Tuesday, 13 August 2013

Macam-macam Raya



Assalamualaikum


Hai uollss!! *lambai-lambai tangan* hehe. Macam biasalah entry yg aku nak cerita skrg ni. Blogger lain cerita pasal raya, aku pon nak cerita jugak lah pasal raya aku :D Agak lambat nak menaip bila dah tinggalkan blog beberapa hari. Ayat pon macam dah tak betul je aku rasa. huaa..

Sooo... raya kat kampung tak lama mana pon. Raya pertama balik kampung, pastu raya kedua dah balik rumah sebab abah kena kerja keesokan hari. wuu. T__T. Senang cerita kat kampung memang tak habis raya lagi pon. Dan seperti tahun-tahun lepas, bila dah raya rumah orang, macam-macam soalan yg ditanya. Maklumlah setahun sekali je jumpa. 


"ohhh...dah anak dara rupanya...laa...kenapa adiknya lagi besar..."

haha. Ayat common untuk aku. Biasa dah dengar. Rasa bangga lah jugak bila orang kata macam tu sebab nampak la yg aku ni awet muda kan? kahkah

"Owh. Biasalah. Adik amik zat kakaknya banyak sangat. Tu yg kecik" meluncur aku jawab cenggitu. haha

Dan ini jawapan yg aku rasa nak rakam bila orang sibuk dok tanya benda yg sama. 

"Belajar kat mana?"
" Da habis da haaa... tunggu orang masuk minang je..."  -----> oke, ini tipu sebenarnya. haha

Yg ini baru betul. yg aku rasa nak tekan butang je bila orang tanya

" Baru je habis bulan lepas...sekarang ni tengah survey2 kerja sambil tanam anggur kat rumah" ^^V


Dan paling cepumas bila orang tau yg aku da habis belajar,


" Bila nak sambut menantu?" 
" Kejap lagi kahwin la nii..."
" Ha, Ein, belajar da habis...lepas ni kerja, lepas tu kahwin. Ko dah ada calon belum?"

Adehh...dehhh..soalan ni buat aku tersangkut air liur la. Aku kerja pon belum lagi, mana nak cekau duit oii. Seloroh aku jawab, 

" Tunggu la lagi 3 tahun. Watlek, muda lagi" haha



Takpela, tunggu je la kan. Bila da sampai seru nanti, InsyaAllah akan ada la nanti. hihi


Aku da officially 22, tapi ada orang masih bagi aku duit raya. hihi. Dan kelakarnya, adik-adik aku ada yg x dapat. Riak tak puas hati tu toksah cakap la. Sorang kata tak aci, sorang lagi kata muka dia dah nampak matured sangat. Tu orang yg tak bagi. kuikui. 

Last untuk penutup entry kali ni,
Tulus dari hati yg ikhlas, 

Selamat hari raya
Maaf Zahir Batin :)





0 comments:

Post a Comment

Komen di sini kalau suka =)