Wednesday, 24 July 2013

Pulau Perhentian Part II



Assalamualaikum


Oke, now aku nak sambung cerita pasal trip ke Pulau Perhentian yg aku cerita entry lepas. Hari tu aku cerita first day punya kisah. Kali ni aku nak cerita aktiviti untuk hari ke 2 and ke 3. Entry ni mungkin agak panjang...So...agak-agak bosan, scroll terus ke bawah. hihi. 

Tengah syok bergambar, tup tup da kena panggil suruh cepat --"

Aktiviti yg seterusnya ialah snorkeling. Bukan hanya kami berlapan je yg nak buat aktiviti ni, tapi join sekali dengan group lain dari chalet yg sama. Gerak ramai-ramai gitu. Tapi yg x syoknya, kami terpaksa berpecah disebabkan nak menghadkan bilangan penumpang bot. So, setelah berdiskusi dengan muka masam plus jeruk (haha) kaum adam terpaksa mengalah dan terpaksalah naik bot dengan group lain. 

Ni semua muka sihat sebelum gerak. Nanti hang semua tengok la rupa lepas 4 jam kemudian. kuikui


Ada 4 points yg kitorang pergi untuk snorkeling. Fish point, coral point, turtle point and shark point. 

Pheww...aku rasa lawak bila tengok muka kitorang pakai goggle. Entah kenapa aku terbayangkan muka kawan Spongebob yg ini haa 


Haaiii. Nama saya Squidward. Kawan kepada Spongebob. Ada hati nak samakan muka aku dengan korang ye. (hahaha)



Wuhuu! Dari atas da nampak dasar uolls! Bak kata kak FL, feeling kat Maldives gituu..hehe


Nampak budak-budak comel yg excited sungguh buat peace tu? Aku salah seorangnya. haha.
Padahal time tu masing-masing tengah muka biru gara-gara x reti lagi guna goggle. Dengan tak reti berenangnya lagi. Makanya, kami semua patah balik ke tepi pantai, belajar dulu macam mana nak bernafas guna mulut melalui goggle. haha. Sungguh haru ye kami semua. Then, bila dah tahu teknik yg betul, barulah kitorang semua perlahan-lahan ke tengah laut. Itu pon terpaksa berpaut sesama sendiri. hihi. Bila je da nampak ikan berenang-renang depan mata, automatik terus da expert da! hahah. Tak percaya? Ini next points punya gambar. 


Pesan aku, kalau nak snorkeling, bawak bekal roti banyak-banyak. Kat sana x ada kedai runcit oke. huhu. (Better bawak bekal makanan banyak-banyak kalau nak ke sana sebab harga yg dijual 2 kali ganda mahalnya -.-") Kalau ada roti, barulah ikan-ikan nak friendly dengan kita. Pandai ikan-ikan ni demand ea. hehe. Syok weh bila ikan-ikan semua gigit roti kat tangan kita. Menderu laju diorang semua gigit. 

Seperti yg dijanjikan, kami semua dihidangkan bbq dish untuk malam yg terakhir! 

Mati kutu kitorang semua bila da habis makan sebab tak tahu nak buat aktiviti apa. Then, jalan-jalan ambil angin malam dari hujung chalet kat hulu sampai hujung chalet kat hilir. hehee. Kat Perhentian ni bukannya macam kat Langkawi or Pangkor, ada kereta bagai. Korang hanya mampu dengar bunyi cengkerik je la bila da tengah malam...krik..krikk..


Keesokan harinya, wuhuu! last day kitorang kat Perhentian. Pagi-pagi tu sempat jungle trekking before breakfast. 


Dalam 20-30 minit berjalan, jumpalah satu tempat ni. Tadaaa!!


Tak sangka boleh tembus ke sini sebab kalau naik bot nampak agak jauh ye dari chalet kitorang ke resort ni. Haa! Kat sini jugak lah tempat kitorang snorkeling nak tengok penyu. Dapat bayangkan tak, keluar dari hutan je kitorang da macam rusa masuk kampung bila sampai ke resort ni. Haha. Siyess cantik sangat! Air laut lagi jernih!



Memandangkan hari tu jugak kami akan pulang, so pagi tu kitorang bersiap secepat yg boleh. Tak lengkap la kan kalau pulang x ada buah tangan kann! Pekan Kota Bharu destinasi yg dituju selepas tu. Check out dari chalet dalam pukul 11am.



At Kota Bharu

Sebelum bertolak ke Kota Bharu, kitorang sempat la jugak beli ole-ole kat jeti Kuala Besut. hehe. Lepas tu, dari sana kitorang amik van pulak dari jeti nak ke Kota Bharu dengan kadar bayaran RM120. Oleh sebab kitorang mintak pkcik van bawakkan kami semua jalan-jalan, kena charge lebih sikit la dalam RM180. Sorang kena bayar dalam lingkungan RM22.50.

Dan kami singgah ke sini! Dapatlah berbundle-bundle keropok lekor buat bekalan untuk rumah. hehe



Next, Pasar Siti Khadijah!



Dah la orang luar, bawak beg penuh kat kiri kanan, pakcik van pulak tinggalkan kami macam pelarian. Apalah nasib kami. Beg pon terpaksa kami bawak sebab pakcik van nak ambil penumpang lain pulak. Bila da selesai shopping baru pakcik tu datang ambil balik.huu --' Takkan nak bawak beg besar gedabak ke hulu hilir. Penyelesaiannya!

Separuh masuk dulu. Yg lain jaga beg. Limit 1 jam je ye. Then, baru tukar tempat. huhu

Memang betul-betul pelarian nih! haha

Dalam pukul 5.30pm, pakcik van pon ambil kami untuk hantar ke airport. Flight pukul 8, kang terlepas flight tak ke naya. 

Walaupun lepas snorkeling kitorang semua da kemabukan tahap gaban, (da rupa macam mati laki pon ada. hehe) aktiviti snorkeling tu masih lagi terbayang-bayang kat mata. Woo best weh wa cakap sama lu. Kepuasan tu memang kat tahap maksimum  bila dapat tengok coral n ikan-ikan kat depan mata. Pape pon, memang akan rindu Perhentian :)

Oke, ini ongkos yg terlibat sepanjang trip ni PER PERSON. Tak termasuk duit shopping. hehe


  Flight pergi balik                                          : RM 130
  Pakej penginapan, makanan, bot & aktiviti   : RM290
  Tambang ERL                                             : RM 12.40
  Bayaran untuk parking kereta                       : RM5.50
  Tambang teksi & van                                   : RM 40
  Cukai utk taman laut                                    : RM 5
  Total                                                           : RM 482.90

Selamat bercuti! :)



2 comments:

  1. best kan pulau perhentian..chalet tu mcm chalet yg pernah saya stay tapi tak ingat nama..hehe

    ReplyDelete
  2. bestnye..saya x pernah sampai lagi ke pulau perhentian..bila baca entry sis ni terus rasa nak pegi :)

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)