Tuesday, 27 August 2013

Bila tengok orang Korea.....



Assalamualaikum


Last week, ada jamuan raya kekononnya. Wah wah, baru berapa hari aku kerja terus dengan muka tak tahu malunya aku join makan-makan. Cup cup! Bukan aku yg nak join, maklumlah jamuan tu berbayar, tapi bila orang dah ajak, terima je lah. Boleh berkenalan dengan staff lain jugak. Tapi, tak salah kan tolak rezeki! Amboi, tang makan je, terus laju aku! haha. 


Manager-manager kat sini semua orang Korea. Dapat la jugak pengalaman macam mana rasanya kerja bawah pimpinan orang Korea. Bila aku kerja kat situ baru aku perasan ramai jugak orang Korea ye kat sini. Kenapa aku tak pernah perasan ha bila aku keluar jalan-jalan? Tapii.... kalau korang nak membayangkan muka-muka manager tu hensem or cantik cenggini .....


Err...baik lupakan la ye niat murni korang nak suruh aku kenen-kenenkan. hoho


Diorang ni biasa-biasa je kalau tengok. Muka pon da ala-ala kulit orang Malaysia. hihi. Oke la, masa jamuan hari tuh, aku tak sangka pulak makanan Malaysia pon diorang boleh masuk. Lagi-lagi sate. Memang menjadi buruan uoollls! Diorang kata sate sedap. Mihun pon sedap. Menu lain macam rendang, nasi impit pon sedap tapi sate is much more better la katenya...Gituu.. Aku first time tengok diorang makan, rasa teruja gak lah. Agak jakun sikit kat situ. haha. 

Ha! And one more thing! Time lunch, sayur jeruk tu dah memang menjadi menu utama mereka. Err..kembang tekak aku bila tengok rupanya. huhu. 


Lebih kurang macam ni la rupa sayur jeruk tu. Ingin mencuba? Jangan lupa review kalau dah rasa! kihkih


Tuesday, 20 August 2013

Hari ni Interview, Esok Kerja


Assalamualaikum




Before ni, aku ada cerita satu benda kat entry INI. Baca kat situ kalau nak tahu lagi lanjut ^^v Masuk esok, genap la 2 bulan aku dah tamat praktikal, dan dengan genap 2 bulan jugak la esok aku da start kerja kat tempat baru. Kerja? Yess! Tak sangka ada terkena jugak resume yg aku hantar bulan lepas. Alhamdulillah!


Ada sebahagian kilang da bagi feedback, told me that there is no vacancy for me. Takpe. I just try my luck. But, ada sebahagian lagi yg belum bagi feedback. Tup-tup dapat call dari sebuah kilang elektronik mintak aku datang untuk interview pagi tadi. Ini Korea punya kilang tahu. Slacknya, aku tak minat Korea la pulak. haha. Tapii kann...sebenarnya kannn... aku tak berapa suka sangat nak kerja kat situ. Kalau korang nak tahu, kilang tu last ranking yg aku letak dalam banyak kilang-kilang kat sini. Tak sangka la pulak dapat kan -___-" (Tu lah, jgn benci sangat, kan dah terkena. ihiks!) Adalah sebabnya kenapa aku tak suka kat kilang tu. hoho


Tapii..aku rasa position ni untuk sementara je boleh la. Ngee..Sementara x ada buat apa-apa kat rumah, boleh la cari duit poket sendiri. Nak bayar yuran konvo nanti bukannya guna daun. huhu. Kalau ada tempat lain kol untuk interview, of coz la aku nak datang. Nasib la kalau banyak cuti nanti. kuikui. 


Oh ye! Position yg akan aku pegang ni tak biasa aku dengar. Kalau credit controller, biasa la jugak dengar kan. Kalau jawatan sebagai document controller, korang pernah dengar x? Aish, masa mula-mula aku dengar, aku tanya jugak la, related x dengan aku punya qualification? Macam jauh je. Tapi dia kata sebelum-sebelum ni pon ada budak-budak degree yg buat kerja ni. So, aku terima je la offer tu dan diletakkan bawah Customer Service Department. Agak lari jugak la dari bidang.

