Wednesday, 31 July 2013

Resipi : Ayam Masak Ungkep


Assalamualaikum


Dalam 2 hari lepas, menu berbuka kat rumah ialah ayam masak ungkep. Lama tak makan ooo. Sedap! Dengan rasa rempah ratus yg da dicampur kat ayam, rasa fresh gituu. Mesti ada yg rasa pelik kan bila dengar perkataan ungkep tu. Oke, Actually, ni masakan Jawa taw! Orang Jawa mesti familiar sangat dengan masakan ni sebab boleh dikatakan ni masakan turun temurun. Nampak sangat la kan aku ni anak orang Jawa. hoho. 



Ni gambar ehsan dari pakcik Google. 
Dah la puasa, gambar pulak menggiurkan. Jangan meleleh air liur pulak tengok gambar ni! :P

Takat buat meleleh air liur buat ape kan? Daripada kecur, better korang try resipi ni. Bahan bukan susah mana pon. Meh aku nak share resipi menu ayam masak ungkep. Buat yg tercari-cari menu and tak tahu nak buka apa puasa ni, x rugi pon mencuba! 

Bahan yg diperlukan:

Setengah ekor ayam (saiz kecil - potong siap-siap)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2  inci lengkuas (kalau ada)
2 batang serai (kalau ada)
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
2 biji kentang - potong lapan untuk 1 biji
Sedikit kunyit
3 sudu kecil garam
Sedikit gula


Cara-cara nak masak:
1.  Mula-mula, blend kan dulu bahan-bahan yg aku boldkan kat atas tu.
2.  Lepas da blend, tuangkan bahan kisar ke dalam mangkuk yg berisi ayam
3. Masukkan sedikit kunyit, garam dan gula. Kalau kurang kuning, tambah kunyit ye. Jangan lupa rasa! Agak-agak kurang masin jangan lupa tambah garam oke.
4.  Peramkan sekejap. Dalam 15 - 30 minit. 
5. Panaskan minyak dalam kuali. Kuantiti minyak tu agak banyak jugak, anggaran dalam 3 senduk sebab kalau kurang minyak nanti nampak tak kering bila dah masak.
6.  Dah panas, masukkan ayam yg diperam tadi bersama kentang. Pastikan api dipasang kecil sahaja. Biarkan dan tutup dengan tutup kuali ke, tutup periuk ke and apa-apa yg boleh dibuat tutup. 
7.  Tapi, jangan la biarkan je. Hangus nanti. hehe. Make sure kena kacau dalam setiap 5-10 minit untuk pastikan ayam tu masak.
8. Agak-agak dah nampak kering macam kat dalam gambar kat atas tu, maknanya da siap la tuh!

Siap! Senang je kan nak buat! :D

Hasilnya akan jadi macam ni.
Ni buat time kenduri cukur rambut. Sebab tu lah ayam besar-besar. hihi


Selamat Mencuba! XD


Monday, 29 July 2013

10 Akhir Ramadhan


Assalamaulaikum


Happy 20 Ramadhan! =)  Esok dah nak masuk Ramadhan yg ke 21. Jom sama-sama rebut peluang & gandakan amalan utk malam-malam Ramadhan yg terakhir kali ini.




Moga kita bertemu malam yg lebih baik dari 1000 bulan. In Shaa Allah :)



Thursday, 25 July 2013

Next Stage



Assalamualaikum

Dalam kepayahan nak memperjuangkan tanaman anggur gua di rumah, baik kita berjuang dalam bidang lain. Takdok untung pon. Tanah kat rumah pon keraih, sampai kucing bertanduk memang tak hidup-hidup pokok tu. kuikui. K, aku da melalut. --' Oke oke. Aku nak story mory sikit kat korang lah. Aku cuak satu benda. Pasal kerja. 


