Wednesday, 25 June 2014

Kursus Bakeri Tidak Formal


Assalamualaikum ^^


Cerita bermula apabila ada opening untuk sesiapa yg nak join kelas bakeri secara PERCUMA. Percuma hokehh..Amboi. Kalau bab-bab free ni, laju je orang nak. Tapi kalau kena keluar duit, lemau je rasa. Ye dak? Hahaa. Oleh sebab kelas ni limit untuk 30 orang, aku cepat-cepat la bagi nama, dan berharap selepas tarikh tutup nama aku terpilih untuk kelas bakeri ni. Time tu sambutan memang di luar jangkaan.



Alhamdulillah, nama aku terpilih. Oh ye, kelas ni diadakan secara khas kerana mendapat kerjasama dari Majlis Daerah. Peserta yang terpilih mestilah datang selama 3 sesi (weekend) berturut-turut kerana sijil akan diberikan pada sesi yang terakhir. Sijil tu yg berharga wehh!! Haha. Hanya komitmen dari peserta sahaja diperlukan. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Group A adalah peserta yg perlu hadir pada hari Sabtu  (2.30pm - 5pm) dan Group B pula adalah untuk hari Ahad (9.30am - 1pm). Dan aku terpilih pada hari Ahad sebab atas permintaan aku sendiri. Ini lah bahana apabila kerja sampai hari Sabtu. Grr.


Oke! Jom kita fefeeling masterchef ke kelas bakeri :p


Sesi pertama (1 Jun 2014)

Memula datang, biasalah ade perasaan shy shy cat gitu. Tu yang sekarang ni kucing main terjah je rumah orang mintak makan. Kemaluan diorang semua dah dirampas oleh kita-kita sekalian. Aish, lain macam pulak ayat aku. Kang ada yang banned pulak blog aku ni. Wakakaka. Masa hari tu, ada 15 orang peserta dan dibahagikan lagi kepada 3 kumpulan. Resipi yg bakal kami buat utk sesi pertama ni adalah Kek Coklat Moist.

Setiap group mestilah menghasilkan kek coklat tersebut berpandukan resipi yang diberi. Memang la kalau dengar macam boleh buat sendiri kat rumah. Refer internet je kann...tapi teori sahaja mana cukup. Praktikal pon perlu ada. Macam aku, sebelum ni kalau aku pukul adunan kek, dah bermacam-macam simpang aku buat. Bila dah datang kelas, baru ku tahu rupanya kena pukul satu arah jee...Jangan belok-belok ye. Haaa...kan dah terkeluar satu tips. kihkih.

Khusyuk kemain masing-masing nak buat kek. hehe


Nervous oi nak letak ganache atas kek. Nervous la sangat. haha



With Kak Zura, tenaga pengajar kami. Yeah! Kek dari group kami menjadi! Lai lai lai... meh order kek dengan saya. haha


Sesi Kedua (8 Jun 2014)


Sesi kali ni memerlukan tenaga yg maha hebat dan banyak ye. Amaran keras: Anda dilarang sama sekali membuat resipi ini tanpa mengambil sebarang makanan kerana akan menyebabkan pengsan. -_____-" Err... Siap bold lagi amaran tu. Ini benar-benar terjadi ye kawan-kawanku. huhu.

Bila dapat resipi ni, excited kemain sebab makanan ni memang most favorite orang kat luar sana bila datang ke bakery shop. Siapa yang tak suka kan. Tapi sekali dah buat tu...ya ampunnnn....pikirin seribu kali dong mau bikin lagi. Ini dia....i will presenting you the recipe of bun aka roti. (bunyi gendang). hahaha. Bahasa pon dah bercampur-campur.


Nahhh..melting tak melting tak. Sedappppppp sangat. 

Tapi part yg x bestnya time nak menguli......


Baru kitorang tahu macam mana rasanya mamak-mamak kat kedai tu menebar roti canai. Sedap je korang makan tapi banyak penambah perisa tahu? haha. Jahat mulut aku ni kenakan korang. Jangan lepas ni isu roti canai pulak naik kat media. hihi. 

