Monday, 24 June 2013

2 Minggu lagi....

Assalamualaikum


Dapat update blog dengan sesuka hatinya bila dapat tahu viva dipostpone ke 1 July ni bersamaan hari Isnin. Dapat tau pagi tadi. Kalau x ada sebarang perubahan sebelum ni, memang esok atau lusa aku kena viva. Jangan haraplah aku nak update blog time2 cenggini. haha. Memang time-time cam ni mesti akan rasa cepat betul masa berlalu.


Tapi ok jugak la postpone. Bolehlah aku betulkan balik report aku tu. Ada typing error ke, salah ayat ke, sempat la kan nak semak. Touch-up mana yg perlu. Slide tu bolehlah aku buat lawa-lawa. Cehh...macam la dapat markah lebih kalau buat macam nak gempak. -__-" 2 minggu je lagi nak hadap semua ni. Sabar ye.


Lepas ni? 
Lagi 2 mingguu.....


Yeay...lepas 2 minggu ni bolehlah aku manjakan diri dengan novel-novel yg bersususn kat bilik tu. Novel yg beli kat Pesta Buku tu pon ada yg x berusik lagi tau. wuu.. Dari awal sem aku tahan dari baca novel. So far, baru 1 novel je yg berjaya dikhatamkan. Kang kalau da terbaca novel-novel ni, mau x ingat dunia jugak la aku. Tak bersiap nanti thesis tuh. 

Ni baru sebahagian. Kat rak buku lagi banyak taw. hihi


Lepas 2 minggu ni jugak laa aku nak main game puas-puas. haha. Sorilaa...sy ni kadang-kadang memang hantu game. Tapi x la sampai macam sesetengah orang yg suka main game hari-hari. Ada masanya jugak. Agak-agak kalau free aku main la. hehe. Tu sebab aku tak main game kat fesbuk. Takut aku jadi leka nanti. 

Berderet game yg menunggu aku taw. hoho
Ada sesiapa tahu kat mana boleh download game yg best-best? ehehh..


Dan lepas 2 minggu ni bolehlah bercuti dengan gembiranyaa...


Dan lepas 2 minggu ni jugak la unofficial tamat degree :)


Sekian :)

p/s: Jaga kesihatan oke! Jerebu makin teruk kat luar.
Banyakkan minum air masak ye ^^


3 comments:

Komen di sini kalau suka =)