Cuti ni kat rumah, selalu jugak aku usha-usha kerja kosong. Kerja memang melambak kat luar tu, siyes wa cakap sama lu. Tapi, aku lebih lagi prefer in Selangor area. Eh, tak tak. Spesifikkan lagi. Aku cari tempat yg dekat-dekat dengan rumah aku, yg boleh aku ulang-alik dari rumah. Aku ni dah la tak suka menghadap jem. Nanti tak produktif sungguh kerja aku kalau hari-hari balik rumah asyik penat je menghadap jem. huhu. 




Target aku sekarang sekitar kawasan rumah aku. Kat sini memang kawasan Zon Perindustrian Bebas, so kilang-kilang kat sini memang melambak. Dari kecik sampai ke besar semua ada. Dan ada sebahagian kilang yg aku target, aku da pos resume n application letter bagai. Harapnya ada feedback la. Tak payah nak tunggu bukak job vacancy, memang aku hantar je. Mana lah tahu ada yg sangkut kan? Mohon sangat mereka dilembutkan hati untuk panggil aku.


Kat website bank, kerajaan and website lain pon aku telek jugak. Jobstreet pon aku usha, so far banyak kat area KL, PJ, senang cerita kat area bandar la. Sebenarnya agak jauh jugak la dari rumah. Andai kata aku apply pon dan tiba-tiba aku terpilih untuk panggil interview, entah boleh datang entah tak. Itu yg aku fikir sebab memikirkan transport. Dan juga aku tak tahu tang area mana company tuh --' Google Maps pon entah-entah tak membantu. Kalau takat Klang, Port Klang, Shah Alam aku boleh consider lagi. Memang ada kat area situ. Berkira-kira lagi mahu apply ke tidak. Baik jangan lepaskan peluang kan?


Takpe, yg penting usaha dan doa. Kan? 



Wednesday, 24 July 2013

Pulau Perhentian Part II



Assalamualaikum


Oke, now aku nak sambung cerita pasal trip ke Pulau Perhentian yg aku cerita entry lepas. Hari tu aku cerita first day punya kisah. Kali ni aku nak cerita aktiviti untuk hari ke 2 and ke 3. Entry ni mungkin agak panjang...So...agak-agak bosan, scroll terus ke bawah. hihi. 

Tengah syok bergambar, tup tup da kena panggil suruh cepat --"

Aktiviti yg seterusnya ialah snorkeling. Bukan hanya kami berlapan je yg nak buat aktiviti ni, tapi join sekali dengan group lain dari chalet yg sama. Gerak ramai-ramai gitu. Tapi yg x syoknya, kami terpaksa berpecah disebabkan nak menghadkan bilangan penumpang bot. So, setelah berdiskusi dengan muka masam plus jeruk (haha) kaum adam terpaksa mengalah dan terpaksalah naik bot dengan group lain. 

Ni semua muka sihat sebelum gerak. Nanti hang semua tengok la rupa lepas 4 jam kemudian. kuikui


Ada 4 points yg kitorang pergi untuk snorkeling. Fish point, coral point, turtle point and shark point. 

Pheww...aku rasa lawak bila tengok muka kitorang pakai goggle. Entah kenapa aku terbayangkan muka kawan Spongebob yg ini haa 


Haaiii. Nama saya Squidward. Kawan kepada Spongebob. Ada hati nak samakan muka aku dengan korang ye. (hahaha)



Wuhuu! Dari atas da nampak dasar uolls! Bak kata kak FL, feeling kat Maldives gituu..hehe


Nampak budak-budak comel yg excited sungguh buat peace tu? Aku salah seorangnya. haha.
Padahal time tu masing-masing tengah muka biru gara-gara x reti lagi guna goggle. Dengan tak reti berenangnya lagi. Makanya, kami semua patah balik ke tepi pantai, belajar dulu macam mana nak bernafas guna mulut melalui goggle. haha. Sungguh haru ye kami semua. Then, bila dah tahu teknik yg betul, barulah kitorang semua perlahan-lahan ke tengah laut. Itu pon terpaksa berpaut sesama sendiri. hihi. Bila je da nampak ikan berenang-renang depan mata, automatik terus da expert da! hahah. Tak percaya? Ini next points punya gambar. 


