Sunday, 9 June 2013

Kerinduan sama anak dan cucu




Dua hari aku cuti dari kerja minggu ni. Khamis dan Jumaat. Dan bila aku mintak cuti untuk hari Khamis dari supervisor aku Selasa lepas, dia tanya "Kenapa x cuti sampai hari Jumaat? Balik kampung kan..." And I was like O_o. Oww.. "Entah, mak saya suruh mintak cuti hari Khamis" Padahal dalam hati da berjimba nak extend cuti sampai hari Jumaat bila supervisor da tanya cenggitu. hueheu.


Kat kampung, atuk dan acik je yg tinggal sekarang ni. Berdua sahaja. Dan atuk mana yg x gembira bila lihat anak, menantu dan cucu-cucunya balik. Itu aku dapat lihat dari raut wajahnya. Mesti atuk bayangkan keriuhan yg bakal tercetus dalam rumah. Khamis pagi bila aku sampai kat rumah atuk, nampak dengan jelas atuk terkejut dengan kedatangan kami. :') 

Rumah yg banyak melakar kenangan dalam keluarga Amat Sarbini


Bukan senang nak kumpul ramai-ramai macam dulu-dulu. Kalau nak betul-betul meriah, tunggu ada kenduri ke, hari raya ke, barulah semua balik. Berkejaran la cucu-cucu atuk kat depan laman rumah ni. Maklumlah, bila sepupu ramai yg kecik-kecik -,-' Lagi meriah kalau arwah nenek ada. Nenek selalu masak sedap-sedap. Sedar x sedar da 4 tahun nenek pergi tinggalkan kami. Rindu nenek :"(


Seronok Atuk melayan Haziq bila Haziq da x takut orang lagi. X mo takut-takut kat orang lagi ye budak bam bam :D


30-40 tahun lagi, usia makin meningkat. Mungkin bila kita da tua-tua nanti, macam ni lah yg kita alami agaknya kan. Hanya menunggu di rumah, menunggu panggilan telefon dari anak-anak dan cucu-cucu, menanti khabaran dari mereka bila mereka akan pulang menjenguk kita.  Kerinduan yg tidak tertanggung. :( Agaknya time tu barulah kita rasa apa yg atuk nenek kita rasa.


Sayangilah dan hargailah org yg tersayang selagi hayat kita dikandung badan

3 comments:

  1. bukan cuti sebab israk mikraj ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. x cuti. sedih bila perayaan islam yg penting x dijadikan cuti umum :(

      Delete
  2. ishhh..geramnya tngok si come2 bam..bam..>_<
    salam kenalan ..
    saya follow blog farahin..:)
    jemputla ke blog saya nanti ye
    sekuntumbungazara.blogspot.com
    time kcih..:)

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)