Friday, 28 June 2013

Selera Gajah :P



Adehh...makin lama tekak aku ni nak makan macam-macam. Kejap nak itu, kejap nak ini. wuii...Lamanya x cuba resipi... gian aku. Sedapnyaaa kalau dapat ni wehhhh... *Kesat air liur jatuh* whahaha... Tak senonoh punya perangai. Kang jatuh saham aku. :P



Bestnyaa kalau dapat ni...rasa cheesy n creamy. lemak-lemak gitu.... Entah kenapa meluap-meluap pulak nak makan benda ni. Dan nak tau tak, aku asyik terbayang-bayang je keenakan spaghetti carbonara kat Polperro Seksyen 7, Shah Alam. Siapa pernah makan sana? Better korang try sebab kat sana macam-macam western food ada. Sedap. Portion pon banyak wehh... Da masuk JJCM tau baru-baru ni :D



Warghh!! Kenapa gambar ni menarik sangat weh... Deh! Ni kalau dapat makan, memang tak habis sebenarnya. haha. Biasalah, mula-mula je sedap tapi lama-lama nanti muak. Tapi kalau da teringin sangat, x pandang kiri kanan jugak la aku. Lasagna ni da lama plan nak try buat, tapi x tahu bila. wuwuw T.T


Aku tak pernah makan nasi arab tapi entah kenapa sejak-sejak akhir ni asyik teringin je. Tak habis-habis nak nasi arab. Portionnya kan banyak sangat, da macam 2 orang aku tengok. Itu sebab aku tak pernah nak try. *boleh terima ke alasan tu.haha* Takpe, takpe..nanti da ada masa aku nak try buat sendiri nasi arab ni :D Baru puas!


Tiba-tiba kan pagi tadi aku terbayang popia basah ni. Sedapnya kalau dapat makan panas-panas. Aku bukannya terbayang popia yg jual kat pasar tu. Tapi lagi best kalau buat sendiri. Bolehlah letak inti sedap-sedap. Macam ayam cincang, lepas tu letak lada hitam, tambah sayur sikit, letak mayonis, sos, daging, sardin...perghh! Mesti sedap kan! *__* Olah resipi sendiri baru syok.


Siyes da lama tak buat kek. Nak buat kek..nak buat kek. Haa...tunggulah da habis je sem, settle je report-report, aku buat semua ni. hehe


Tapi...puasa nak dekat da...


Minggu depan pulak busy....


Tunggu lepas raya la ni.... 


T___T

Ehh....ehhh...kenapa iklan kat tepi ni pasal makanan jugak. Saja je taw letak gambar macam tu. pheww..



Wednesday, 26 June 2013

Kita Bertanya, Al-Quran menjawab



Kita bertanya : Kenapa aku diuji?
Al-Quran menjawab :  

 "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan 'kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji?'Dan sedangkan kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah Mengetahui orang-orang yg dusta...."

(Surah Al-Ankabut ayat 2 - 3)

Kita bertanya : Mengapa aku tidak mendapat apa yg aku idam-idamkan?
Al-Quran menjawab :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"

(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
Al-Quran menjawab : 

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

(Surah Al-Baqarah ayat 286)

Kita bertanya : Kenapa aku frust?
Al-Quran menjawab : 

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yg beriman"

(Surah Al-Imran ayat 139)

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?
Al-Quran menjawab : 

" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan yg sabar dan kerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yg khusyuk" 

(Surah Al-Baqarah ayat 45)

Kita bertanya : Apa yg aku dapat dari semua ini?
Al-Quran menjawab :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin diri dan harta mereka dgn memberikan syurga kepada mereka"

(Surah At-Taubah ayat 111)


Seringkali kita mempersoalkan balik dengan apa yg terjadi dan sukar untuk mengucap syukur dengan apa yg kita dapat. Oleh kerana terleka dengan nikmat dunia, kita lupa pada yg berhak, yg menurunkan rezeki pada kita. Tahukah engkau bahawa kadangkala Allah hendak menguji sejauh mana keimanan kita pada Dia? Sesungguhnya Dia selalu merindukan rayuan dari hamba-hambaNya dan ingin sekali melihat kita sentiasa bersujud pada-Nya. :'(

Saya rindu zaman sekolah :(


Monday, 24 June 2013

2 Minggu lagi....

Assalamualaikum


Dapat update blog dengan sesuka hatinya bila dapat tahu viva dipostpone ke 1 July ni bersamaan hari Isnin. Dapat tau pagi tadi. Kalau x ada sebarang perubahan sebelum ni, memang esok atau lusa aku kena viva. Jangan haraplah aku nak update blog time2 cenggini. haha. Memang time-time cam ni mesti akan rasa cepat betul masa berlalu.