Pesan aku, kalau nak snorkeling, bawak bekal roti banyak-banyak. Kat sana x ada kedai runcit oke. huhu. (Better bawak bekal makanan banyak-banyak kalau nak ke sana sebab harga yg dijual 2 kali ganda mahalnya -.-") Kalau ada roti, barulah ikan-ikan nak friendly dengan kita. Pandai ikan-ikan ni demand ea. hehe. Syok weh bila ikan-ikan semua gigit roti kat tangan kita. Menderu laju diorang semua gigit. 

Seperti yg dijanjikan, kami semua dihidangkan bbq dish untuk malam yg terakhir! 

Mati kutu kitorang semua bila da habis makan sebab tak tahu nak buat aktiviti apa. Then, jalan-jalan ambil angin malam dari hujung chalet kat hulu sampai hujung chalet kat hilir. hehee. Kat Perhentian ni bukannya macam kat Langkawi or Pangkor, ada kereta bagai. Korang hanya mampu dengar bunyi cengkerik je la bila da tengah malam...krik..krikk..


Keesokan harinya, wuhuu! last day kitorang kat Perhentian. Pagi-pagi tu sempat jungle trekking before breakfast. 


Dalam 20-30 minit berjalan, jumpalah satu tempat ni. Tadaaa!!


Tak sangka boleh tembus ke sini sebab kalau naik bot nampak agak jauh ye dari chalet kitorang ke resort ni. Haa! Kat sini jugak lah tempat kitorang snorkeling nak tengok penyu. Dapat bayangkan tak, keluar dari hutan je kitorang da macam rusa masuk kampung bila sampai ke resort ni. Haha. Siyess cantik sangat! Air laut lagi jernih!



Memandangkan hari tu jugak kami akan pulang, so pagi tu kitorang bersiap secepat yg boleh. Tak lengkap la kan kalau pulang x ada buah tangan kann! Pekan Kota Bharu destinasi yg dituju selepas tu. Check out dari chalet dalam pukul 11am.



At Kota Bharu

Sebelum bertolak ke Kota Bharu, kitorang sempat la jugak beli ole-ole kat jeti Kuala Besut. hehe. Lepas tu, dari sana kitorang amik van pulak dari jeti nak ke Kota Bharu dengan kadar bayaran RM120. Oleh sebab kitorang mintak pkcik van bawakkan kami semua jalan-jalan, kena charge lebih sikit la dalam RM180. Sorang kena bayar dalam lingkungan RM22.50.

Dan kami singgah ke sini! Dapatlah berbundle-bundle keropok lekor buat bekalan untuk rumah. hehe



Next, Pasar Siti Khadijah!



Dah la orang luar, bawak beg penuh kat kiri kanan, pakcik van pulak tinggalkan kami macam pelarian. Apalah nasib kami. Beg pon terpaksa kami bawak sebab pakcik van nak ambil penumpang lain pulak. Bila da selesai shopping baru pakcik tu datang ambil balik.huu --' Takkan nak bawak beg besar gedabak ke hulu hilir. Penyelesaiannya!

Separuh masuk dulu. Yg lain jaga beg. Limit 1 jam je ye. Then, baru tukar tempat. huhu

Memang betul-betul pelarian nih! haha

Dalam pukul 5.30pm, pakcik van pon ambil kami untuk hantar ke airport. Flight pukul 8, kang terlepas flight tak ke naya. 

