Friday, 10 May 2013

Masa Depan.



Bila da nak habis belajar ni, banyak benda yg aku rancang dalam kepala. Bukan sekarang aku rancang, sejak dulu lagi aku rancang. Memikirkan masa depan yg bakal aku hadapi selepas ini. Bukan mudah nak capai apa yg kita impikan dan apa yg kita inginkan. Dunia sekarang terlalu banyak pancaroba. Zaman sekarang bukan persis dahulu lagi. Terlalu banyak cabaran sebenarnya. Terlalu banyak.


Soal pekerjaan?


Hmm... kalau boleh aku inginkan pekerjaan yg tidak menuntut aku balik lewat sehinggakan aku jarang bersama family. Kalau terjadi macam tu, mungkin aku akan cuba lepaskan bila aku sudah berkeluarga dan punya kewangan yg stabil. Aku nak seimbangkan antara pekerjaan dan juga family yg bakal ku bina suatu hari nanti. InsyaAllah. :) Dan melalui duit yg aku kumpul tu, aku nak buka bisnes yg berunsurkan bakery. Lai3. Meh la order dengan saya. wahaha. *tengah berangan* Oke. Kalau tak pon, maybe nak kerja kat bahagian kerajaan. Mungkinkah jadi cikgu? ehehe. Masih dipertimbangkan. hoho. Aiii...banyak betul simpang yg aku kena pilih ye.



Cara hidup?


Zaman sekarang bukannya zaman anak muda main guli, ting ting n segala bagai. Zaman sekarang zaman iPad, zaman telefon besar-besar. Tu yg jadi kes kecurian semakin meningkat sebab teknologi tak muat nak masuk poket or bag. Kan kan? ;p Nak didik budak-budak generasi akan datang perlu kesabaran yg tinggi tahu? Budak makin lama makin pandai. Bila da makin pandai, makin banyak soalan pelik-pelik dari mereka yg kita tak boleh jawab. Ratu hatiku pesan, dari seorang ustaz katanya, Ibu bapa sudah dikira GAGAL mendidik anak mereka sekiranya anak-anak mereka berhenti menangis apabila diberikan iPad, Tab or whatever kind of technology. Tanpa kita sedar, sebenarnya, sekarang da banyak berlaku perkara macam ni kan? *Renungan bersama*



Hidup ini terlalu banyak ranjaunya. Indeed.


p/s: I will change my URL blog in few days more.

1 comment:

  1. betul tu..sekarang zaman dah berubah..huhu..macam2 yg kita nak..
    kita rancang Allah tentukan..kadang2 apa yg kita nak..allah tak bagi..sbb Dia tahu apa yang terbaik utk kita..hehe

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)