Nak bagi doh ni lembut...Ya Allah....Tuhan je tahu macam mana rasanya tangan kitorang nak tertanggal. Sejam lebih nak menguli...Pastikan tangan betul-betul bersih ye masa nak menguli! Tapi dengan adanya semangat yang kental dalam diri kami semua, itu semua tak jadi masalah la! Last-last kitorang dah boleh uli selaju-lajunya macam main yoyo. hahaha.


Masing-masing dah tak mampu nak senyum. Penat. Capek. Kesel. Tired. 


Sesi Ketiga (15 Jun 2014)


Kelas yang terakhir! Kali ni kita akan buat mufin dan swiss roll. Dan selepas itu akan diadakan penutupan majlis. Group A perlu datang sekali pada hari itu iaitu dalam pukul 12pm. Okehh. Korang kena tahu ye muffin dan cupcake adalah berbeza. Bezanya ialah hiasan. Muffin tak memerlukan hiasan yang banyak, cuma perlu letakkan hiasan yang kecil di atas mufin seperti coklat chips, chocolate rice atau ape jua hiasan. Cupcake pula mempunyai icing di bahagian atas. Kalau korang nampak krim icing yang berwarna-warni atas kek muffin tu, itu baru dinamakan cupcake. Biasanya, cupcake ni ramai yg order untuk majlis perkahwinan, birthday party or any function.

Cupcake

Muffin

First step, Kitorang mulakan membuat muffin dengan kaedah bread method. Kaedah ni tak perlukan anda menggunakan mixer. Agak-agak malas, guna je lah kaedah ni. 


Taraa! Ini dia muffin yg dihasilkan dengan kaedah bread method. Nampak kan bahagian atas muffin tu merekah. Kalau merekah maknanya teknik anda itu betul. :) Oh ye, yg ada oren chips tu muffin daripada kumpulan aku. Muffin vanilla dan muffin pandan pulak dari dua kumpulan lagi. 

Next, kita buat muffin dengan creamy method. Apa ye beza dengan bread method?


Kalau perhatikan betul-betul, muffin kat atas ni tak merekah macam yg sebelum ni kan? Haa.. itu dia. Kaedah creamy method memang tak merekah. Lagipun, kaedah ni perlu menggunakan mixer. 



Selesai sudah projek muffin kami. ;D

Jom kita tengok swiss roll. Untuk swiss roll, kami semua cuma didedahkan dengan demonstrasi dari tenaga pengajar. Means kami semua kena lihat teknik macam mana nak buat swiss roll. Ni dia contoh swiss roll yg menarik hati yg dapat aku ambil dari fesbuk Kak Zura


Waahh...comel kan? Asalkan dah tahu teknik dan dah ada resipi nak membuat fancy swiss roll ni pon dah cukup. Dah boleh test buat lepas ni :DD Hasilnya memang lembut gebuss. 


Majlis penutup

Dalam pukul 12:30 tengah hari, majlis penutupan pon bermula. Macam biasa, ada sesi sepatah dua kata dari penganjur majlis, tenaga pengajar dan kakitangan Jabatan Belia Majlis Daerah, maka bermulalah penyampaian sijil kepada para peserta. Selepas tu, jamuan kecil diadakan dan bersurai.


Okehh, Sweet memory ni. ^^

Lepas aku masuk kelas ni, baru aku tahu rupanya banyak lagi kelas bakeri yg boleh aku join di sekitar Banting. Sebelum ni memang langsung aku tak tahu kat mana nak join. Kalau terjumpa pon, lokasi pon  agak jauh dari rumah. huhu. Yeah, Insya Allah kalau Kak Zura ada buat kelas yg menarik, memang aku join. hehe. Impian yg masih lagi aku berusaha untuk gapai. :)


Buat sesiapa yang masih mencari kelas masak/bakeri untuk anda sertai, ataupun korang semua tercari-cari untuk membuat tempahan kuih, muffin, puding, kek untuk sebarang majlis kecil-kecilan dan besar-besaran, jom order melalui fesbuk Kak Zura di bawah: 


Dan sekian sahaja untuk entry kali ini


Thanks for reading! ^^


1 comment:

  1. wahhhh... boleh cari calon pandai masak kat sini..

    haha.. gitu pulak..

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)