Wednesday, 9 April 2014

Short Vacation to Perak



Hang nak tau tak? Aku ni kalau cakap bahasa utagha da macam bahasa lain yg terkeluaq. Loghat utara kalau cakap air tu ayyaq. (Slang utara sikit naa) Tapi bunyi ayyaq aku da macam ayak. Kau ingat ni ayak tepung ke? Bahaha

Intro je dah jadi minah utara celup -..-
Al-kisahnya, baru balik dari sana dua minggu lepas.
Dapat perutusan raja sehari di Taiping. Dan bermulalah planning untuk berjalan-jalan di sana. Orang kata sambil menyelam minum air la kan? Aku bukan takat air je nak minum, makanan sekali aku nak selam. ;D

22 Mac 2014 bersamaan hari Sabtu. 3 hari awal aku dah apply cuti da. Leceh betol kalau kerja sampai hari sabtu (half day) ni. Gaji je dah potong macam kerja satu hari. Argh. Kacau kacau. Tapi, nasib baik aku dah puh puh puh fuhh bos aku biar dia lembut hati bagi aku cuti. Haa. Kan senang macam tu. Barulah rambut putih bos x banyak keluar nanti. Tak adalah tiap bulan asyik nak dye rambut je. Haha. Eh eh. Kantoi. Terlebih sudah aku. :p


Hambik kau. Siap ada group Annual Vacayy kt whatsapp lagi. Haha. Kalau ada any vacation yg kitorang plan, kat situ la discussion secara virtual berlaku. Dan terima kasih kepada Whatsapp sebab memudahkan kami utk berhubung. Ehehe. ;P On the way nak pergi ke sana pon masih lagi berhubung. Nampak tak kepentingannya disitu? Hihi

Lepas masing-masing dah breakfast sama-sama di RnR Rawang, bermulalah perjalanan kami pagi itu. Aku macam biasalah jadi parasit kat kereta orang. Asyik menumpang je. Tapi jadi parasit yg baik-baik tau. Aku duduk belakang senyap-senyap tau. Lepas tu tanpa sedar da tersengguk-sengguk sampai lah tertidur. Dah tertidur, boleh pulak buat free show kat tepi cermin kereta tidur sambil ternganga. Dan kalau ada paparazi yg dah amik gambar aku dalam keadaan yg mengaibkan tu, aku hanya redha dan pasrah. Ceh. Macamlah kau retis nak siap paparazi bagai. Hahaha.
Tapi, bab tidur ternganga tu aku memain je. Hihi. Takkanlah betul-betul pulak kan ;p 


Time tu baru start cuti sekolah. So faham-faham la bila da cuti sekolah ni. Memasing nak keluar berjalan. Jam baq hang. So kitorang semua terpaksa double speed untuk sampai ke destinasi. Maka berlakulah adegan fast and furious kat tengah highway tu. ;p 

Campur sesat semua, dalam pukul 3 kitorang semua sampai ke destinasi Iaitu di Dewan Kolej Vokasional Taiping. Wahh...da rasa feeling-feeling masuk sekolah balik. Nasib baik sempat :D Oh ye. Nak tahu hadiah ape yg kami semua hadiahkan? Inilah dia hasil dari perkongsian kami semua. 

Set comforter :D 

Tulus ikhlas dari kami untuk: 


Syasya & Saifullah :D
Impian Syasya nak kahwin pada umur 23 akhirnya tercapai. 
Moga bahagia till Jannah! 




Kesian Kak long. Tak sempat nak bergambar dengan kami semua sebab pengantin terpaksa berkejar untuk outdoor photoshoot. 


Nasib la si tukang photographer ni. Dari dulu sampai sekarang dia ler yang sabar melayan karenah kitorang yg suka buat pose majalah Mangga ni. Kahkah.

 Gambar yg ini mampu menceritakan segala-galanya. hehe. Tahukah anda di sebalik keriangan kami ada juga yang berduka? Mohon ampun ya Sufee ;p

Dan apabila mendapat perkhabaran yg Kak Long da sampai....

