Friday, 19 July 2013

Wayang Lama yg Menjadi Kenangan


Assalamualaikum




Walaupun aku da besar panjang, cerita kartun aku masih layan lagi, tetapi cerita kartun yg best-best lah. Contohnya Upin Ipin. Memang kalau tengok sekali imbas, cerita ni memang sesuai untuk budak-budak. Tapi x salah kalau kita yg da besar ni tengok sekali sebab cerita dia bukan kartun semata-mata. hehe


Dan, baru-baru ni, ada episod pasal Kenangan Mengusik Jiwa. Penampilan khas dari Aziz Satar. Mengisahkan Upin Ipin dan rakan-rakannya begitu teruja bila berjumpa dengan rakan Allahyarham P. Ramlee, iaitu Aziz Satar. Banyak tribute tentang cerita P.Ramlee dalam episod ni. Contohnya Ali Baba Bujang Lapuk, Pendekar Bujang Lapuk, Bujang Lapuk dan lain-lain. Tergelak-gelak adik aku tengok episod ni. 


Aku terperasan sesuatu...


Zaman kanak-kanak yg lahir tahun 2000-an, kurang tahu pasal cerita-cerita P. Ramlee ni. Kalau dulu zaman aku kecik-kecik, memang cerita P.Ramlee ni la yg jadi salah satu cerita favourite. Tonton banyak kali sampai x bosan, sampaikan da hafal dia punya dialog. Gelak toksah cakap la. haha Da boleh sama taraf pontianak kalau tengok part yg kelakar-kelakar. hihi.  Tapi lagi syok kalau tengok ramai-ramai dengan saudara-mara taw.

Budak-budak sekarang?

Hm, aku tanya adik-adik aku pon, semua tayang muka blurr je. Haish. Budak-budak sekarang sangat rugi oke.. 

Tiga sekawan

Part yg aku x boleh lupa, yg aku gelak sampai nak terburai perut dalam cerita Bujang Lapok. Terkejut tengok mayat masih hidup, orang kampung berlari bertempiaran keliling kampung sambil bawak keranda kosong. haha. Dah la disiar dalam kelajuan yg tinggi. 



Oke. Scene ni pulak dalam ceita Seniman Bujang Lapok. Dialog yg buat aku teringat-ingat: 

" Lobang hidungmu tetap menjadi poojaann hatikuuu.."

Kalau korang baca, x rasa feel. Tapi buat sesiapa yg pernah tonton cerita ni, mesti teringat scene ni. hehe



3 comments:

  1. Wan adalah peminat p ramlee. Most of citer dia especially yg lawak2 wan tgk...ulang2 lagi...dan siap leh hafal skrip. Pendek kata, citer lama ni mmg tak jemu2 kalau kita tgk ulang2, kan...

    ReplyDelete
  2. mmng tak jemu kut..Siap bleh hafal lgi...Ingat kata2"tu lubang kubur tempat kau nak mampus"..hiii~lawak kut..=D

    ReplyDelete
  3. citer P ramlee.. dlu time kecik mesti cakap, asyik p ramlee je yg dapat.. skarang lyn..

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)