Wednesday, 29 January 2014

Review: Smartphone Lenovo P780


Assalamualaikum :)


Canggung betul rasanya nak menaip bila dalam kepala otak banyak benda nak update, tapi tak tahu nak update yang mana satu. Post pasal makanan, personal, travel, kawan-kawan, or kerja? huhui, pasni x mo biarkan blog ni terabai lagi ok? :P

Kali ni aku nak buat kelainan sikit kat entry ni. Asyik-asyik cerita benda lebih kurang sama je kan. Mesti korang bosan. So, aku nak review pasal gajet. Tak lain tak bukan mestilah gajet yang terkenal iaitu smartphone. 

Bagi sesiapa yang masih mencari smartphone, aku suggestkan try brand LENOVO. 

Lenovo? Mesti korang rasa brand ni tak famous kan untuk smartphone. Lagi-lagi bila pengiklanan brand smartphone ni tak begitu meluas. Dan tak ramai user phone yang gunakan brand ni. Macam tu jugak la yang aku rasa bila salesman yg kat kedai phone tu promote brand Lenovo ni kat aku. Padahal time tu brand Samsung or Sony yg aku survey. 


Sekarang ni, hampir 3 bulan aku dah guna smartphone LENOVO P780, model smartphone ni benar-benar tak mengecewakan aku. Serius. Dengan harga RM900++ ciri-ciri yang ada pada model ni akan membuatkan korang semua jatuh cinta.


Skrin bersaiz 5 inci and Full HD serta mempunyai resolusi 1280 x 720 pixels pasti membuatkan anda semua kagum. Dengan tertubuhnya Quad Core Processor beserta kelajuan sehingga 1.2 Ghz dan juga bantuan dari RAM 1G, kemungkinan untuk smartphone anda lag or hang adalah sangat tipis walaupun banyak aplikasi yang anda download ataupun simpan. Android yang digunakan adalah Android 4.2 di mana android ini mendukung aplikasi terbaru dari Google Play store yang pastinya berbeza dari sistem operasi android sebelumnya. 


Spesifikasi yang aku akan review lepas ni mesti buat korang lagi kagum! Ini berdasarkan pengalaman aku oke! Tak tipu :D

Kita mesti biasa dengar luahan pengguna smartphone yang mengatakan bateri smartphone tidak tahan lama sehinggakan memaksa mereka untuk membeli powerbank. Tapi, dengan Lenovo P780, tenang aje deh! hihi. Ini kerana bateri model ni mempunyai kapasiti sehingga 4000mAh jika dibandingkan dengan brand lain yang rata-rata mempunyai bateri berkapasiti 1900-2500mAh. Beza kan? Biasanya dalam sehari kita perlu cas bateri 2-4 kali, tapi tidak Lenovo P780. Sekerap mana anda menggunakan phone dan melayari internet, bateri yang ada pada model Lenovo ini tetap bertahan selama 2-3 hari. Kalau keluar ke mana-mana, tak perlu risau akan kehabisan bateri. :D



Dari segi penggunaan Internet, ternyata model ni mampu mengalahkan brand smartphone yg memang top sekarang ni. Pandai salesman tu promote kat aku. Siap ada 'testimoni' lagi. :p Sebagai contoh, bila buka You Tube. Biasanya asyik loading je kan? Sampaikan jadi fed up nak layan video. Sekarang ni, kalau aku terlepas cerita kat tv, aku boleh tonton secara online tanpa ada gangguan. Macam syok je kan...macam syok je kan... eheh.

Siapa yang masih student or yg sibuk bekerja, elok sangatlah guna model ni. Kalau nak tahu smartphone ni menyokong Kingsoft Office. Ala-ala macam Microsoft Office kat laptop tu. Senang cerita, korang boleh buat or edit kerja and assignmet kat situ. Function sama je macam kat laptop cuma yang bezanya ni dekat smartphone. Jangan risau, Word, Excel, Power Point semua ada. 

Mesti tertanya-tanya, leceh pulak bila dah buat kerja or kat assignment kat smartphone, tapi last-last kena transfer jugak kat laptop kan? Tak payah susah-susah, Lenovo kini dah menginovasikan segalanya. Korang hanya perlu cucuk pendrive melalui USB dan copy macam biasa. Senang kan? :D Kalau tak faham, tengok gambar kat bawah ni. 


Dari segi speaker, memang puas hati sangat. Lenovo terkenal sebab laptop right? So, kualiti sound yang kita dengar dari laptop Lenovo benar-benar sama pada smartphone brand ini. Sebelum ni, aku guna level sound yg agak tinggi untuk caller ringtone. Tapi bila aku dah guna Lenovo P780, aku hanya perlu guna level 1 je. Itu pon dah kira kuat macam level 3. huhu. Even dengar lagu pada level yang paling tinggi, sound tetap tidak pecah. 

Bagi yang suka bergambar, ini berita baik juga. Dengan 8MP pada kamera belakang, korang boleh bergambar dengan cerianya. Gambar yang diambil sangat jelas setanding dengan camera Sony sebab memang lens Sony pon. Zoom banyak kali pon, gambar still cantik and tak kabur. Korang boleh lihat gambar pada entry aku yang sebelum ni. Tergoda tak...tergoda tak...? hehe



Aku rasa aku dah banyak membebel. hoho. Tapi itu belum lagi aku cerita aku dapat GPS free, ada antivirus, skrin takkan calar walaupun guna pisau, dual sim and banyak lagi la. Kalau nak tahu, try la beli and rasai sendiri. 



Baru-baru ni, keluar model baru, Lenovo Vibe X. Macam best jer...err.