Walaupun lepas snorkeling kitorang semua da kemabukan tahap gaban, (da rupa macam mati laki pon ada. hehe) aktiviti snorkeling tu masih lagi terbayang-bayang kat mata. Woo best weh wa cakap sama lu. Kepuasan tu memang kat tahap maksimum  bila dapat tengok coral n ikan-ikan kat depan mata. Pape pon, memang akan rindu Perhentian :)

Oke, ini ongkos yg terlibat sepanjang trip ni PER PERSON. Tak termasuk duit shopping. hehe


  Flight pergi balik                                          : RM 130
  Pakej penginapan, makanan, bot & aktiviti   : RM290
  Tambang ERL                                             : RM 12.40
  Bayaran untuk parking kereta                       : RM5.50
  Tambang teksi & van                                   : RM 40
  Cukai utk taman laut                                    : RM 5
  Total                                                           : RM 482.90

Selamat bercuti! :)



Monday, 22 July 2013

Aplikasi LINE kini di PC!


Assalamualaikum


Wow! Kini aplikasi LINE yg popular tu da available on PC lah! Bagi yg guna smartphone tu dan dah ada LINE, anda semua boleh aktifkan melalui smartphone korang semua. Pergi je kat bahagian setting tu, then masukkan email korang.

video

Dah tengok iklan LINE yg terbaru? Yg menampilkan Nazim Othman? Perasan kan ada seekor kucing yg gebuss yg dok syok tekan keyboard PC tu? Mesti ada sebahagian yg dah tau yg pemilik kucing tu adalah milik blogger and photographer famous, Aizul Marcello iaitu abang kepada Irine Nadia Marcello dan juga suami kepada akak Lynda Roslan. Untunglahh kalau kucing cantikk. Boleh jadi model iklan maa! hehe. 

Kalau kucing aku? Hmmm....


You nak jadi model iklan? Urgh. out of list la! kuikui. *Kesian kucing gua.haha*


Ok la! Salam semua! :D


Friday, 19 July 2013

Wayang Lama yg Menjadi Kenangan


Assalamualaikum




Walaupun aku da besar panjang, cerita kartun aku masih layan lagi, tetapi cerita kartun yg best-best lah. Contohnya Upin Ipin. Memang kalau tengok sekali imbas, cerita ni memang sesuai untuk budak-budak. Tapi x salah kalau kita yg da besar ni tengok sekali sebab cerita dia bukan kartun semata-mata. hehe


Dan, baru-baru ni, ada episod pasal Kenangan Mengusik Jiwa. Penampilan khas dari Aziz Satar. Mengisahkan Upin Ipin dan rakan-rakannya begitu teruja bila berjumpa dengan rakan Allahyarham P. Ramlee, iaitu Aziz Satar. Banyak tribute tentang cerita P.Ramlee dalam episod ni. Contohnya Ali Baba Bujang Lapuk, Pendekar Bujang Lapuk, Bujang Lapuk dan lain-lain. Tergelak-gelak adik aku tengok episod ni. 


Aku terperasan sesuatu...


Zaman kanak-kanak yg lahir tahun 2000-an, kurang tahu pasal cerita-cerita P. Ramlee ni. Kalau dulu zaman aku kecik-kecik, memang cerita P.Ramlee ni la yg jadi salah satu cerita favourite. Tonton banyak kali sampai x bosan, sampaikan da hafal dia punya dialog. Gelak toksah cakap la. haha Da boleh sama taraf pontianak kalau tengok part yg kelakar-kelakar. hihi.  Tapi lagi syok kalau tengok ramai-ramai dengan saudara-mara taw.

Budak-budak sekarang?

Hm, aku tanya adik-adik aku pon, semua tayang muka blurr je. Haish. Budak-budak sekarang sangat rugi oke.. 

Tiga sekawan

Part yg aku x boleh lupa, yg aku gelak sampai nak terburai perut dalam cerita Bujang Lapok. Terkejut tengok mayat masih hidup, orang kampung berlari bertempiaran keliling kampung sambil bawak keranda kosong. haha. Dah la disiar dalam kelajuan yg tinggi. 



Oke. Scene ni pulak dalam ceita Seniman Bujang Lapok. Dialog yg buat aku teringat-ingat: 

" Lobang hidungmu tetap menjadi poojaann hatikuuu.."