Tapi ok jugak la postpone. Bolehlah aku betulkan balik report aku tu. Ada typing error ke, salah ayat ke, sempat la kan nak semak. Touch-up mana yg perlu. Slide tu bolehlah aku buat lawa-lawa. Cehh...macam la dapat markah lebih kalau buat macam nak gempak. -__-" 2 minggu je lagi nak hadap semua ni. Sabar ye.


Lepas ni? 
Lagi 2 mingguu.....


Yeay...lepas 2 minggu ni bolehlah aku manjakan diri dengan novel-novel yg bersususn kat bilik tu. Novel yg beli kat Pesta Buku tu pon ada yg x berusik lagi tau. wuu.. Dari awal sem aku tahan dari baca novel. So far, baru 1 novel je yg berjaya dikhatamkan. Kang kalau da terbaca novel-novel ni, mau x ingat dunia jugak la aku. Tak bersiap nanti thesis tuh. 

Ni baru sebahagian. Kat rak buku lagi banyak taw. hihi


Lepas 2 minggu ni jugak laa aku nak main game puas-puas. haha. Sorilaa...sy ni kadang-kadang memang hantu game. Tapi x la sampai macam sesetengah orang yg suka main game hari-hari. Ada masanya jugak. Agak-agak kalau free aku main la. hehe. Tu sebab aku tak main game kat fesbuk. Takut aku jadi leka nanti. 

Berderet game yg menunggu aku taw. hoho
Ada sesiapa tahu kat mana boleh download game yg best-best? ehehh..


Dan lepas 2 minggu ni bolehlah bercuti dengan gembiranyaa...


Dan lepas 2 minggu ni jugak la unofficial tamat degree :)


Sekian :)

p/s: Jaga kesihatan oke! Jerebu makin teruk kat luar.
Banyakkan minum air masak ye ^^


Friday, 21 June 2013

Tamat sudah Praktikal saya!



Assalamualaikum

Today is 21st June 2013. At 5 pm, im officially done with my practical training for this semester! Yeay! \(^_^)/ Tinggal nak viva and hantar full report je lepas ni. 2 stages je lagi nak lepas semester ni. Ya Allah! Rasa x sabar nak habiskan semua ni. I dont know how to express my feeling right now. Banyak pengalaman yg aku dapat sepanjang aku praktikal 5 bulan ni... A very big thankful to my bos, cc, akak-akak, abang-abang, pakcik and makcik semua :P yg terima saya dengan baik, banyak ajar saya tentang itu ini. Terlalu banyak yg saya dapat sepanjang saya praktikal. Gelak tawa n gurau senda dari staff-staff kat jabatan x akan aku lupakan :')


Terima kasih buat staff Jabatan Perbendaharaan yg meraikan saya dan rakan-rakan saya untuk majlis perpisahan hari tu. Tak sangka banyak betul makanan yg dihidangkan ye. ngeh3. Nak meletup perut aku tahu? haha.


Dan....


Terima kasih bagi saya buah tangan... Kite terharu taw..eceh eceh.. :P


Lepas ni, prepare nak siapkan report! Chayok2! Farah power mode on!!


Saturday, 15 June 2013

My Baby is Back!!

Assalamualaikum


Weehuu! ^^.  baby i da ok taw korang! hehe.
Baby? Oh. Cik Acer sebenarnya yg da ok.
Isnin lepas terus je hantar kedai. Mana boleh tangguh-tangguh lagi saat genting macam ni. Macam telur kat hujung tanduk tahu nak dekat habis sem ni. huhu

Ok. terbukti sudah, laptop aku kena virus masa download. Pengajarannya, sebelum nak download apa-apa fail, lihat dulu website tu macam mana. Agak-agak macam tak biasa tengok or tak biasa dengar, aku nasihatkan baik jangan teruskan. Kang menangis tak berlagu korang. hoho. Entah siapa la tuh. 



Nasib baik kena format je. Dan nasib baik fail-fail penting aku boleh transfer ke D. Kalau hari tu kena repair, aiyooo.. tak pasal-pasal harga repair da sejibik macam harga laptop baru. Dngan slang Cina yg pekat, apek kat kedai tu cakap,  kalau time format die hang separuh jalan, itu laptop kena repair oo. Kena mau check bahagian dalam part mana yg rosak. 


