Monday, 24 February 2014

Resipi : Fettucine Carbonara



Last few weeks, I went to supermarket. As usual, cuci mata. Hihi. Masa tengah beli barang, tiba-tiba terdetik nak buat carbonara bila nampak fettucine depan mata. Lagi-lagi memang tekak ni teringin nak makan carbonara, terus je beli bahan tanpa pikir panjang. Pernah makan kat luar, tapi kalau tekak still nak lagi, takkan nak order lagi kan. Kalau just refill je, dah lama aku buat. hahaa.

Memang kalau ikutkan, beli bahan lagi mahal sebab kebanyakan barang tidak digunakan habis. Tapi tapi tapii... haa, ada tapi tu. Tapii akan puas sangat sebab boleh dapat banyak. Boleh makan ramai-ramai. Boleh tambah lagi kalau x cukup. Biasanya kat kedai harga carbonara yang paling murah pon cuma cas around RM10. So far, itulah yg paling murah pernah aku jumpa.


Okee...Lets looking forward on the ingredients!



Disebabkan adik beradik aku ramai, aku belasah dua tin carbonara. eheh. Bila aku totalkan semua barang kat atas tu, berhabis jugak la dalam RM30++ Lagi jimat kan kalau buat sendiri. Kalau makan kat luar boleh dapat 2 atau 3 pinggan carbonara je.


Cara-cara:
1. Macam biasa, tumiskan bawang sampai naik bau, baru masukkan daging kisar dan cendawan butang.
2. Agak-agak dah kering tu, baru masukkan sos carbonara. Kacau seketika.
3. Masukkan air secukupnya, kemudian kacau. Then, boleh masukkan susu dan keju. Jangan lupa rasa ye sebab keju ni rasanya masin. Boleh tambah garam jika perlu.
4. Akhir sekali, perasakan dengan lada hitam oke. Barulah rasa ummpphh! hehe
5. Tadaa! Siap da. Boleh taburkan serbuk oregano dan keju parmesan kalau ada.


Senang je nak buat oi! Kongsi satu family, siap boleh tambah dua tiga kali oke! Tercapai jugak nak makan akhirnya. kekeke.

Selamat mencuba!

*Dan baru perasan, gambar landas tuuuu...cacat sikit O_o.  Penangan potong daging ayam.