Kalau korang baca, x rasa feel. Tapi buat sesiapa yg pernah tonton cerita ni, mesti teringat scene ni. hehe



Wednesday, 17 July 2013

Wordless Wednesday # Gambar Lama #





Terjumpa gambar ni
Satu je pesanan : Mohon jangan gelak bila jumpa muka aku -.-"


buibui



Tuesday, 16 July 2013

Thesis Berjaya Dipublish!



Assalamualaikum

Alhamdulilah! Lepas viva hari tuh, pulun aku siapkan and edit thesis cepat-cepat. Sebabnya kalau boleh dah tak nak menghadap lagi da report tuh. hueee... Tak banyak pon yg nak dibetulkan, dan lastly, this is the final report that i've been done for this semester :) Love this topic mehh...This thesis would not have been possible without help and guidance from my advisor. 


Akhirnya, terlepas sudah beban as a degree student. Segala kenangan manis, pahit, masam serta masin untuk aku siapkan thesis ni akan aku sisipkan dalam ingatan. hehe. Mana mungkin berlaku di fasa lain. Hanya orang yg pernah bergelar pelajar yg tahu bagaimana nak lalui semua benda untuk siapkan report ni.


Dengan terhantarnya final report ni, maka tunggu masa nak konvo je nanti. Kejapnya masa berlalu, 3 tahun bergelar pelajar seakan tidak sempat nak rungkai semua benda bersama kawan-kawan. Entah bila akan ketemuan lagi. Zaman  pekerjaan yg akan kami kejar pula selepas ini.


Oke lah, buat masa sekarang aku sedang berusaha pulak meng'usha' kerja-kerja kosong. Harap akan ada yg memanggil. Doakan yg terbaik untuk saya ya! :)



Sunday, 14 July 2013

Pulau Perhentian I



Assalamualaikum


Hi korang! Amboi! Time puasa post pasal cuti. Memang menguji keimanan la kan! hehe. By the way, cuti kali ini konon-konon nak enjoy lepas habis viva and lepas hantar final report bagai lepas telek tarikh final. Awal semester da plan da. Manalah tahu tiba-tiba tarikh boleh bertukar dengan sesuka hatinya. Brrr! Tekanan tahap tak hingat bila trip ni dah siap booked, 100% complete, then salah seorang menjadi mangsa keadaan bila x dapat join trip ni. :( dan juga semua pakat cuak bila takut terkena tarikh viva time kami semua bercuti. hohoho. 


So, bermula la cerita kami untuk percutian ke Pulau Perhentian selama 3 hari 2 malam dari 5-7 Julai. 9 Julai aku viva. Memang terbaik la kan. haha, Dah la, now, kita fokus untuk bercuti je oke...Jangan stress-stress.. hihihi. Oke, Bermulalah perjalanan kami 8 orang ke KLIA pada pukul 4 pagi. Flight pukul 7.50am la makk...kaklong...Dengar tak ni? *Suara kaklong dlm Teduhan Kasih* hehe. Takkan lah nak parking kat KLIA kot, nama pon student lagi, haruslah meminimakan penggunaan duit. So, apa kata aplikasikan subjek Finance yg kita belajar dengan meletakkan kereta di Putrajaya Sentral.  Dan dari situ, akan naik ERL ke KLIA. Jimatlah duit kan! Barulah bajet namanya. Boleh pakai ke teori Finance aku ni? kahkah



1 jam perjalanan dari KLIA ke Kota Bharu tak rasa apa. Pung pang sana sini, tau-tau da sampai dah. Tak sempat nak buat tahi mata. hihi. Then, dari situ nak ke Jeti Kuala Besut memang kitorang semua sempat buat tahi mata kat dalam teksi. Kalau 10 minit perjalanan, boleh dimaafkan lagi la. Ini tambah 1 jam lagi perjalanan nak ke sana. Sah-sah la mengantuk..

Yeah.. da sampai jeti dah... Dah sampai! Dah sampai!


Tapi....