Tudiaaaa....tourist guide kamii udah maiii....

Dan Kak Long kami ni bawa kami jalan-jalan petang tu. 


Here we go! Taman Tasik Taiping. Ehsan dari Google. Time tu musim panas kan. Tasik pon ada yg kering dan kalau ada air pon sikit je. Sepanjang kami pusing tasik, ramai betul pengantin baru buat photoshoot. Argh! Jeles jeles. Nak jugak. *one fine day oke*


Oleh sebab kami nak berjalan-jalan sampai malam, terus pergi ke surau berdekatan untuk tukar pakaian. Mandi pon kat situ sekali. Baru lah rasa ala-ala macam backpaker. Haha. Boleh ke macam tu? Kak Long nak bawa kami ke Kuala Sepetang. 


Kesat air liur bila tengok udang besaq-besaq. Sekian lama tak makan udang lepas harga udang naik mendadak macam tsunami, terus ratah udang x ingat dunia. hoho. 


Yeah! Akhirnya mission accomplished! Mee Udang sudah ku selam dan sadisnya, pengakhirannya berakhir begitu sahaja. Aku dah telan kau sedap-sedap, tak boleh ke kau keluar dalam keadaan yg sama? Mengapa mesti tidak sempurna rupa kau wahai Mee Udang? -..-

Malam tu seperti yg dirancang, kami pergi ke Zoo Taiping Night Safari. Tiket RM20. Malam-malam pon ramai jugak visitor ea? Plan asal kekonon nak naik kereta api yg boleh bawak kami semua keliling zoo, tapi tunggu punya tunggu, aduyai, sempat lagi boleh tidur berdiri tahu kalau menunggu! So, kitorang decide untuk jalan kaki saje. 

Gambar ni je yg kami ada kenangan di Zoo. Keterujaan kanak-kanak tua ke zoo. haha

Keluar dari zoo, masing-masing da jadi panda. Hahaha. Mengantuk bila berjalan sejauh 2 kilometer. Time tu la perut berkeroncong. Apa lagi, jalan-jalan cari makan naa. Kita akan ke Parit Buntar, iaitu rumah Kak Long. Ambil masa sejam nak ke sana. Sebelum tu kitorang singgah satu kedai Char Kuey Teow ni di Transkrian, Penang. Memang terbaik! Kat sini nak habaq, char kuey teow die pon special giloss. Udang besaq-besaq naa. Malam tu, 3 negeri kitorang lalu tau. Ala, takat lalu sempadan je pon. :D Parit Buntar memang dah dekat sangat dengan sempadan. 

Malam tu kami semua bermalam di rumah atuk dan nenek Kak Long di Bandar Bharu, Kedah. Kalau dari Parit Buntar, cuma 15 minit je. Sekali harung kitorang jalan 3 negeri. haha. 




Sebelum bertolak pulang, atas jemputan Kak Long sekeluarga, kami bersarapan di rumah Kak Long. Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Orang dah menghulur, kita terima lah. Ye dak? :D


Terima kasih Kak Long dan keluarga. Semoga murah rezeki wawa sekeluarga :)

Aku, Kecik and Sufee terus gerak pulang. Syak, Shazika, Jack and Kak Long pergi ke Penang sekejap. Hani dan kesayangan dia gerak ke rumah atuk Hani di Tambun. Semua buat haluan masing-masing.

Baru lah sedar rupa-rupanya last kitorang jumpa masa konvo tahun lepas. Kejap je masa berlalu. Ini pon Kak Yah ngan Farah tak join kitorang. Banyak lagi cerita yang x habis lagi. Ahh, kalau dah namanya kawan, rakan, sahabat, sampai bila-bila cerita takkan habis. Seperti juga persahabatan yang terjalin antara kami semua :")


Salam. 







3 comments:

  1. wahhhh...!!!

    teringinnya nk ada masa terluang gini.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. wah, bestnyaa vacation mcm ni. hehe.

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)