Sunday, 14 July 2013

Pulau Perhentian I



Assalamualaikum


Hi korang! Amboi! Time puasa post pasal cuti. Memang menguji keimanan la kan! hehe. By the way, cuti kali ini konon-konon nak enjoy lepas habis viva and lepas hantar final report bagai lepas telek tarikh final. Awal semester da plan da. Manalah tahu tiba-tiba tarikh boleh bertukar dengan sesuka hatinya. Brrr! Tekanan tahap tak hingat bila trip ni dah siap booked, 100% complete, then salah seorang menjadi mangsa keadaan bila x dapat join trip ni. :( dan juga semua pakat cuak bila takut terkena tarikh viva time kami semua bercuti. hohoho. 


So, bermula la cerita kami untuk percutian ke Pulau Perhentian selama 3 hari 2 malam dari 5-7 Julai. 9 Julai aku viva. Memang terbaik la kan. haha, Dah la, now, kita fokus untuk bercuti je oke...Jangan stress-stress.. hihihi. Oke, Bermulalah perjalanan kami 8 orang ke KLIA pada pukul 4 pagi. Flight pukul 7.50am la makk...kaklong...Dengar tak ni? *Suara kaklong dlm Teduhan Kasih* hehe. Takkan lah nak parking kat KLIA kot, nama pon student lagi, haruslah meminimakan penggunaan duit. So, apa kata aplikasikan subjek Finance yg kita belajar dengan meletakkan kereta di Putrajaya Sentral.  Dan dari situ, akan naik ERL ke KLIA. Jimatlah duit kan! Barulah bajet namanya. Boleh pakai ke teori Finance aku ni? kahkah



1 jam perjalanan dari KLIA ke Kota Bharu tak rasa apa. Pung pang sana sini, tau-tau da sampai dah. Tak sempat nak buat tahi mata. hihi. Then, dari situ nak ke Jeti Kuala Besut memang kitorang semua sempat buat tahi mata kat dalam teksi. Kalau 10 minit perjalanan, boleh dimaafkan lagi la. Ini tambah 1 jam lagi perjalanan nak ke sana. Sah-sah la mengantuk..

Yeah.. da sampai jeti dah... Dah sampai! Dah sampai!


Tapi....


Ambil masa 1 jam ye kalau pergi pulau dengan menaiki bot. -,-' Belum sampai lagi ye nakk.... Dan bernasib baik sebab tak ambil masa yg lama nak tunggu bot. Baru je duduk, terus agen yg uruskan kami panggil untuk masuk ke dalam bot. 


Jangan mimpilah korang boleh pakai maxi dress or skirt bagai time nak naik bot. Kang ada free show pulak kat dalam tu. Mampu korang nak pegang tudung yg berterbangan and at the same time nak jaga baju ala-ala princess korang dari dilayangkan angin yg begitu teruja dan giat menghembuskan udara? Sebelah tangan kepit skirt, sebelah tangan lagi kepit tudung. Memang jadi patung cendana tak bertauliah kat dalam bot nanti. Sejam tu wehh...mampu? haha. 


Kitorang pergi ke Pulau Perhentian Besar sebab chalet yg akan kami duduk tu dah jadi pilihan kitorang iaitu Samudra Beach Chalet. Dengan pakej RM290 per person, benefit yg akan korang dapat ialah penginapan untuk 3H2M, breakfast, lunch and dinner, bbq for the last night, snorkelling untuk 4 points dan juga bot pergi dan balik. Oke sangat kan? :) Ni pon jenuh juga nak cari pakej yg murah-murah. Kena lah usaha kan! hihi. Samudra Beach Chalet ni sederet dengan Arowana Resort, Floray Bay Chalet & Fauna Chalet. 

Lunch pukul 1pm. Since kitorang datang sejam awal, terus la pergi ke chalet. Perut bukan main keriak keriuk bunyinya bahana lapar. Langsung tak makan apa pon pagi tu. Nasib baik aku jadi penyelamat taw. hihi. Bawak roti keping, kaya and chipsmore. Boleh la buat alas perut dulu. 


Masa tengah tunggu makanan sampai tengahari tuh, tiba-tiba datang lah pelayan ni bawak 2 pinggan telur dadar, and 2 pinggan sayur. Time tu rasa macam....err, ni je ke makanan kita? Okelah, sedar...pakej murah kan...huhu... Tup tup datang lagi 2 pinggan ayam sambal dengan 2 mangkuk tomyam, nasi dan air sejuk. Eh eh? banyaknya...hehe... Barulah nampak semua muka da jadi bersinar serta merta. Okeh sangat la ni! :D


Sebenarnya kat Perhentian ni, orang suka datang sebab nak relax. Tak banyak benda kita boleh buat kat sini melainkan snorkelling, jungle trekking, ambil angin kat tepi pantai, mandi-mandi. Agak-agak bosan, tidurlah kat chalet. Tapi serius pantai dia memang cantik. Jernih gitu... Jakun jugak la bila boleh nampak ikan berenang-renang... Nampak pasir dari atas macam nampak simen..hikhik. 


Korang bosan x? Biasanya orang cari benda tersembunyi kan? Apa kata korang cari pergerakan tersembunyi kat gambar ni. hahaha. Dah jumpa, jangan lupa bulatkan yee...hihi


Lepas je tidur petang tu, dan tak tahu nak buat apa, decide jalan-jalan kat tepi pantai. 


Ini baru first day punya cerita....


Tunggu next entry eyh...Banyak lagi nak cerita ni. Nantikan! Zass! :D


2 comments:

  1. wah, bestnya bercuti.
    saya orang Terengganu pun tak smpai sana lagi tau.

    ReplyDelete
  2. wah3... seronok je tgk.. *tgk je mmpu..hek3.. =)

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)