Ambil masa 1 jam ye kalau pergi pulau dengan menaiki bot. -,-' Belum sampai lagi ye nakk.... Dan bernasib baik sebab tak ambil masa yg lama nak tunggu bot. Baru je duduk, terus agen yg uruskan kami panggil untuk masuk ke dalam bot. 


Jangan mimpilah korang boleh pakai maxi dress or skirt bagai time nak naik bot. Kang ada free show pulak kat dalam tu. Mampu korang nak pegang tudung yg berterbangan and at the same time nak jaga baju ala-ala princess korang dari dilayangkan angin yg begitu teruja dan giat menghembuskan udara? Sebelah tangan kepit skirt, sebelah tangan lagi kepit tudung. Memang jadi patung cendana tak bertauliah kat dalam bot nanti. Sejam tu wehh...mampu? haha. 


Kitorang pergi ke Pulau Perhentian Besar sebab chalet yg akan kami duduk tu dah jadi pilihan kitorang iaitu Samudra Beach Chalet. Dengan pakej RM290 per person, benefit yg akan korang dapat ialah penginapan untuk 3H2M, breakfast, lunch and dinner, bbq for the last night, snorkelling untuk 4 points dan juga bot pergi dan balik. Oke sangat kan? :) Ni pon jenuh juga nak cari pakej yg murah-murah. Kena lah usaha kan! hihi. Samudra Beach Chalet ni sederet dengan Arowana Resort, Floray Bay Chalet & Fauna Chalet. 

Lunch pukul 1pm. Since kitorang datang sejam awal, terus la pergi ke chalet. Perut bukan main keriak keriuk bunyinya bahana lapar. Langsung tak makan apa pon pagi tu. Nasib baik aku jadi penyelamat taw. hihi. Bawak roti keping, kaya and chipsmore. Boleh la buat alas perut dulu. 


Masa tengah tunggu makanan sampai tengahari tuh, tiba-tiba datang lah pelayan ni bawak 2 pinggan telur dadar, and 2 pinggan sayur. Time tu rasa macam....err, ni je ke makanan kita? Okelah, sedar...pakej murah kan...huhu... Tup tup datang lagi 2 pinggan ayam sambal dengan 2 mangkuk tomyam, nasi dan air sejuk. Eh eh? banyaknya...hehe... Barulah nampak semua muka da jadi bersinar serta merta. Okeh sangat la ni! :D


Sebenarnya kat Perhentian ni, orang suka datang sebab nak relax. Tak banyak benda kita boleh buat kat sini melainkan snorkelling, jungle trekking, ambil angin kat tepi pantai, mandi-mandi. Agak-agak bosan, tidurlah kat chalet. Tapi serius pantai dia memang cantik. Jernih gitu... Jakun jugak la bila boleh nampak ikan berenang-renang... Nampak pasir dari atas macam nampak simen..hikhik. 


Korang bosan x? Biasanya orang cari benda tersembunyi kan? Apa kata korang cari pergerakan tersembunyi kat gambar ni. hahaha. Dah jumpa, jangan lupa bulatkan yee...hihi


Lepas je tidur petang tu, dan tak tahu nak buat apa, decide jalan-jalan kat tepi pantai. 


Ini baru first day punya cerita....


Tunggu next entry eyh...Banyak lagi nak cerita ni. Nantikan! Zass! :D


Thursday, 11 July 2013

Viva! Fuhh.


Assalamualaikum


Tajuk entry je da melambangkan diri aku sekarang ni. Lega yg teramat bila da lepas viva Selasa lepas. Setelah 3 kali dipostpone, akhirnya berakhirlah jugak detik yg mendebarkan. haha. Ayat x boleh nak blah lagi ke? :P Macam masuk audition. hoho


Oke la, for the first time aku ingat tunggu turn kat luar kelas then kita present sorang-sorang kat depan lecturer. Tapi sangkaan meleset sama sekali bila 2 orang lecturer kami merangkap panel dan juga merangkap advisor and examiner mintak kami 11 orang masuk ke dalam kelas. Oke...oke... --' nervous tu jangan kata lah macam mana kan.... lagi-lagi bila dapat tahu rupanya rakan-rakan lain juga perlu melihat apa yg akan dipresentkan kat depan kelas.


