Sunday, 2 June 2013

Permulaan Jun



Hai JUNE! Awak paling dinantikan tahu sebab awaklah bulan yg berada di tengah-tengah tahun. Sudah nak melangkah masuk ke pertengahan tahun. Hai, kejapnya masa berlalu *sambil garu-garu jerawat kat pipi yg baru tumbuh. Atas tahi lalat pulak tu. sigh*  Dan nak tahu tak lagi 3 minggu je saya nak habis praktikal. Weehuuu     \(^__^)/ Dan lagi 3 minggu jugak la kena berhempas pulas siapkan thesis. sob sob (T__T ) Mohon tajuk kali ini dapat membantu. Mohon sangat-sangat.


Permulaan bulan kali ni berlaku perkara yg x dingini. hoho. Biasalah kan, x semua perkara yg kita buat mesti menjadi kan. Nak tahu, semangat aku untuk membuat homemade aiskrim membuak-buak dari bulan lepas. Dan lepas balik kerja Jumaat lepas, aku terus beli barang yg diperlukan selepas menelek beberapa resipi kat internet.

Malam tu juga dengan semangatnya, aku kumpulkan bahan-bahan kat satu tempat then terus click! Haha. Kepoyoan snap gambar terserlah dengan harapan dapat berkongsi pengalaman membuat aiskrim kat blog. huahua. Bahan-bahan perisa bukan main jenis aku beli. Ada chipsmore, strawberry chip, yogurt. Nampak tak betapa tinggi taste aku? kahkah.


Bahan asas cuma susu sejat, susu pekat ovelette dengan telur je (lupa nak letak kat pic). Sambil melayan drama #SSID aku pon mula la memutar bahan-bahan dgn menggunakan mixer. Dari mula cerita sampai habis cerita, tak jugak pekat-pekat adunan susu tuh. Pastu decide nak guna blender pulak. Pastu guna mixer. Berulang-ulang kali, tapi result dia sama je.


Ok la. takpe. Buat cara seterussnya. Terus masukkan dalam mangkuk. Masukkan koko, chipsmore, strawberry chip n yogurt. Kacau sampai sebati. Sedapkan hati mesti keras esok pagi sebab walau apa pon mesti keras jugak kan bila da letak dalam peti ais. (time tu hati 50-50 je. Sbb tau mesti x jadi) 


Keesokan paginya.......


Adik: Kakak, aiskrimnya tak sedap pon. Eee...manis betul. Aiskrimnya cair la kak.

Me : Diam (T_______________________T)


Setelah dikaji selidik, baru ku tahu, mixer tu tak berapa laju sebab kelajuannya da rosak sedikit. Tu yg adunan tak kental-kental. Orang lain buat dapat banyak bekas, aku buat 1 bekas aiskrim tu tak penuh pon. Oke, fine!


Hancur luluh harapan daku.




1 comment:

  1. jgn risau sis...next time boleh cuba lagi..mesti menjadi :)

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)