Dan Alhamdulilah, laptop aku x ada masalah. hihi. Mesti die x nak tinggalkan tuan dia yg kiut miut ni. wahaha. :P *oh, pleeeaaaseelahhh!*


Walaupun da burn RM40, tapi selagi Cik Acer ni masih lagi  berfungsi, akan aku jaga dia baik-baik selepas ni. Bye2 uollls.




Sunday, 9 June 2013

Kerinduan sama anak dan cucu




Dua hari aku cuti dari kerja minggu ni. Khamis dan Jumaat. Dan bila aku mintak cuti untuk hari Khamis dari supervisor aku Selasa lepas, dia tanya "Kenapa x cuti sampai hari Jumaat? Balik kampung kan..." And I was like O_o. Oww.. "Entah, mak saya suruh mintak cuti hari Khamis" Padahal dalam hati da berjimba nak extend cuti sampai hari Jumaat bila supervisor da tanya cenggitu. hueheu.


Kat kampung, atuk dan acik je yg tinggal sekarang ni. Berdua sahaja. Dan atuk mana yg x gembira bila lihat anak, menantu dan cucu-cucunya balik. Itu aku dapat lihat dari raut wajahnya. Mesti atuk bayangkan keriuhan yg bakal tercetus dalam rumah. Khamis pagi bila aku sampai kat rumah atuk, nampak dengan jelas atuk terkejut dengan kedatangan kami. :') 

Rumah yg banyak melakar kenangan dalam keluarga Amat Sarbini


Bukan senang nak kumpul ramai-ramai macam dulu-dulu. Kalau nak betul-betul meriah, tunggu ada kenduri ke, hari raya ke, barulah semua balik. Berkejaran la cucu-cucu atuk kat depan laman rumah ni. Maklumlah, bila sepupu ramai yg kecik-kecik -,-' Lagi meriah kalau arwah nenek ada. Nenek selalu masak sedap-sedap. Sedar x sedar da 4 tahun nenek pergi tinggalkan kami. Rindu nenek :"(


Seronok Atuk melayan Haziq bila Haziq da x takut orang lagi. X mo takut-takut kat orang lagi ye budak bam bam :D


30-40 tahun lagi, usia makin meningkat. Mungkin bila kita da tua-tua nanti, macam ni lah yg kita alami agaknya kan. Hanya menunggu di rumah, menunggu panggilan telefon dari anak-anak dan cucu-cucu, menanti khabaran dari mereka bila mereka akan pulang menjenguk kita.  Kerinduan yg tidak tertanggung. :( Agaknya time tu barulah kita rasa apa yg atuk nenek kita rasa.


Sayangilah dan hargailah org yg tersayang selagi hayat kita dikandung badan

Saturday, 8 June 2013

Dugaan Apa Pulak Kali ni....



Lagi 2 minggu thesis kena siapkan sepenuhnya. Allah, kejadian malam tadi seakan nak buat aku meraung satu dunia. Sedang membuat thesis, at the same time aku tengah download software SPSS untuk kali yg ke 2 selepas SPSS yg sebelum ni da expired untuk kesekian kalinya. Tahu tak, nak download je da makan berejam-rejam, last-last dia bagi aku malang. Habis je download, pelik  jugak la bila file dalam form Archieve Zip. Kenapa nak kena extract pulak. Then, dengan sesuka hatinya aku pon extract bila dia da mintak berbuat demikian sebelum boleh install.

Selesai je, laptop tiba-tiba hang. Jangan buat hal...aku tengah siapkan thesis ni ha... Banyak da aku buat ni...Dari petang tadi tuh. Hati aku time tu macam nak meloncat keluar bila laptop cik Acer da merajuk macam ni. Banyak benda penting dalam tu.....


Dan


Pap!

Shutting down............................... (tidakkkkk!)


Tenangkan hati. Aku on kan balik. Menunggu window muncul. Ok, muncul macam biasa. Pastu, tiba-tiba banyak keluar box. Dan hampir nak terkeluar biji mata bila banyak terbaca banyak program missing, kena install balik, ada program x active. Holaaa.... Kenapa jadi macam ni T_T Aku try click button start kat bawah dan betul...bila click kat all programs, banyak benda takde. Kenapa ni...kenapa ni.... Cepat-cepat click Microsoft Word. Dengan harapan dapat bukak document yg da autosaved. Nak transfer ke pendrive. Dan Micrososft Office pon install sebelum boleh buka. Dapat je bukak Cik Acer hang lagi. Terus semua file hilang dan dia tershut down dengan sendirinya. Tiba-tiba lampu menyala balik. Laptop on dengan sendirinya juga. Memang da gila laptop ni! Hidup je laptop tu,  aku cepat-cepat copy file thesis aku dan transfer ke pendrive cepat-cepat. Mujur sempat!



