Sunday, 29 June 2014

Resipi : Puding Aiskrim Oreo

Hi, assalamualaikum. Ni aku nak share pasal cerita semalam. Eh, tapi sebelum tu, Selamat menyambut Ramadhan ye korang semua ^^. Dah bermula dah salah satu Rukun Islam. Moga puasa kali ni dapat kita penuhkan sampai ke penghujung. 


Sehari sebelum Ramadhan, aku dah nekad nak buat puding ni lepas terjumpa resipi ni dekat fesbuk. Alahai, menggoda sungguh sampai termimpi-mimpi! See? Nampak tak penangannya kat situ? Hahaha. So, pagi tu aku pon keluar teman mak aku cari barang and at the same time cari bahan untuk buat puding ni. 


Dah la tengah puasa ye. Buat entry pasal makanan pulak. Hehe. Ala, macam tak biasa pulak kan. Nasib baik resipi simple aku share, kalau aku share resipi menu-menu berbuka puasa, lagi buat korang nightmare agaknya. Kuikui. :p 



Seperti yang tertera di atas, korang memang perlukan bahan-bahan ni je. Kalau ikut resipi asal, macam ni haa.


Haa..senang je nak buat. Korang ikut je resipi macam kat atas tu. Tapi aku ada derhaka sikit la kat resipi ni. Hehe. Untuk resipi aku, aku ambil suku dari adunan dan campur dengan milo untuk lapisan bawah. Dan aku gunakan satu setengah paket oreo. Hasilnya jadi macam ni. 



Kalau korang perhati betul-betul, nampak tak bahagian bawah yg warna coklat tu? Inilah lapisan yang aku campurkan dengan milo. Dan untuk bahagian atas tu, mesti korang terperasan ada biskut oreo yg bersusun kat bahagian tepi. Haha. Tak berapa nak nampak pulak kan. Sebenarnya aku nak buat macam puding ni ha.


Memang patut la tak nampak kan. Sebab puding aiskrim oreo ni tak jernih. So, cuma nampak separuh biskut je yg timbul macam tak nak timbul tu. Haha. Oh, puding biskut marie ni aku belajar dengan orang. Yang itu guna gula merah. Nak letak biskut and adunan puding tu pon kena ada teknik. Kalau silap, memang boleh hancur biskut-biskut tu semua. Huhu. Tapi untuk puding oreo ni, kira menjadi jugak la teknik aku ye. Hehe.





Inilah rupa puding aiskrim oreo ni bila dah dipotong. Baru nampak dia punya biskut kat bahagian atas tu ye. Hihi. Puding ni lagi sedap dimakan sejuk-sejuk. Fuhh. Sedap. Terliur pulak aku. Haha.


Jangan lupa untuk mencuba ye ^^

Selamat berbuka :)



0 comments:

Post a Comment

Komen di sini kalau suka =)