Yg tak bestnya bila,
- Esok start kerja. Memandangkan hari pertama, aku dibenarkan balik pukul 5pm. Next days aku kena OT sampai pukul 8pm or 10pm  T________T. Sebab tengah musim audit.
- Rehat waktu tengah hari cuma 1/2 jam je???? Dari pukul 12.30pm-1pm. Grr!! 

Yg bestnya bila,
- Kilang tu 5 minit dari rumah aje. Pergi kerja naik motor tak payah pakai helmet pon bolehhhh..hihi
- Waktu rehat, makanan dapat free taw.


Oke. Wish me Luck! Huu


Sunday, 18 August 2013

Sebelum dan Selepas


Assalamualaikum


Jari menari-nari di keyboard. Semangat untuk mengupdate blog meluap-luap dalam hati aku, tapi otak masih berlegar-legar cerita apa yg aku nak share di sini. By the way, salam Syawal yg ke 12 :) Sekarang ni mesti banyak open house yg nak kena pergi. Dan tahap ni, misi untuk diet terpaksa dilupakan bila banyak makanan best-best yg dihidangkan. Kan? Tapi kalau aku, aku balun je semua. wahaha. aish2. Hilang terus ciri-ciri perempuan jawa terakhir. -___- hohoho :p

Dan Kalau Gigi Cantik boleh dapat Instax mini. Yuhuu!

Esok sekolah. Yess! I know mesti bebudak sekolah sekarang ni mengeluh bila esok da start sekolah balik lepas cuti raya. Aku dulu pon pernah alami jugak zaman-malas-nak-datang-sekolah. haha. Tapi, bila da habis belajar ni, zaman-zaman tu lah yg akan kita rindu wehh.. Zaman nak pergi kelas, zaman berebut-rebut naik bas, zaman kau stress macam zombi bila tengah siapkan assignment, zaman kena ikat perut bila hujung sem da makin sesak, zaman enjoy, n macam-macam lah. Patutnya, zaman belajar ni zaman yg patut kita enjoy. Siyes!

Candid.
Dulu kecik. Sekarang bila jumpa makin besar, makin matang. hihi



Bila dah berjaya isi form kat atas ni, bermakna kenangan aku semasa belajar akan diabadikan tidak lama lagi. InsyaAllah dalam bulan 11 atau bulan 12 ni, pengorbanan dan perjuangan aku dibayar dengan sebuah kegembiraan. :)


*Dan x sangka, jadi jugak entry ni. hihi
BTW, tajuk entry tu macam lari sikit..lalalala


Tuesday, 13 August 2013

Macam-macam Raya



Assalamualaikum


Hai uollss!! *lambai-lambai tangan* hehe. Macam biasalah entry yg aku nak cerita skrg ni. Blogger lain cerita pasal raya, aku pon nak cerita jugak lah pasal raya aku :D Agak lambat nak menaip bila dah tinggalkan blog beberapa hari. Ayat pon macam dah tak betul je aku rasa. huaa..

Sooo... raya kat kampung tak lama mana pon. Raya pertama balik kampung, pastu raya kedua dah balik rumah sebab abah kena kerja keesokan hari. wuu. T__T. Senang cerita kat kampung memang tak habis raya lagi pon. Dan seperti tahun-tahun lepas, bila dah raya rumah orang, macam-macam soalan yg ditanya. Maklumlah setahun sekali je jumpa. 


"ohhh...dah anak dara rupanya...laa...kenapa adiknya lagi besar..."

haha. Ayat common untuk aku. Biasa dah dengar. Rasa bangga lah jugak bila orang kata macam tu sebab nampak la yg aku ni awet muda kan? kahkah

"Owh. Biasalah. Adik amik zat kakaknya banyak sangat. Tu yg kecik" meluncur aku jawab cenggitu. haha

Dan ini jawapan yg aku rasa nak rakam bila orang sibuk dok tanya benda yg sama. 

