Wednesday, 31 July 2013

Resipi : Ayam Masak Ungkep


Assalamualaikum


Dalam 2 hari lepas, menu berbuka kat rumah ialah ayam masak ungkep. Lama tak makan ooo. Sedap! Dengan rasa rempah ratus yg da dicampur kat ayam, rasa fresh gituu. Mesti ada yg rasa pelik kan bila dengar perkataan ungkep tu. Oke, Actually, ni masakan Jawa taw! Orang Jawa mesti familiar sangat dengan masakan ni sebab boleh dikatakan ni masakan turun temurun. Nampak sangat la kan aku ni anak orang Jawa. hoho. 



Ni gambar ehsan dari pakcik Google. 
Dah la puasa, gambar pulak menggiurkan. Jangan meleleh air liur pulak tengok gambar ni! :P

Takat buat meleleh air liur buat ape kan? Daripada kecur, better korang try resipi ni. Bahan bukan susah mana pon. Meh aku nak share resipi menu ayam masak ungkep. Buat yg tercari-cari menu and tak tahu nak buka apa puasa ni, x rugi pon mencuba! 

Bahan yg diperlukan:

Setengah ekor ayam (saiz kecil - potong siap-siap)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2  inci lengkuas (kalau ada)
2 batang serai (kalau ada)
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
2 biji kentang - potong lapan untuk 1 biji
Sedikit kunyit
3 sudu kecil garam
Sedikit gula


Cara-cara nak masak:
1.  Mula-mula, blend kan dulu bahan-bahan yg aku boldkan kat atas tu.
2.  Lepas da blend, tuangkan bahan kisar ke dalam mangkuk yg berisi ayam
3. Masukkan sedikit kunyit, garam dan gula. Kalau kurang kuning, tambah kunyit ye. Jangan lupa rasa! Agak-agak kurang masin jangan lupa tambah garam oke.
4.  Peramkan sekejap. Dalam 15 - 30 minit. 
5. Panaskan minyak dalam kuali. Kuantiti minyak tu agak banyak jugak, anggaran dalam 3 senduk sebab kalau kurang minyak nanti nampak tak kering bila dah masak.
6.  Dah panas, masukkan ayam yg diperam tadi bersama kentang. Pastikan api dipasang kecil sahaja. Biarkan dan tutup dengan tutup kuali ke, tutup periuk ke and apa-apa yg boleh dibuat tutup. 
7.  Tapi, jangan la biarkan je. Hangus nanti. hehe. Make sure kena kacau dalam setiap 5-10 minit untuk pastikan ayam tu masak.
8. Agak-agak dah nampak kering macam kat dalam gambar kat atas tu, maknanya da siap la tuh!

Siap! Senang je kan nak buat! :D

Hasilnya akan jadi macam ni.
Ni buat time kenduri cukur rambut. Sebab tu lah ayam besar-besar. hihi


Selamat Mencuba! XD


4 comments:

  1. yup! sukanya ayam masak ungkep ni..:)

    ReplyDelete
  2. tengok gambar ayam tu...memang mengiurkan sangat...

    ReplyDelete
  3. masakan ni x perlukan asam keping/asam jawa ke

    ReplyDelete
  4. Wahahaha.....Jawa is jawa...wherever thay go....terliur dh ni...lama dh tak makan ayam ungkep ni...sedapnya...sehingga menjilat kuali kalau diperangat......nak masak la.....

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)