x payah la nak tukar URL blog. Mungkin nama blog ni akan ditukar. Pelik pulak blog ni x ada nama. Kang orang nak sebut blog ni pon bukan nama aku. Nama 'All About Me' yg terkeluar dari mulut. haha. Hmm. Nak invite follower balik da 1 kerja. Nak inform Nuffnang pon da 1 kerja. 

Tapi, boleh aje kalau nak tukar URL blog then buat auto loading terus ke blog ni bila orang click. So, nak elak daripada terjadi 'blog not found' tu memang x ada masalah la. Cuma tak tau macam mana nak buat. I need orang yg betul-betul pro yg boleh explain benda ni kat aku. Yg aku tau kena beli domain sendiri tapi dengan syarat kena renew tiap tahun dengan bayaran sebanyak RM20-30. Betul ke? Aku kerja pon belum lagi, nak bayar guna apa? hoho T___T



Header kat atas ni mungkin akan bertukar. Paling lambat hujung tahun ni .hee ^___^v

Tapi yg pastinya, URL blog ni akan bertukar juga. Tunggu da bersedia. ngeh2


Thanx for reading this entry!

Monday, 13 May 2013

Kontra





Emm...bukan nak kata apa...
tapi aku rasa benda ni betol..

hoho XD

Bye!

Friday, 10 May 2013

Masa Depan.



Bila da nak habis belajar ni, banyak benda yg aku rancang dalam kepala. Bukan sekarang aku rancang, sejak dulu lagi aku rancang. Memikirkan masa depan yg bakal aku hadapi selepas ini. Bukan mudah nak capai apa yg kita impikan dan apa yg kita inginkan. Dunia sekarang terlalu banyak pancaroba. Zaman sekarang bukan persis dahulu lagi. Terlalu banyak cabaran sebenarnya. Terlalu banyak.


Soal pekerjaan?


Hmm... kalau boleh aku inginkan pekerjaan yg tidak menuntut aku balik lewat sehinggakan aku jarang bersama family. Kalau terjadi macam tu, mungkin aku akan cuba lepaskan bila aku sudah berkeluarga dan punya kewangan yg stabil. Aku nak seimbangkan antara pekerjaan dan juga family yg bakal ku bina suatu hari nanti. InsyaAllah. :) Dan melalui duit yg aku kumpul tu, aku nak buka bisnes yg berunsurkan bakery. Lai3. Meh la order dengan saya. wahaha. *tengah berangan* Oke. Kalau tak pon, maybe nak kerja kat bahagian kerajaan. Mungkinkah jadi cikgu? ehehe. Masih dipertimbangkan. hoho. Aiii...banyak betul simpang yg aku kena pilih ye.



Cara hidup?


Zaman sekarang bukannya zaman anak muda main guli, ting ting n segala bagai. Zaman sekarang zaman iPad, zaman telefon besar-besar. Tu yg jadi kes kecurian semakin meningkat sebab teknologi tak muat nak masuk poket or bag. Kan kan? ;p Nak didik budak-budak generasi akan datang perlu kesabaran yg tinggi tahu? Budak makin lama makin pandai. Bila da makin pandai, makin banyak soalan pelik-pelik dari mereka yg kita tak boleh jawab. Ratu hatiku pesan, dari seorang ustaz katanya, Ibu bapa sudah dikira GAGAL mendidik anak mereka sekiranya anak-anak mereka berhenti menangis apabila diberikan iPad, Tab or whatever kind of technology. Tanpa kita sedar, sebenarnya, sekarang da banyak berlaku perkara macam ni kan? *Renungan bersama*



Hidup ini terlalu banyak ranjaunya. Indeed.


p/s: I will change my URL blog in few days more.