Rasa awkward benor bila 1 sem x buat sebarang presentation. Maklumlah da x ada kelas. hihi. Memandangkan aku datang lambat, so, aku jadi orang yg terakhir sekali present. Perasaan nervous terus je hilang bila da start cakap kat depan. Biasalah tuh...huhu.. Oleh sebab nak cepat, kami semua diminta present part yg penting je. Intro tu memang dah sah-sah la kena skip. LR pon sama. Part Findings je yg lecturer nak tengok. Tapi aku x habis pon present part tuh. haha. Sebab banyak benda yg aku buat, aku telah diminta summarizekan the overall research yg aku buat. Oke. Tamat macam tu je. kuikui.


Terus je sesi Q & A. Lepas je jawab few questions from them, dan dengar komen-komen dari lecturer, tamatlah viva aku. Sekian. Dan Alhamdulillah, report aku tak ada sebarang masalah. Kalau nak edit balik pon, sikit-sikit je la. 


Lepas viva baru boleh senyum. Lega tak terkata!
Lepas ni, tinggal hantar final report je. Yuhuu!



Wednesday, 10 July 2013

Salam Ramadhan!


Assalamualaikum


Ramadhan menjelma lagi. Bulan yg penuh keberkatan sudah tiba. 


Time macam ni lah banyak peluang nak rebut pahala banyak-banyak :) Jom sinari Ramadhan dengan perbanyakkan amalan


Selamat Menyambut Ramadhan!




Wednesday, 3 July 2013

Post Link Bermasalah



Assalamualaikum

Kalau korang perasan, kat sidebar aku ada dua benda alah ni :


Post link yg aku buat bagi memudahkan readers untuk terus pergi ke entry tersebut. Korang pilih je entry yg berminat nak baca, then just tekan click. X perlu la nak cari-cari kat archieve kan :) Apa yg menjadi masalah kat aku ialah bila tekan salah satu kat post link tu dia akan jadi macam ni : Contohnya aku click Cookies : Coklat Cornflakes


Haish. x faham aku... Kenapa mesti could not find eh? Susah la korang semua nanti. Apa yg aku perasan benda ni jadi lepas aku tukar nama blog aku. So, bila tekan Google Search, baru lah nanti dia akan keluar banyak entry untuk blog aku. Barulah boleh bukak entry tersebut kalau tekan melalui Google. 



Nampak tak entry yg aku box kan kat atas. Adakah sebab link entry tu nama blog yg lama? Jadi, dia x dapat nak link kan terus ke entry tersebut? Hmm.. Da berapa kali aku buat, asyik keluar yg sama je. 


Ada cara x atasi masalah ni? 

Aku pon tak berapa tahu sangat pasal benda ni..huhu.




Monday, 1 July 2013

Berita ini sungguh Indah



Assalamualaikum


Apa rasanya kalau kita terpaksa bercuti dengan hal pelajaran?  Bolehkah kita gembira n ketawa kesukaan ketika bercuti sedangkan kepala asyik memikirkan benda yg perlu disettlekan selepas bercuti? Aku rasa macam nak hentak kepala kat dinding...huwarghh..


Serius berita ni sangat sadis hokeyy.... 


Kurang 24 jam tak sabar nak lepas beban, tiba-tiba kannn....









Kita punya viva kena postpone lagi. T.T
Sehari sebelum puasa pulak tu. 
Semua benda da settle. Tinggal nak merepek depan lecturer je.
Sedih x sedih x?
Kita da x larat nak tunggu lama ni....wuwu
Wish me luck eh. 


Ok. babai. 

Memang this week aku tak jeling langsung thesis tuh.