Saturday, 25 May 2013

Penangan Drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'


Assalamualaikum


Kalau korang nak tahu, setiap hari Jumaat pukul 9 malam aku da duduk terpacak depan tv. Aha! Belum pukul 9 da memang mengadap tv da pon! hoho. Bila da start rancangan, mula la aku tersenyum tersipu-sipu melihat hero aku da beraksi dekat layar skrin. Wah....Izzue Islam! Eh, tap tap! Amboi! lebih da tuh. hihi. *Gurau*


Bukan sebab hero aku tersenyum, tapi sebab jalan cerita yg menarik buat aku tak kering gusi. Kenapa entah boleh berbeza pulak dengan novel dia. Aku rasa novelnya biasa-biasa aje bila baca, tapi tak sangka pulak bila dilakonkan jadi segempak macam tu. Lagi sweet dari cerita Vanilla Coklat! hiks! Dengan lakonan selamba dari Tiz Zaqyah, lagi la aku suka. hehe.




Tutup cerita. Bukan pasal drama yg aku nak cerita.


Ini tentang OST drama ni. eheh. 


Forteen. Band yg nyanyi lagu 'Kita'


Sejak first time diorang keluar dengan lagu Berdua Bersatu aku da tau kewujudan diorang. Tapi x pernah tahu pon muka-muka group ni. Malas la nak amik tahu. Suatu hari tu entah macam mana terdetik hati nak tengok video klip lagu Berdua Bersatu ni lepas tengok drama #SSID. Sebabnya? Aku rasa pelik. Kenapa aku tak pernah pon perasan muka Izzue Islam dalam video padahal da berkurun aku tengok. 


Lepas telek, baru aku perasan, rambut yg tutup muka diorang ni. Sebab tu la tak perasan. K-pop style kot? agaga. :P Hoi. Lain bebeno bila da tukar style semua. haha.

Lepas tu baru la tengok video klip lagu 'Seperti Dulu'. Ni soundtrack movie 29 Februari kalau tak silap.Yg ada Remy Ishak tu. Nahh..baru la nampak sejelas-jelasnya wajah-wajah mereka ni. hoho


Dan...terperasan something. 

Tetiba rasa Ariz pon boleh jadi pelakon gak pe. Cukup pakej macam Izzue Islam. Suara pon sedap. ehe :p


Ok la. Bye!


Rasa macam senget and tak matured pulak bila wat entry ni.  haha. Gasak la

2 comments:

  1. haha kenapa rasa tak matured kalau tulis entri macam ni?

    soleheen.com

    ReplyDelete
  2. suka jugak tengok cite ni.
    serono tengok watak firash tu. hihi..

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)