Thursday, 25 July 2013

Next Stage



Assalamualaikum

Dalam kepayahan nak memperjuangkan tanaman anggur gua di rumah, baik kita berjuang dalam bidang lain. Takdok untung pon. Tanah kat rumah pon keraih, sampai kucing bertanduk memang tak hidup-hidup pokok tu. kuikui. K, aku da melalut. --' Oke oke. Aku nak story mory sikit kat korang lah. Aku cuak satu benda. Pasal kerja. 


Cuti ni kat rumah, selalu jugak aku usha-usha kerja kosong. Kerja memang melambak kat luar tu, siyes wa cakap sama lu. Tapi, aku lebih lagi prefer in Selangor area. Eh, tak tak. Spesifikkan lagi. Aku cari tempat yg dekat-dekat dengan rumah aku, yg boleh aku ulang-alik dari rumah. Aku ni dah la tak suka menghadap jem. Nanti tak produktif sungguh kerja aku kalau hari-hari balik rumah asyik penat je menghadap jem. huhu. 




Target aku sekarang sekitar kawasan rumah aku. Kat sini memang kawasan Zon Perindustrian Bebas, so kilang-kilang kat sini memang melambak. Dari kecik sampai ke besar semua ada. Dan ada sebahagian kilang yg aku target, aku da pos resume n application letter bagai. Harapnya ada feedback la. Tak payah nak tunggu bukak job vacancy, memang aku hantar je. Mana lah tahu ada yg sangkut kan? Mohon sangat mereka dilembutkan hati untuk panggil aku.


Kat website bank, kerajaan and website lain pon aku telek jugak. Jobstreet pon aku usha, so far banyak kat area KL, PJ, senang cerita kat area bandar la. Sebenarnya agak jauh jugak la dari rumah. Andai kata aku apply pon dan tiba-tiba aku terpilih untuk panggil interview, entah boleh datang entah tak. Itu yg aku fikir sebab memikirkan transport. Dan juga aku tak tahu tang area mana company tuh --' Google Maps pon entah-entah tak membantu. Kalau takat Klang, Port Klang, Shah Alam aku boleh consider lagi. Memang ada kat area situ. Berkira-kira lagi mahu apply ke tidak. Baik jangan lepaskan peluang kan?


Takpe, yg penting usaha dan doa. Kan? 



0 comments:

Post a Comment

Komen di sini kalau suka =)