"Belajar kat mana?"
" Da habis da haaa... tunggu orang masuk minang je..."  -----> oke, ini tipu sebenarnya. haha

Yg ini baru betul. yg aku rasa nak tekan butang je bila orang tanya

" Baru je habis bulan lepas...sekarang ni tengah survey2 kerja sambil tanam anggur kat rumah" ^^V


Dan paling cepumas bila orang tau yg aku da habis belajar,


" Bila nak sambut menantu?" 
" Kejap lagi kahwin la nii..."
" Ha, Ein, belajar da habis...lepas ni kerja, lepas tu kahwin. Ko dah ada calon belum?"

Adehh...dehhh..soalan ni buat aku tersangkut air liur la. Aku kerja pon belum lagi, mana nak cekau duit oii. Seloroh aku jawab, 

" Tunggu la lagi 3 tahun. Watlek, muda lagi" haha



Takpela, tunggu je la kan. Bila da sampai seru nanti, InsyaAllah akan ada la nanti. hihi


Aku da officially 22, tapi ada orang masih bagi aku duit raya. hihi. Dan kelakarnya, adik-adik aku ada yg x dapat. Riak tak puas hati tu toksah cakap la. Sorang kata tak aci, sorang lagi kata muka dia dah nampak matured sangat. Tu orang yg tak bagi. kuikui. 

Last untuk penutup entry kali ni,
Tulus dari hati yg ikhlas, 

Selamat hari raya
Maaf Zahir Batin :)





Sunday, 4 August 2013

Countdown for my Hari Jubah



Assalamualaikum


Amboi! Tak menyempat lagi tarikh konvo nak keluar, dah sibuk nak countdown bagai. haha. Excited lebih bila tengok result semalam. Memandangkan malam semalam aku malas nak tunggu result sampai pagi, so aku terus tidur. Tapi, lepas je sahur, terus on laptop dan bukak email. Terkejut jugak la bila tengok email masuk pukul 1am. Padahal aku tidur setengah jam sebelum tu. 


Nervous tu tak usah cakap la. Memang berdebar-debar je masa tunggu email tu loading. Dan, Alhamdulillah, lepas je tengok GPA, rasa syukur sangat-sangat sebab dah dapat habiskan degree on time. :) Walaupun ada terkilan sikit sebab CGPA still maintain dan x ada kenaikan, aku anggap tu semua rezeki untuk aku. Thesis paper was very though. Nak menyiapkan thesis tu memang betul-betul memerlukan kesabaran yg tersangat lah tinggi ye kawan-kawan. huhu. Praktikal, but at the same time kena gigih dalam menyiapkan thesis.




Oke, tamat sudah pengajianku di UiTM selama 3 tahun. Now, im officially graduate as a degree holder in Bachelor (Hons) of Business Administration in Finance. Tak sabar nak konvo dengan kawan-kawan! :)


Friday, 2 August 2013

Luahan Raya


Assalamualaikum


Olaa...semua orang dah dok sibuk cerita persiapan raya. Maklumlah, lagi berapa hari je nak raya, so, semua pakat nak beli baju raya. Aku tak beli pon baju raya. X pernah pon beli baju raya siap. Tulah, badan comel sangat, nak cari saiz pon payah noo...Entah-entah saiz budak paling besar sgt sesuai untuk aku -_-" wkwkw. 


Kasut raya pon tak cari lagi. Hari tu bajet nak cari dalam minggu ni. Kononnya la! Tapi kereta x ada :( Mengharapkan adik pulang je la kalau nak guna kereta. wuwuw. Dalam kepala selalu terbayang nak beli heel. Tapi mampu ke aku nak pakai heel? Dah la jarang pakai heel, kang time beraya nanti hilang terus ayu aku bila terpelecok macam orang kena sawan. Aduh, maunya tak malu satu dunia. Baju lawa, tapi jalan failed! haha


Dan, dari last week, aku dah buat biskut raya. yeyeye! Nak rasa meh la datang rumah! :)