Sunday, 30 March 2014

Kerja or Belajar?




Tak sabarnya nak habis study, tak sabarnya nak kerja, tak sabarnya nak pegang duit sendiri, tak sabarnya nk kahwin! *dush dush*
Sampai bila nak siap kerja ni..rindunya nak masuk kelas


Watlek watpis dulu...lagi sebulan baru kena submit assignment bla bla...
Guna cangkuk ke, mata kail ke, kerja ni mesti submit by today! Understand?! *Boss....T_T


Cuti dua bulan . Yeay! Boleh jenjalan sampai lebam.
Bila nak public holiday ni...aku nak lah jugak cuti kerja macam cuti sem *telek kalendar* - ini memang over tau -___-


Hari ini lecturer ada meeting. Yeah! Tak ada kelas! tak ada kelas!
Hari ini bos ada meeting. Kerja dia semua aku yg kena buat hari ni. erk


Besok kelas start pukul 10. Boleh bangun lambat ! *dasar anak dara pemalas* hoho
Hari-hari masuk kerja pukul 8. Masuk lambat sikit je nanti kena potong gaji. -____-



Kalau dulu, boleh meronggeng lagi. Kalau dulu, time gap sementara nak tunggu kelas lain, boleh pergi cuci mata, gosip-gosip, gemukkan badan. Kalau dulu kelas boleh cancel. Kalau dulu, agak-agak kelas x ada nak buat revision, boleh ponteng. (ini jangan ikut ye! :p).


Tapi sekarang ni, semua ada rules yg kena follow. U know what, sometimes, I really hate such annoying rules. At 7.45am, all workers must be at working place. Never come late or else the gate will be closed. Huwaa...macam peraturan sekolah. Rilek laa...Start kerja kan pukul 8am.

Tapi sekarang ni, kalau nak cuti pon x best daa. Kena apply. Kalau bos approve x apa, Tapi kalau bos x approve, x pasal-pasal cuti unpaid jadi absent pulak. Cacat la nanti attendance kitewww. wuwu


Zaman belajar and zaman kerja ada pro and cons dia. Tapi, zaman kerja la yg paling mencabar walaupun agak lifeless. Dari situ la kau kena pandai kawal emosi kau. Bos marah? Kau diam aje. X cool oke nangis-nangis ni. Kau sengih je kat bos macam kerang busuk, walaupun sampai seribu tahun pon mesti kita tak pernah tahu macam mana rupa kerang busuk. Haha.


Kalau macam ni la rupa kerang busuk aku, agaknya bos nak marah aku hari-hari pon dia sanggup! Kahkah! :P




Sunday, 2 March 2014

Bila aku pon dah jadi macam itik.


Waktu dulu-dulu, waktu zaman aku belajar, hang tau dak yg aku selalu terpikiaq pasal kerja. Bukan pasal responsibilities yg bakal kita buat, tapi dari segi communication. Pasaran kerja sekarang kalau tak pandai speaking, orang nak pandang pon tutup mata tau. Lagi-lagi yg degree holder. Erk.  -___-


Bila dah masuk kerja, baru aku faham kenapa English itu sangat penting untuk bekerja. Kalau owner tempat kita kerja orang local, bisa diampun lagi bukkk...kau nk cakap Malay sampai bila-bila pon boleh. Kalau foreigner? hambik kau, tercungap-cungap kau nak speaking. Sebab tu la MUET aku x dapat Band 6. huhu. Siapa yg dapat Band 6 dalam MUET, aku memang respect habis oi. Korang memang rare! ;D


Masa aku mula-mula kerja, memang aku cuak sikit ah. Macam mana aku nak speaking dengan bos aku? Dengan bos-bos department lain? Nak nak pulak aku kena deal dengan manager-manager ni semua bila ada ISO. Time tu aku dah terbayang apa tau. Mesti aku yg terlopong bila dengar diorang speaking macam tak cukup air liur. Manager pulak....mestilah pandai speaking. o_O Aku ni speaking biasa biasa je kot... Tak adalah hebak mana.  Kan aku da cakap MUET aku tak dapat Band 6. T_T


Bila dah lama sikit tu, baru aku rasa confident itu penting! Yeah! Kau jangan fikir pasal grammar salah ke apa. Yg penting apa yg kita cakap itu dia orang paham. ;D Tapi nak tau tak kenapa aku dah boleh confident?


Sebab bos aku pon confident bila bercakap. Giteww. Padahal grammar dia, amboi...sesuka hati benoo dia langgar. Ni kalau bagi markah kat dia ni, aku bagi 2/10 jek. wahaha. Tapi takpela, aku still paham walaupun ayat dia tunggang langgang. Tapi bagusnya bos aku confident hokeh!

Masa bulan pertama, sakit jiwa jugak la aku nak faham cakap dia orang. Kau bayangkan la, bila nak cakap pon still bunyi slang Korea. Hadui, aku rasa macam nak hempuk jugak la kengkadang. haha. Banyak kali jugak la aku asyik kena penyakit ha? ha? ha? Sampaikan bos aku cakap aku problem. haha. 

Aku bagi beberapa contoh perkataan yang mereka sebut. Sebut mesti ada slang Korea oke! ;D

Size = saize
outside = outsider
have = hevo   ----> nasib baik bukan 'havoc' --'
attendance = attendense

Dan....

nama aku....

jadi.....


Farahin ----> Falahinn....

Terus hilang kefemesan nama aku. =_=
Huruf R memang tak wujud dalam hidup bos aku agaknya. Brr

Tapi bukan semua Korean yg cakap broken. Ada jugak yg memang pandai speaking. Sebab ada experience kerja di negara orang. Tapi selalu jugak la ada miscommunication dengan mereka yg sukar faham English ni. Aku tanya lain, jawabnya lain. Bila aku terang panjang lebar, terlopong. Lepas tu, membebel-bebel dok mengata yg kita x paham cakap dia orang. haishh -_________-  Tak ke rasa macam cakap antara ayam dengan itik? Aku pilih itik sebab comel? (?) :P Lepas tu aku pon balas mengata balik la kat dia dalam Malay. Bukan diorang paham pon. kahkah.



Apa yg aku perhati, practical student dari Korea sangat fasih berbahasa Inggeris. Dari situ aku dah mula pelik kenapa ada sebahagian manager yg x berapa fasih nak bercakap English. Em, kenapa ye?


Bahasa Melayu adalah bahasa paling senang nak belajar. Kau ajar la sesiapa pon, mesti foreigner cepat pick up. Sebab tu la bangla-bangla kat sini reti cakap Melayu -_- Tapi kalau kita nak belajar bahasa lain, amat memerlukan kesabaran yg maksimum ye! Kau bayangkan la bila aku yg lidah jawa ni, yg cakap huruf r pon boleh jadi 'rrrrr' nagada-ngada nak cakap Korea. Ya ampun! da boleh jadi bahasa KOJA bila dengar.
KOJA = Korea + Jawa. ahaha. Baru belajar sampai perkataan yg keempat terus lupa perkataan pertama. Amboi, perkataan yg cuma dua patah kata terus jadi 10 patah kata. Mana tak lupa! haha. ;P


Dan aku harap pasni English aku tak semakin rosak.wuwu 0_0