Tuesday, 10 June 2014

Perkara Yang Perlu Dielakkan bila berBlogging



Aku rasa dengan pengalaman aku selama 3 tahun dalam blogging dah boleh kot nak bagi tips pasal blog ni. Ceh ceh ceh. Bagi chance la rasa nak bagi tips kat blogger-blogger baru yg nak up ni. kahkah. Walaupun aku sedar blog aku hanyalah sekadar di pinggiran. -___-


1) Gaya Penulisan.
Haaa.. part yang ini sangat penting hokehh. Biasanya sebelum aku follow blog, aku akan baca secara go through dulu. Bila entry yang dibuat tu best, penulisan pon sempoi, terus aku follow. Tapi kalau ada penulisan yang terlalu banyak shortform mengalahkan orang kedekut nak bagi SMS untuk seposen sahaja, memang aku reject. Ini blog ye, so, tak rugi kalau kita menaip penuh. And kalau boleh elakkan la bahasa yang gedik-geli-budak-pelat macam baru nak tumbuh gigi. "Hari nieww kiteww baruw lepas makan kepciw dengan pakwew kiteww" weh weh, tak penat ke korang nak menyebut. Aku yang membaca pon rasa herot-merot-muncung bibir nak membacanya. Gimik duckface pon kalah -____-


2) Layout Blog Simple
Design blog yang simple dan ringan sebenarnya lagi suka dikunjung readers dari blog yang terlalu sarat dengan widget. Yup, memang betul banyak widget menarik yang boleh diletakkan di blog, tapi kalau boleh elakkan widget yang terlalu berat kerana ini akan menyebabkan blog anda menjadi berat. Lepas tu, aku nasihat janganlah letak widget rama-rama ke, burung ke, harimau ke, ulat ke. Asal mouse gerak, benda tu mesti ikut. Menggangu pandangan aku untuk membaca. Mood nak membaca pon hilang tau. Selain itu, warna juga main peranan yang penting. Blog yang terdiri daripada 2 columns adalah layout yang terbaik dan simple untuk menarik pengunjung.


3) Entry Yang Pelbagai
Pelbagaikan entry untuk menarik pengunjung membaca blog kita. Oke, contohnya hari ni cerita pasal kerja, next cerita pasal tips, family, vacation ataupun benda-benda yang bermanfaat. Janganlah pulak korang cerita pasal cintan-cintun je. Hari ni pergi dating dekat mall, esok pulak pergi dating dekat zoo, esoknya pulak dating dekat gym. Annoying tak annoying? Tak salah kalau nak share tapi berpada-pada yep.


4)Elakkan Letak 'Word Verification'
Rasa macam dihiris bak sembilu tak bila entry yang korang baca tu best nak terkinja-kinja tiba-tiba jadi spoil bila ruangan komen terpaksa letak word verification? Kalau ada yang still sanggup nak komen, perkataan TERPAKSA memang kena ada. Kalau aku, ku bunuh saja hasrat aku nak komen. Spoil. Buang masa. Terus tepat tak ape. Kalau asyik fail je, tak ke berasap? haha. Oleh itu, sesiapa yang letak word verification cepat-cepat la remove ye. Nanti percuma je korang kena block. hoho *tau takut...:P


5)Tingkatkan Prestasi Kurangkan Kontroversi
Point yg ni aku saja-saja tambah. Dah kenapa pulak tiba-tiba ada iklan Melodi eh? haha. Jangan sebab kau nak popular, kau letak macam-macam cerita tak patut kat blog. Ingat yerr.. Jom tingkatkan prestasi dengan cara kita sendiri. yeah! :D


Diharap ini dapat membantu ye. zasss! 



0 comments:

Post a Comment

Komen di sini kalau suka =)