Dan dia akan mati sendiri dan ter 'on' dengan sendirinya bila aku cuba hidupkan selepas tu. Berulang-ulang kali. Nak tak nak aku tarpaksa tanggalkan bateri dan cabut charger untuk elak laptop hidup.



Mustahil x keluar air mata aku malam tadi T___T Thesis yg aku siapkan x dapat diselamatkan. Tapi nasib baik ada document asal yg sempat ambil. Maunya tak menangis bila banyak kenangan dalam tu. Benda-benda penting lagi. Ada sebahagian jurnal aku cuma bookmark je.


Pagi tadi on kan balik. Masih lagi perangai yg sama :'(


Mujur adik aku tengah bercuti sekarang ni. Boleh guna laptop dia kejap sementara dia tengah cuti. Apa yg pasti Cik Acer akan aku betulkan juga dalam minggu ni :( Mohon jangan hilang semua gambar dan report-report aku dalm tu. hukhuk.


Maybe lepas ni aku da serik nak download benda-benda yg aku jarang download. Serikkk!!!!


Wednesday, 5 June 2013

Wordless Wednesday # Sahabat #




Nasihat Imam Shafie dalam mencari sahabat


Kawan senang dicari. Tapi kawan yg bersama kita ketika susah sukar dicari. Jika ada kawan yg sudi bersama ketika susah, hargailah mereka. Kerana sebenarnya mereka lah sahabat yg terbaik untuk kita.


Sunday, 2 June 2013

Permulaan Jun



Hai JUNE! Awak paling dinantikan tahu sebab awaklah bulan yg berada di tengah-tengah tahun. Sudah nak melangkah masuk ke pertengahan tahun. Hai, kejapnya masa berlalu *sambil garu-garu jerawat kat pipi yg baru tumbuh. Atas tahi lalat pulak tu. sigh*  Dan nak tahu tak lagi 3 minggu je saya nak habis praktikal. Weehuuu     \(^__^)/ Dan lagi 3 minggu jugak la kena berhempas pulas siapkan thesis. sob sob (T__T ) Mohon tajuk kali ini dapat membantu. Mohon sangat-sangat.


Permulaan bulan kali ni berlaku perkara yg x dingini. hoho. Biasalah kan, x semua perkara yg kita buat mesti menjadi kan. Nak tahu, semangat aku untuk membuat homemade aiskrim membuak-buak dari bulan lepas. Dan lepas balik kerja Jumaat lepas, aku terus beli barang yg diperlukan selepas menelek beberapa resipi kat internet.

Malam tu juga dengan semangatnya, aku kumpulkan bahan-bahan kat satu tempat then terus click! Haha. Kepoyoan snap gambar terserlah dengan harapan dapat berkongsi pengalaman membuat aiskrim kat blog. huahua. Bahan-bahan perisa bukan main jenis aku beli. Ada chipsmore, strawberry chip, yogurt. Nampak tak betapa tinggi taste aku? kahkah.


Bahan asas cuma susu sejat, susu pekat ovelette dengan telur je (lupa nak letak kat pic). Sambil melayan drama #SSID aku pon mula la memutar bahan-bahan dgn menggunakan mixer. Dari mula cerita sampai habis cerita, tak jugak pekat-pekat adunan susu tuh. Pastu decide nak guna blender pulak. Pastu guna mixer. Berulang-ulang kali, tapi result dia sama je.


Ok la. takpe. Buat cara seterussnya. Terus masukkan dalam mangkuk. Masukkan koko, chipsmore, strawberry chip n yogurt. Kacau sampai sebati. Sedapkan hati mesti keras esok pagi sebab walau apa pon mesti keras jugak kan bila da letak dalam peti ais. (time tu hati 50-50 je. Sbb tau mesti x jadi) 


Keesokan paginya.......


Adik: Kakak, aiskrimnya tak sedap pon. Eee...manis betul. Aiskrimnya cair la kak.

Me : Diam (T_______________________T)


Setelah dikaji selidik, baru ku tahu, mixer tu tak berapa laju sebab kelajuannya da rosak sedikit. Tu yg adunan tak kental-kental. Orang lain buat dapat banyak bekas, aku buat 1 bekas aiskrim tu tak penuh pon. Oke, fine!


Hancur luluh harapan daku.