Thursday, 9 May 2013

PBAKL 2013

Assalamualaikum


Aku rasa la kan aku orang terakhir yg update pasal pesta buku ni. muehehe. Mane taknya, aku pon pergi sehari sebelum pilihanraya, yg mana hari terakhir untuk pesta buku diadakan. Fuhhh... punyelah ramai umat kat sana. Ingatkan semua da balik kampung untuk mengundi, tapi nampaknya ramai sungguh orang liburan di sana ye. 


Tujuan ke sana tak sah kalau bukan nak habiskan baucar buku. Sooo....dalam kepala da set nak beli ape. Novel?? Pasti! Itu memang dalam target aku. haha. Baucar buku yg berbaki RM100 akhirnya dapat dimanfaatkan dengan jayanya :P 



Berlaku kekeliruan sedikit di mana kuantiti majalah lagi banyak daripada novel. Gi mana bisa jadi kaye gini ya? waduh2. -,-"

Masa jalan-jalan kat sana terjumpa booth Fixi. Ramai sangat kat booth ni. Kawan aku terkinja-kinja bila jumpa booth ni padahal aku? Memandang booth  Fixi  dengan kening terjungkit ala-ala Ziana Zain. haha. Sebabnya aku tak pernah pon tau publisher ni wujud kat Malaysia. Bila aku belek-belek, buku serupa macam novel cuma berlainan genre. Ala-ala macam cerita psiko, mistik, seks, politik, sosial yg agak terbuka. Hmm. Lebih kurang macam tu la bila aku baca sinopsis dari beberapa novel  Fixi .


Met the young writer of Asrama, Azwaq. UiTM student from Puncak Perdana and surprisingly, he's going to  reach 19 this year. 
Dan time tu jugak la aku baru tau rupa-rupanya Fixi publisher ni top.


Muka lega bila dapat makanan buat alas perut. hoho. Nak cari nasi time tengahari kat sana? huh, memang mimpi la. Aku terus grab roti hot dog bila aku rasa perut aku da semacam. RM4 tak penting da time tu, janji perut terisi. hik.


Me with my BFF. hihi. My sweetie Dayu and my friendly Amal.
Oh! Hajar tak ada. Dia pergi kenduri kahwin. Kinah pulak kena transfer kat Sarawak. Ohoi. Lagi susah la nak jumpe hang pasni.

Time balik rumah tangan terasa berbirat. Betapa bangganya bila dapat tunjuk kat orang yg kita ni rajin membaca. Tapi bila bukak beg plastik je, aiseh.. ini orang ha x boleh pakai ooo. haha. Novel je bersusun dalam beg plastik. wakaka. :P



Selamat membaca kawan-kawan sekalian! :)

Thursday, 2 May 2013

Bahang PRU13



Aku nak sibuk pasal politik tapi diri sendiri tak daftar-daftar SPR lagi. Aisehhh...Aku ingatkan 31 Disember tahun lepas tarikh tutup pendaftaran SPR. Sebab ada orang letak macam poster pasal ni haa... Tup tup rupanya tahun ni boleh daftar lagi laa... Terkilan tak dapat daftar. Hilang 1 undi da. Itulah ayat ayah aku yg selalu kata kat aku. hiks! Xpelah, tunggu 5 tahun lagi. Kali ni mesti daftar! heh

Lagi 3 hari je nak undi. Aku yg x undi ni pon x sabar tunggu hari Ahad ni. huahua. Perang bendera da merata-rata. Sampaikan bila aku dongak, aku da x nampak langit da. Apa yg aku nampak cuma bulan, dacing, roket, bulan sabit je. haha. Tahun ni banyak betul lambang baru dari parti lain. Bunga raya n burung pon ada.... kelass kau. haha. Panas betul ye PRU kali ni.



Ok. video kat atas ni sebenarnya berguna buat pengundi kat luar sana. Memang banyak terkena apa yg disampaikan Mat Luthfi ni. hehe. Cer tengok cer tengok.


Dan selamat mengundi! 
Ini kalli lah! Jom Ubah! ;P